Bab 10

27.3K 2.2K 343
                                    

                 PINTU kaca automatik terbuka saat Nathan melangkah ke arahnya. Dia terus menuju ke arah kaunter pertanyaan. Ada beberapa wanita yang bertugas disitu. Disebelah kiri nampak sibuk sedang menguruskan pelancong yang datang hendak menginap. Dihujung kanan ada seorang sedang menaip. Mungkin dia tidak berapa sibuk.

"Hai." Nathan menyapa. Mengalihkan perhatian pekerja wanita itu kepadanya.

"Yes, sir? Can I help you?"

"Cik Husna ada? Saya ada hubungi dia tadi tapi dia tak jawab."

"Oh, Cik Husna tak datang hari ini. Dato Idris yang gantikan tempat. Tapi kalau Encik ada apa-apa pesanan pada dia saya boleh tolong sampaikan." Ujarnya. Siap mencapai pen dan buku kecil tandq sedia untuk menerima sebarang pesanan yang ingin disampaikan. Namun, Nathan menggeleng.

"Tak apalah. Terima kasih ya." Ucapnya sebelum berlalu meninggalkan kaunter. Sekejap kepala menunduk melihat ke skrin telefon. Tiga kali dia menghubungi wanita itu namun satu pun tidak diangkat. Cadangnya hendak mengajak Husna keluar makan tengahari bersama-sama seperti semalam.

Tapi mungkin wanita itu sibuk. Tidak mahu tidak, niatnya terpaksa dibatalkan.

"Eh, Encik Nathan?" Tegur seseorang daripada belakang. Langsung Nathan menoleh. Kelihatan Mia yang sedang berlari anak kearahnya sambil memeluk fail. Banyak juga yang dipegang. Mungkin dia baru lepas habis menemani perbincangan Dato Idris dan Tan Sri Raqib.

"Mia? Awak buat apa dekat sini?"

"Tan Sri kena jumpa Dato Idris untuk bincang pasal Hotel atas air tu. Jadi saya kena ikut sekali. Encik Nathan pula kenapa ada dekat sini?" Giliran Mia pula menyoal.

Nathan mula terkulat-kulat. Sesekali hidung mancung yang mula kemerahan digosok dengan hujung jarinya. Lantas Mia mengecilkan anak mata. Lihat daripada reaksi lelaki itu pun dia sudah boleh teka apa jawapannya. 

"Nak jumpa Cik Husna ek?"

"Of course, Eh? I mean...  No! Kalau nak jumpa pun sebab kerja. Tapi dia tak ada pula hari ini..."

Mia tersenyum senget. Pandai menipu juga Encik Nathan ni ya? Dan kemudian Mia menghembus nafas kecil. Pelukan fail diperkemaskan. 

"Saya faham. Ini bukan pertama kali saya lihat bos macam Encik Nathan ni datang ke sini untuk jumpa Cik Husna. Yalah, siapa aje yang takkan terpikat dengan diakan? Tak macam saya ni, hari-hari teman bos pergi meeting. Tapi tak ada pula Ceo nak melekat dekat saya... apatah lagi nak ajak saya keluar makan sama-sama." Rungut Mia. Sempat lagi dia meluah nasib diri sendiri. Sedih benar mendengarnya.

Tatkala Nathan tergelak kecil. Lucu pula apabila melihat riak wajah Mia yang bertukar kecewa.  Siap muncung bibir lagi.

"Cakap ajelah awak nak saya ajak pergi lunch sama-sama." Katanya sambil menyeluk sebelah tangan ke dalam kocek seluar.

Bibir Mia automatik tersenyum. Tepat sekali! Hilang sudah rupa kecewa sebentar tadi.

"Jomlah. Saya teman awak lunch. Cakap aje nak makan dekat mana? Saya bawa."

"Betul ni?" Bersinar mata Mia mendengar tawaran lelaki itu. Ah, tak boleh sia-siakan peluang keemasan ini!

Kemudian Nathan mengangguk kepala.

"Yes! Saya ada tempat makan yang sedap. Saya jamin Encik Nathan akan suka. Jomlah kita pergi sekarang! Nanti kalau tutup rugi." Cepat-cepat Mia menarik pergelangan tangan yang berlapikkan kemeja putih itu keluar daripada bangunan hotel. Serupa dia pula tuan kereta. Hati di dalam sudah berbunga-bunga. Kali ini aku dapat duduk berdua duaan sahaja dengan Encik Nathan.











MR PIRATEWhere stories live. Discover now