59

41.9K 3.9K 929
                                    

                 "TERIMA kasih beli air kelapa, selamat bercuti!" Ucap Husna penuh ramah kepada pembelinya. Tak sangka ramai juga yang beli air kelapa dengan mereka. Kali ini, sudah dua resort mereka singgah. Cuaca panas terik, angin juga sepoi-sepoi bahasa memang tak lengkap jika tak minum air kelapa. Sangat menyegarkan! Tambah pula, buah kelapa Odu memang manis semula jadi.

"Dik, bagi air kelapa satu!" Pinta pembeli lelaki yang berdiri di atas titi resort itu, langsung menarik perhatian Husna yang berdiri diatas bot.

Kepala diangguk. "Sekejap ek!"

Duit yang penuh ditangan dimasukkan ke dalam pouch bag yang elok tergantung di pinggangnya.  Inilah kerja dia, ambil duit dan beri buah kelapa yang sudah siap dipotong kepada pembeli. Manakala tugas Lanun pula memotong buah kelapa di hujung bot. Saling membantu meringankan kerja.

Kalau dahulu, mungkin Husna malu untuk bekerja seperti ini. Tetapi sekarang ia lebih kepada seronok. Hilang sudah malunya, malah digantikan dengan perasaan penuh yakin.

"Awak, satu lagi air kelapa!" Pesan Husna sambil menapak mendekati Lanun.

"Baik." Lanun menurut. Sempat dia melemparkan senyuman kearah Husna sebelum sebiji buah kelapa di dalam bakul dikeluarkan. Tak banyak yang tinggal.  Lagi dua biji sahaja lagi.

KTAK!

Beberapa kali hayunan parang ditengah buah kelapa, ia sudah terbelah. Penyedut menimun dimasukkan. Siap, lantas buah kelapa itu diserahkan kepada Husna.

"Nah."

"Terima kasih!" Ucap Husna, dengan berhati-hati dia membawa buah kelapa itu ke arah lelaki yang masih sabar menunggu diatas titi. Bot ini pun bergoyang-goyang, buatkan setiap langkahnya rasa tak seimbang. Risau jika jatuh, buat rugi sahaja.

"Ini buah kelapanya, bang. Empat ringgit sahaja." Ujar Husna. Buah kelapa itu dihulur.  Lelaki itu mengambilnya, kemudian sekeping wang kertas bernilai lima ringgit dihulurkan.

"Sekejap ya, saya ambil baki." Pinta Husna, dia menunduk memandang tangan yang laju menarik zip pouch bag dipinggang.  Baru hendak mengeluarkan seringgit sebagai baki, tiba-tiba lelaki itu menolak pemberiannya.

"Tak payahlah, dik. Seringgit aje." Katanya.

"Betul ni?" Kening Husna sedikit terjongket. Jarang pembeli tidak mahu bakinya semula. Seringgit pulak tu!

Lelaki itu mengangguk mengiyakannya. Husna tersenyum. Lantas, zip ditutup semula.

"Tapi kalau ganti dengan nombor telefon awak boleh?" Soalnya.

Husna tergamam sejenak. Bibir tersengih kekok. Tidak tahu bagaimana mahu respon. Wajah lelaki itu dipandang, jelas dia masih menunggu jawapan bersama harapan inginkan nombor telefonnya.

"Err..." sekilas Husna mengerling ke arah Lanun yang berdiri dihujung bot. Entah mengapa, dirinya terasa seperti diperhatikan. Tatkala tersedar renungan mata hazel itu sedang merenung dengan tajam. Husna tersentak. Perlahan-lahan anak matanya jatuh ke bawah, melihat tangan kanan Lanun yang kemas memegang parang. Seakan memberi amaran walaupun dia tak faham apa yang bermain difikirkan Lanun saat ini.

Dan secara tiba-tiba, kata-kata Lanun beberapa hari lepas kembali bermain dikepala. Seolah-olah memberinya peringatan. Iaitu... lanun kuat cemburu.

Gulp!

Terus Husna pandang ke hadapan semula. Kepala digeleng-geleng.

"Maaf, bang. Saya... tak ada telefon." Ujar Husna, bibir masih tersengih-sengih. Tapi memang betul pun, telefon, dompet, kad pengenalan, semuanya tertinggal di Ocean Resort. Satu pun tiada bersamanya. Jadi, dia tak bohong. Kalau ada sekalipun, tak mungkin dia akan beri kepada lelaki tak dikenali.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now