Bab 15

24.4K 2K 132
                                    

                   BIBIR yang terasa kering itu disapu sedikit pelembab. Kemudian krim pelindung matahari dicapai, disapu disekitar kulit muka dan tangan. Barulah kulitnya tak terbakar nanti.  Setelah selesai, Husna memperbetulkan sedikit tudung bawal hitamnya. Dia sudah siap untuk ke bot. Tak sabar rasanya ingin menyelam sambil mengamati pemandangan indah laut Semporna.

Langsung dia melangkah ke arah pintu keluar. Jaket keselamatan yang tergantung ditepi pintu diambil lalu diserung terus ke tubuh.

"Aku dah siap. Jomlah, Mia. Nanti bot tu tinggal kita pula." Kata Husna. Pasti staff yang lain sudah tunggu di jeti. Mereka berdua sahaja yang masih berada di dalam bilik. Harap-harapnya tak tertinggallah.

Dia menoleh memandang Husna yang baru keluar dari bilik air. Kening automatik berkerut. Sekilas anak mata menilik pemakaian Mia dari atas hingga ke bawah. Dengan memakai blouse yang dikenakan bersama skirt putih. Tak nampak seperti pakaian yang sesuai untuk naik atas bot dan berenang.

"Kau nak pakai macam itu ke naik bot? aku tak rasa macam sesuai..." Tegur Husna.

"Aku tak jadi ikut naik bot. Tan Sri Raqib ada perjumpaan dekat bilik. Aku kena ada sekali untuk catat apa yang patut." Balas Mia, acuh tak acuh. Langsung tidak menoleh memandang Husna yang masih menunggunya di pintu. Dia terus melangkah ke arah katil yang diletakkan beg tangan dan juga beberapa fail penting. Diambil lalu dibawa bersama menuju keluar.

Namun, tak sempat dia hendak menyentuh tombol pintu. Husna terlebih dahulu menghalang. Berdiri ditengah-tengah ruang. Wajah masih lagi berkerut tidak faham.

"Wait. Kenapa tiba-tiba aje ni? Kalau kau tak ikut, siapa nak teman aku naik bot? Kau pun tahu aku tak rapat dengan sesiapa melainkan kau seorang sahaja."

"Sorry. But not this time. Aku dah lambat."

"Sekejap." Husna menghalang lagi apabila Mia cuba membuka pintu. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Malah dia dapat menangkap jelingan dimata Mia. Penuh meluat. Jujur, ini kali pertama Husna melihat reaksi sebegitu terpapar diwajah rakan baiknya.

"Are you okay?"

"Yes."

Husna menggeleng. Tidak. Dia tak percaya.

"No. You're not. Aku ada buat salah ke? Kalau ada, aku betul-betul minta maaf. Tapi janganlah menjauhkan diri macam ini. Tak seronoklah percutian kita."

"Aku okay atau tak sekalipun, selama ni pernah ke kau ambil kesah? Aku ada kerjalah, aku dah lambat. Kalau kau nak pergi bercuti, pergilah enjoy sana. Ajak MR BLUE kau sekali. Tak ke hari kau akan jadi lagi seronok nanti? Kan?"

"Huh? Ap... apa kau merepek ni? Aku tak faham."

"Jadi bukan masalah aku untuk buat kau faham. Dah ke tepi, aku nak pergi jumpa Tan Sri!" Langsung tubuh Husna ditolak ke tepi, mujur tangannya sempat berpaut pada dinding. Kalau tidak mungkin dia sudah terjatuh ke lantai. Tatkala Mia terus melangkah pergi daripada situ. Ada dengusan keras kedengaran ditelinga. Jelas wanita itu benar-benar marah.

Kening Husna masih berkerut. Cuba memproses apa yang baru berlaku. Mengapa sikap Mia tiba-tiba sahaja berubah pagi-pagi begini?

Takkanlah tentang hal semalam?

           





        "SIlA ambil tempat duduk masing-masing. Pastikan kamu semua pakai jaket keselamatan.  Jangan sesekali cuba buka selama kita berada dekat atas bot. Risau jika ada apa-apa yang berlaku nanti. Dan kemudian,  untuk yang bawa telefon. Jaga telefon betul-betul. Sekiranya telefon anda jatuh ke dalam air, maklumkan pada kami. Kami akan turun ke dasar untuk ambil. Jangan pandai-pandai buka jacket dan turun berenang ambil telefon sendiri. Faham?"

MR PIRATEWhere stories live. Discover now