75

36.5K 3.8K 802
                                    

         PANTULAN dirinya dari dalam cermin dipandang lama. Sesekali dia membetulkan rambut putihnya yang telah disisir rapi. Kemudian kot hitam yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sedikit. Laci kaca yang menyimpan pelbagai jenama jam tangan mahal ditarik, namun juga rolex menjadi pilihan hatinya. Dipakai pada pergelangan tangan kiri.

Sesungguhnya dia rasa cukup tidak selesa apabila mengenakan pakaian selain T shirt dan sweatpants yang selalu dipakainya hari-hari. Mungkin kerana dia sudah lama tidak berpakaian seperti ini. Terasa janggal pula.

"Kalau bukan sebab papa paksa, endak ada maknanya aku akan pakai begini. Benda dah janji. Reda ajelah..." Rungutnya sambil merenung wajah di cermin.

Namun, saat dia asyik merenung dirinya di dalam cermin, muncul seorang lelaki berdiri di belakangnya. Dia menunduk hormat buat sesaat sebelum tubuh ditegakkan semula.

"Tuan, saya dah siapkan kereta." Beritahu pemandu tersebut. Memberi isyarat bahawa mereka patut bertolak dengan segera.

Satu keluhan dilepaskan. Sejujurnya, dia gugup untuk pegang jawatan itu semula.

"Ashraf." Panggilnya.

"Ya, Tuan." Pemandu itu menyahut dengan pantas.

"Kau rasa berbaloi ka sa terima kerja ini semula?" Soalnya. Dia memandang Ashraf di cermin, masih lagi berdiri ditempat yang sama.

"Bukan ke ini memang tempat Tuan? Sudah tentulah berbaloi. Ramai yang rindukan Tuan." Tuturnya penuh ikhlas, ada senyuman terukir dibibir.

"Tapi macam mana kalau sa tersilap langkah sekali lagi?"

"Perkara yang dah berlalu kita boleh jadikan sebagai pengajaran, Tuan. Sekarang masanya untuk kita belajar daripada pengajaran tersebut. Jadi kita tak akan tersilap langkah lagi. Lebih-lebih lagi, kali ini Tuan buat untuk seseorang yang istimewa." Balas Ashraf, dia pun tidaklah mahir mana dalam memberi nasihat. Tetapi dia yakin, kata-katanya tadi mampu membuatkan Tuan mudanya berfikir sejenak.

Perlahan kepala mengangguk. Bibir menguntum senyuman kecil. Dia setuju. Inilah masanya untuk dia tebus kesilapan yang dahulu.

"Kalau begitu, Kanou mongoi babaino." (Mari pergi sekarang)

Ashraf tersenyum lebar. Faham akan maksudnya. Belajar daripada tuannya sendiri.

"Nakaramit ponuhuan, Tuan." (Menerima arahan, Tuan.)













                  SELESAI membersihkan lantai dibilik rehat itu, Husna mengemas alat vacum yang digunakan tadi. Buat ke sekian kalinya, anak mata menebar ke seluruh bilik yang agak luas itu. Ada sebuah katil bersaiz king, sudah tentu tempat bosnya berehat apabila tiada kerja, disebelah kiri pula ada almari yang tersusun ratusan jenis buku buku ilmiah tentang kerjaya jutawan. Ada meja, diatasnya tersiap laptop dan fail yang disusun kemas.

Husna toleh ke sebelah kanan pula, kini dia lihat pantulan diri sendiri di cermin yang sungguh besar. Malahan, jika cermin itu ditolak, akan ada ruangan penyimpanan kot-kot mahal dan kemeja. Senang cerita, bilik ini memang lengkap dengan semua benda.

Kagum sebentar dia lihat.  Hendak sentuh barang-barang dalam bilik ini pun tak berani, takut terkotorkan tanpa sengaja.

"Kaya betul keluarga Tan Sri Raqib ni. Untung Mia dapat kahwin dengan salah seorang anak dia. Baik pulak tu." Tutur Husna sendirian, sambil kaki menapak ke arah kabinet yang terletak beberapa bingkai gambar, sijil dan beberapa trofi pencapaian syarikat Ocean Empire. 

Seharusnya dia keluar seusai siap melakukan kerja, tetapi tak salah kut jika dia mahu berada dibilik ini lama sedikit. Mungkin bos baru itu lambat lagi hendak sampai ke sini.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now