67

31.4K 3.4K 911
                                    

           TERLENTANG Husna ke tanah saat  tubuhnya ditolak oleh Mondu. Betul-betul di sisi Lanun yang masih terbaring lemah. Dia ingin lari, namun kaki dan tangannya masih terikat dengan ketat. Husna hanya mampu meraung bersama tangisan yang tak henti-henti mengalir daripada tadi. Dia takut, terlalu takut!

Puas Husna merayu kepada Mondu untuk melepaskannya. Namun, lelaki itu cuma ketawa. Tak pedulikan sama sekali apa yang Husna minta. Malah, tangan Mondu lebih tergesa-gesa menanggalkan T shirt lusuh yang dipakainya. Menayangkan tubuh tegap berkeringat, cacah tatoo tengkorak pada bahagian bahu sampai ke leher. Buatkan Husna semakin gerun melihatnya.

"Kamurang semua boleh keluar. Aku mau jamah makanan aku depan Lanun puas-puas. Selepas dah kenyang, aku panggil korang semula untuk habiskan sisa aku." Kata Mondu dengan muka mengejek. T shirt lusuhnya dicampak sahaja ke tepi.

Kuncu-kuncunya cuma tersengih-sengih apabila Mondu berkata begitu. Sisa pun, mereka mahu rasa juga. Lantas mereka keluar daripada gua itu, meninggalkan Mondu untuk melunaskan segala kemahuannya.

Mondu mula mendekati.

"Jangan kau berani sentuh aku! Aku takkan maafkan kau sampai mati kalau kau sentuh aku! Lepaskan aku!" Husna menjerkah geram.

Bahkan bibir Mondu cuma tersenyum senget.

"Aku endak perlukan maaf daripada sesiapa pun. Janji aku dapat ko. Lagi puas bila aku dapat rampas segala-galanya yang ada pada tubuh ko di hadapan mata Lanun sendiri. Biar dia lihat, cara aku gunakan harta dia sebaik yang mungkin."

Sekali lagi Husna cuba menggerak-gerakkan tangannya, merentap sekuat hati, akan tetapi ikatan terlalu ketat. Malah, perbuatannya hanya menyebabkan luka pada pergelangan tangan. Pedih. Namun Husna tak peduli, demi maruahnya dia sanggup menahan sakit.

Mondu terus mendekat. Tubuh Husna ditindih dengan begitu rapat. Tangan yang daripada tadi cuba untuk melawan terus dicengkam, ditekan rapat ke tanah.  Husna menjerit kuat sambil cuba meronta-ronta melepaskan diri. Air mata berjurai mengalir tanpa henti.

"Lepaskan aku! Aku jijik dengan kau!" Bentak Husna. Dia cuba menggerakkan kaki ingin menendang Mondu, akan tetapi kakinya langsung tak mampu bergerak. Terkunci dengan beban tubuh Mondu yang tegap menindih di atasnya. Saat tudung yang dipakainya direntap sehingga koyak, mata Husna terbentang luas. Sungguh, dia tak rela disentuh oleh Mondu walau hujung kuku.

"Lanun, ko tinguk apa yang aku akan buat pada koupusan ko ini! Cantik rambut dia, makin tak tahan aku dibuatnya..." mondu ketawa jahat. Sengaja dia buat-buat mengelus rambut Husna di hadapan mata Lanun, mengejek Lanun yang masih terbaring lemah. Tak mampu menghalang perbuatannya. Mata pun sekejap tertutup, sekejap terbuka. Banyak darah yang sudah keluar. Kepalanya rasa pening.

"Husna..." Perlahan suara Lanun menyebut nama itu. Berbalam-balam matanya melihat Husna yang sedang ditindih oleh Mondu. Dia cuba bangkit daripada pembaringan, tak sampai sesaat dia rebah semula. Tidak larat.
Namun, dia juga tak mampu untuk terus lihat Husna diseksa.

"Tolong Mondu... jangan... jangan sentuh dia..." Lanun merayu penuh resah dan hiba. Mata mula berkaca-kaca menahan perasaan. Mengenangkan dirinya yang tak mampu menjadi pelindung kepada Husna. Lelaki jenis apalah dia ni!

"Baru sekarang ko tahu cara untuk merayu pada aku huh? Jangan risau, Lanun... Lepas aku puas dengan dia, aku akan serahkan pada kau semula. Endak lama pun, sekejap sija." Balas Mondu bersama desah nafas yang kian memberat. Gelora nafsunya tak dapat ditahan. Semakin tercabar lebih-lebih lagi ketika Husna tak putus melawannya.

Mendengar sindiran yang keluar daripada bibir Mondu, hati Lanun rasa seperti disiat-siat. Husna dianggap seperti mainan yang tiada nilai. Siapa yang benarkan Mondu merosakkan harta yang dijaga rapi olehnya? Tanpa sedar bibirnya berdarah mengetap, geram. Perlahan-lahan tangan yang berada diatas tanah itu mengepal pasir dalam satu genggaman.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now