63

38.1K 3.6K 1.2K
                                    

                  "TAN SRI, mereka dah sampai." Ujar staff yang memakai uniform serba coklat itu. Mendengar perkataan 'mereka', cukup buat Tan Sri Raqib faham akan maksudnya. Langsung fail ditutup. Bingkas dia bangun dari kusyen mahal itu lalu berlalu keluar daripada bilik pejabatnya.

Manakala staff tadi berjalan di hadapan, menunjukkan jalan dimana mereka sedang berada. Sampai sahaja di bahagian ruangan utama tempat pelancong duduk beristirahat berdekatan kaunter, langkahnya tergendala sebentar.

"Raqib?" Tegur Dato Idris sebaik sahaja dia menyedari kelibat rakannya berada disitu. Tak tunggu lama, terus dia mendekati Tan Sri Raqib. 

"Aw... awalnya kau sampai sini?"

"Aku tak boleh lengahkan masa lagi, Raqib. Anak aku sekarang berada dengan lelaki pulau, aku kena selamatkan dia! Aku dah beritahu hal ini kepada pihak polis, mereka setuju untuk redah ke kawasan Red Zone." Ujar Dato Idris.  Suaranya kedengaran begitu cemas. Pasti hati tak tenteram selepas mengetahui Husna masih hidup dan berada di dalam jagaan seseorang tak dikenali.

"Astaghfirullah hal Azim..." mengucap Tan Sri Raqib mendengarnya. Tidakkah tindakan itu terlalu terburu-buru? Bukannya Dato Idris tidak tahu kawasan Red Zone itu berbahaya.

"Biar betul kau ni, Idris? Bahayalah Red Zone tu. Tak boleh ke kau tunggu masa yang sesuai?" Soal Tan Sri Raqib buatkan Dato Idris mengeluh.

Sesaat Dato Idris meraup wajahnya. Cuba untuk menenangkan hati sendiri.

"Bila lagi masa yang sesuai, Raqib? Aku kena bawa dia balik daripada duduk dengan jantan tu! Kau nak anak aku kena sentuh dengan lelaki tu baru aku kena ambil tindakan huh?"

Tan Sri Raqib terdiam.

Dan secara tiba-tiba lengan Tan Sri Raqib dicengkam agak kuat. Dia sedikit tersentak. Mata Dato Idris yang lebam akibat tidak cukup tidur itu dipandang. Sungguh, ini bukanlah rakannya yang dia kenal. Wajahnya tampak pucat sehingga tidak sama lagi dengan sebelum ini.

"Aku perlukan pertolongan kau kali ni! Kau pernah cakap yang kau ada anak yang tahu selok belok Pulau ni, kan? Bawa aku jumpa dia! Suruh dia bawa aku dan pihak polis pergi ke mana-mana perkampungan kecil yang ada disini! Aku Pasti... anak aku ada dekat sana." Rayu Dato Idris,  jelas dia terdesak sekarang. Selagi tidak lihat Husna di hadapan matanya, dia makin jadi tak keruan. 

Namun Tan Sri Raqib menggeleng. Perlahan tangan rakannya yang mencengkam lengan ditolak ke bawah.

"Anak aku tiada disini sekarang. Dia ada dekat..."

"Kalau anak kau tiada, pasti kau juga tahu ada perkampungan dekat sini, kan? Kau pun asal daripada sini dahulu." Cantas Dato Idris.  Langsung tidak memberi peluang untuk rakannya menghabiskan kata.

Tan Sri Raqib mengeluh kecil.

"Memanglah aku pernah membesar disini, tapi kawasan ni dah tak macam dulu. Ada banyak lanun-lanun yang berkeliaran dekat pulau sana. Bahaya untuk kita pergi, Idris! Kau tu bukan orang biasa-biasa, kalau Lanun tahu kau  seorang Dato, memang mereka akan ambil kau untuk dijadikan tebusan!" Ujarnya. Sekadar mahu mengingatkan Dato Idris tentang ancaman yang menantinya di pulau sana.

Namun, teguran itu seolah-olah tidak masuk ke telinganya. Kepala tetap menggeleng tidak setuju.  Langsung tak peduli dengan bahaya yang akan datang, apa yang terpaku di kepala saat ini cuma mahu bawa Husna pulang. 

Dia...

Takkan biarkan Husna bersama dengan lelaki tak dikenali itu.

"Habis macam mana dengan Husna? Kau nak biarkan dia selamanya dekat sana? Aku tak nak dia duduk dengan lelaki tu!" Bentak Dato Idris, tidak puas hati. Pelik. Mengapa Tan Sri Raqib seakan tidak menyebelahinya saat ini. Kalau dahulu, bukan main lagi dia yang mencadangkan mahu buat report polis untuk redah ke kawasan Red Zone.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now