60

40.3K 3.8K 1.1K
                                    

                    "HAH, penatnya..." Keluh Datin Khadijah yang baru sahaja tiba di rumah.  Tanggal sahaja kasut, dia langsung menapak ke ruang tamu. Riak wajah penuh penat ditayangkan tatkala menyedari suaminya berada di situ sedang membaca surat khabar. Haruslah buat-buat letih, kalau tidak... tak nampaklah macam dia sedang berusaha keras di tempat kerja tadi. 

Keluhan Datin Khadijah mengalihkan perhatian Dato Idris.  Surat khabar dilipat sebelum ditaruhkan ke atas meja kaca di tengah ruang sofa.

"Dijah nampak penat sangat hari ni. Kesian abang tengok." Tegur Dato Idris,  terpapar riak wajah bersalah. Tak sampai hati dia melihat isterinya pula yang mengambil tanggungjawab bekerja, padahal dia pula duduk rehat di rumah.

Namun, Datin Khadijah tersenyum kelat. Ruang kosong disebelah suaminya menjadi tempat dia melabuh punggung. 

"Dijah okay ajelah, bang. Tak perlu risau."

"Kalau Dijah tak boleh uruskan kerja Husna, cakap sahaja pada abang. Biar abang ambil alih. Lagipun, abang rasa... abang dah okay sedikit hari ni."

Datin Khadijah menggeleng tidak setuju. Lengan suaminya diurut-urut dengan lembut.

"Mana ada abang okay. Muka abang masih pucatlah. Dijah seronok sangat bila dapat kerja, tak adalah bosan duduk rumah aje memanjang. Penat tu memanglah penat, mana ada kerja yang tak penatkan?" Ujar Datin Khadijah,  sambil menayang senyuman manis buat suaminya. Dia tahu... orang tua itu lemah dengan senyuman. Senang diperbodohkan!

Dato Idris turut tersenyum mendengarnya. Sejuk sedikit hati ini, bersyukur kerana memiliki isteri yang sangat memahami.

"Kalau macam itu, biar abang buatkan air untuk Dijah. Dijah tunggu sini..."

"Ish, tak payahlah bang. Mak Timahkan ada? Itu kerja dia. Biarlah dia buat. Kenapa abang pula yang nak buat?" Halang Datin Khadijah, cepat-cepat dia memaut lengan Dato Idris saat suaminya mulai bangun daripada sofa. Dan akhirnya, Dato Idris terduduk semula.

"Mak Timah dekat luar, sedang bersihkan halaman. Apa salahnya abang tolong buatkan air. Senang aje pun. Dijah nak air apa?"

"Hmm...." Datin Khadijah melangutkan kepala, buat-buat seperti sedang berfikir. Padahal dalam kepala sudah terlintas air teh.

"Teh ajelah."

"Baik. Tunggu sini, abang pergi buat." Pinta Dato Idris. Lantas tangan isterinya yang masih berpaut pada lengan kanan ditolak perlahan sebelum dia bangkit berlalu ke ruangan dapur.

Kepala Datin Khadijah menjenguk sedikit. Setelah memastikan figura suaminya menjauh, dia mengeluh malas. Penat juga kalau kena berlakon setiap masa. Anak mata dijulingkan ke atas penuh menyampah.

"Malas betul aku nak hadap benda ni hari-hari." Desisnya.

Ting!

Tiba-tiba notifikasi daripada telefon berbunyi. Jelas menandakan ada satu mesej masuk. Tak tunggu lama, terus Datin Khadijah menarik beg tangan miliknya yang tersimpan telefon disitu.

Kening berkerut sesaat. Melihat nama yang dikenali terpapar di skrin, langsung saja ditekan. Automatik beberapa gambar muncul di dalam perbualan WhatsApp itu.

Matanya yang mengecil terus terbeliak.

Perempuan itu...

Masih hidup?

"Husna?" Tanpa sedar bibirnya menyebut nama itu. Sekonyong-konyong jantungnya diserang debaran yang tak enak. Bagaimana? Bagaimana dia boleh hidup?!

Menyedari ada mesej dibawah gambar, anak mata Datin Khadijah turun ke situ.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now