66

33.2K 3.3K 1.3K
                                    

                    KEPALA rasa berpusing. Ada rasa pedih yang berdenyut-denyut di dahi. Dengan lemah, Husna membuka mata perlahan-lahan.  Kepala yang tertunduk diangkat sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, bau serupa bangkai busuk kuat menusuk ke hidung.   Buatkan kepalanya makin bertambah pening, hendak muntah namun Husna cuba tahan.

Dan tatkala kepala Husna menoleh ke arah sebelah kanan yang agak gelap itu. Mata yang kecil langsung terbuka dengan luas. Husna cepat-cepat palingkan wajah ke lain. Tak sanggup untuk melihat timbunan mayat yang separuh dimakan ulat berada disitu.

Berderau darahnya saat ini. Tubuh kembali menggigil dengan muka pucat yang tidak dapat diselindungkan. Ya Tuhan, aku dekat mana sekarang? Melilau anak mata Husna memandang sekelilingnya yang suram, berbatu. Ada obor-obor dipacakkan dibeberapa sudut.
Seakan dia tahu dimana tempatnya berada sekarang.

"Busukkan bau durang? Begitu juga bau mayat ko selepas ini..." Suara garau itu berbicara sinis, bersama derap langkah perlahan menghampiri dia yang sedang duduk terikat di tanah.

Husna palingkan wajah ke hadapan. Mendongak ke arah Mondu yang kini sudah pun berhenti dihadapannya bersama dua orang lanun yang kemas memegang senjata. Air liur ditelan, gugup. Ketakutan menyelubungi dirinya tika ini.

Husna menunduk. Namun, Mondu mencengkam bawah rahangnya untuk kembali melangut. Kasar sekali. Husna tersentak. Membulat matanya saat bertentangan mata dengan Mondu. Wajahnya rapat.  Sehingga bau mulut busuk lelaki itu dapat dihidunya. Ada senyuman jahat beraja dibibir.

"Aku rindu dengan muka cantik ko. Kenapalah perempuan murahan aku tidak secantik ini? Kalo tidak, mau bunuh pun aku akan rasa rugi..."

Bibir Husna mengetap. Geram. Begitu rendahnya sekali maruah wanita sehingga boleh dipijaknya. Lelaki begini... selayaknya diajar cukup-cukup!

Dan kemudian, Mondu tersenyum senget.  "Ko pun akan jadi perempuan murahan aku endak lama lagi. Sijalah aku mau kasi tau, aku sudah lama endak sentuh perempuan selepas berjumpa dengan ko.  Endak sabar bah mau merasa si koupusan Lanun ni."

Husna mendengus. Dengan kudrat yang ada dia menggerakkan kepala dengan kuat, cukup untuk menepis tangan Mondu daripada terus mencengkam rahangnya. Dia rasa jijik, teramat jijik saat lelaki ini menyentuhnya.

Husna beranikan diri untuk bertentangan mata. Cukup tajam dengan gigi terketap-ketap. 

"Aku takkan biarkan maruah aku tergadai dengan kau! Kau takkan dapat sentuh aku!" Lantang Husna bersuara dengan berani. Ada sedikit gentar, bahkan Husna cuba sembunyikannya. Tak mahu tampak lemah, biarpun jantung sudah mengepam darah dengan laju.

Sekonyong-konyong Mondu tersenyum sumbing. Melihat Husna yang semakin berani meninggikan suara dengannya, makin buat dia rasa tertarik. Gelora nafsu meningkat. Mahu saja direntap tudung yang membaluti kepala wanita itu dan lakukan apa yang bermain difikirannya sekarang.

Tetapi...

Dia kena tahan dulu.

Kerana ada seseorang yang dia sedang nantikan. Tak seronoklah kalau dia jamah sekarang. Dia mahu lihat reaksi wajah tetamu yang menjadi penonton nanti. Pasti lebih mengujakan.

"Sekarang mungkin tak dapat. Tapi sekejap lagi..." dengan lembut wajah Husna dibelai, namun cepat-cepat Husna berpaling. Elak daripada sentuhannya.  Tangan Mondu keras disitu.

Mondu ketawa. Cuma sekejap sebelum tangannya bergerak ke belakang seluar, mengeluarkan pisau rembo. Sengaja dibelek-belek di hadapan Husna, menakut-nakutkan lagi wanita itu. Pisau yang baru sahaja diasah, boleh nampak ketajamannya. Sekali seret, terbelah kulit manusia.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now