46

30.9K 2.7K 917
                                    

                   "MAAF sebab lambat. Abang dengan Kak Husna tak apa-apa ke?" Soal Rajuna, sebaik sahaja bot mereka berhenti merapat secara bersebelahan. Botol minyak yang dibawa bersama terus diambil lalu diserahkan kepada Lanun sambil bibir menyengih.  Harap dengan muka comel ini, abang tak marah tentang kes lupa isi minyak malam tadi.

Malah muka Lanun masih lagi ketat serupa nak telan manusia. Botol minyak ditangan Rajuna langsung dirampas.

"Jangan ingat abang akan lepaskan korang bertiga dengan mudah. Kalau jadi apa-apa benda buruk dekat sini, siapa yang nak bertanggungjawab? Dah tahu minyak tinggal separuh, isilah balik!" Herdik Lanun.

Bibir Rajuna mencebir. "Alah, abang ni... macam tak biasa pula minyak habis dekat tengah laut. Kira baiklah kami datang juga ke sini. Bukannya nak ucap terima kasih dulu."

"Terima kasih!" Acuh tak acuh sahaja Lanun mengucap terima kasih. Dia masih geram dengan perbuatan cuai mereka. Nasib kembar itu baik kerana mereka sekarang berada ditengah laut, jadi terpaksa Lanun ketepikan amarahnya sekejap. Tunggu sampai kampung nanti, siaplah!

Ombak pun mujur tak kuat mana. Syukurlah Tuhan melindungi nyawa mereka berdua daripada bahaya. Tanpa berkata apa lagi, Lanun terus melangkah ke arah enjin yang tersangkut dibelakang bot. Mengisi minyak yang telah kehabisan.

Arjuna mematikan enjin bot seketika saat kepalanya menoleh ke arah Husna yang sedang berbalut kain terpal. Adakala kain terpal itu jatuh sedikit, cepat-cepat Husna tarik ke tengah semula. Bibir Arjuna tersenyum kecil. Kesian pula dia lihat wanita itu basah lencun daripada atas sampai ke bawah.

Kemudian, dia menoleh ke tepi. Menarik dua kain tuala yang disangkut pada besi bumbung bot itu, sebelum dia melangkah ke bot sebelah secara berhati-hati. Husna turut bangun dari tempat duduk tatkala menyedari Arjuna mendekati.

"Kesian tengok awak balut dengan kain terpal tu..." langsung kain tuala dilebarkan sebelum dibalut pada tubuh Husna.

"Terima kasih." Husna tersenyum.  Bahagian tengah tuala dicengkam kuat-kuat daripada terjatuh.  Manakala, kain terpal itu dibiarkan melurut ke bawah dengan sendiri. 'Baik juga adik-adik Lanun ni, lembut saja suara bila bercakap. Bukan macam si Lanun tu.' Sindir Husna di dalam hati. Sempat lagi menjeling ke arah Lanun yang sedang menuang minyak ke dalam tangki enjin bot.

"Boleh saya tolong lapkan muka awak? Nampak macam sejuk sangat." Soal Arjuna, terus mengalihkan pandangan Husna kearahnya. Muka polos Husna jelas nampak tanda tanya. Namun, tidak pula wanita itu melarang. Lantas, Arjuna mara setapak mendekatkan jarak. Satu lagi kain tuala ditangan terus dihalakan ke muka Husna yang masih basah. Dilap secara perlahan-lahan. 

Rajuna hanya mampu menganga melihat tindakan berani si Arjuna. Kalau ada telefon, sudah lama dia mendail nombor pengukir batu nisan untuk tempah nama Arjuna siap-siap.

"Minyak dah penuh. Kita dah boleh balik sekarang..." bicara Lanun terhenti setakat disitu sebaik sahaja kepala berpaling ke belakang. Dia tergamam sejenak. Melihat tangan Arjuna yang sedang leka mengelap pipi Husna, menimbulkan rasa kurang selesa dihati. Apatah lagi, tika ini dia melihat mata Husna yang tak lari daripada merenung wajah Arjuna. Makin dalam ia mencucuk serupa hendak tembus sampai ke luar badan.

Tanpa sedar bibirnya mengetap. Bahkan tangan yang memegang tangkai botol itu menggenggam dengan kuat sehingga menimbulkan urat hijau dibelakang tangannya. Mukanya tak mampu berbohong, jelas merah padam bersama cerlungan begitu geram. Budak Arjuna ni memang nak kena! Tahulah baik, tapi baiknya lain macam sekarang.

Ah, perasaan ini buatkan Lanun semakin rimas. Lantas dia terus bangun, berdiri dengan tegak sebelum...

"ARJUNA HAYAT!"

MR PIRATEWhere stories live. Discover now