bab 13

24.8K 1.9K 104
                                    

"One Charamel Machiato and Maggi cup." Ucap si pelayan itu. Meletakkan satu cawan charamel machito dan Maggi cup yang dipesan diatas kaunter. Telinga Husna yang laju menangkap suara, langsung bangun dari kerusi melangkah ke arah kaunter. Total air dan makanan ini sahaja sudah lima belas ringgit. Tapi tak hairanlah mengapa ia mahal. Hendak membawa bahan-bahan ke sini bukannya mudah. Pesanannya diambil lalu dibawa pergi.

Sesekali haruman kopi itu dihidu Husna. Terpejam seketika matanya menikmati kesedapan aroma caremal bercampur kopi. Sangat sedap.

"Argh!"

Tak semena-mena bahunya dilanggar agak kasar. Menyebabkan air kopi yang dipegang tumpah ke hoodie putih yang dipakai. Maggi cup yang masih panas dipegang kuat-kuat daripada terlepas dari tangan. Mata Husna terbeliak. Mulut ternganga melihat pakaiannya yang bertukar coklat.

"Kurang asam!" Husna mengetap bibir. Bazir sahaja lima belas ringgit aku!

Anak mata meliar garang mencari figura yang melanggar tubuhnya tadi. Tiada orang lain lagi disini. Cuma lelaki berambut putih sedang bersiul itu sahaja yang ada. Berjalan dengan senang hati tanpa menoleh dan meminta maaf. Kalau tak nak minta maaf sekalipun, ganti minuman aku balik pun jadilah!

"Hoi, pak cik!" Jerit Husna, geram. Namun, jeritannya seolah-olah tak kedengaran. Lelaki itu tetap berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Tetapi dia faham, mungkin kerana faktor usia telinga pendengarannya sudah rosak. Rambut pun dah beruban semua. Mungkin umurnya sudah 70 tahun.

Tapi...

Daripada belakang, mengapa tubuhnya nampak seperti orang muda? Tiada pula kulit kerepot atau jalan membongkok? Bahkan, tinggi lampai orangnya. Ah, pak cik zaman sekarang pun boleh jaga badan! Apa nak hairan?

"Dahlah tua, pekak badak pula tu! Eeiii, geramnya aku!" Husna mendengus geram. Rasa nak dibaling sahaja cawan yang telah kosong ini ke arah dia yang semakin menjauh. Tapi tak sampai hati pula kerana dia orang tua. Haih, sabar sajalah.

"Husna?" Tegur seseorang dari belakang.

Husna terus menoleh. Alamak, Encik Nathan! Mana pula aku nak sorok kesan comot hoodie ini? Terpinga-pinga Husna cuba menutup kesan comot itu dengan tangannya. Tetapi malangnya, ia tetap nampak. Seperti gajah berselindung disebalik batu, manakan mungkin boleh tersorok?

Bibir digigit. Kepala menunduk ke bawah menahan malu. Tatkala kening Nathan sudah berkerut saat terpandang hoodie yang dipakai. Lantas dia melajukan langkah mendekati Husna.

"Are you okay? Apa yang dah jadi?" Soal Nathan, dia ingin menyentuh bahu Husna. Namun tangannya terhenti dengan sendiri. Lupa pula bukan mahram.

"Ada orang tua tu dia langgar saya. Nasib baik air kopi aje yang jatuh, bukan Maggi ni. Kalau tidak, tak pasal-pasal melecur badan."

"Oh god. Tapi awak tak apa-apakan?" Soal Nathan.

Kening Husna pula yang berkerut. Wajah diangkat memandang lelaki itu. Mata mereka bertentangan buat seketika. Mengapa riak wajah lelaki itu nampak seolah-olah merisaukannya? Padahal eksiden kecil sahaja yang berlaku tadi. Tiba-tiba jantung diserang debaran. Di dalam kotak fikiran mula fikir yang bukan-bukan.

Takkan dia sukakan aku?

Ah, sudah. Mulalah bibir ini nak tersenyum macam kerang busuk!

Tenang Husna. Berlakon cool dahulu. Kemudian, dia berdehem membetulkan suara. Kepala digeleng.

"Saya okay."

"Glad to hear that." Balasnya bersama senyuman lega. Sekejap anak mata biru itu mencerun ke arah cawan kosong ditangan Husna. Kesian pula jika wanita itu harus membelinya sekali lagi. Lantas sebelah tangan diseluk ke dalam poket. Dengan gaya bersahaja.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now