49

31.9K 3.3K 699
                                    

                  "MATA awak..." 

Husna tergamam. Lanun terkedu. Mereka berpandangan seketika sehingga menjemput debar di dalam dada kedua-duanya. Malahan halkum Lanun turut nampak bergerak-gerak saat menelan air liur. Jiwanya rasa gementar secara tiba-tiba.

Tubuh mereka yang sama-sama kebasahan dek kerana air laut tetap saja tidak mampu menghilangkan rasa bahang pada wajah masing-masing.

"Saya..." Entah mengapa Husna tiba-tiba kematian kata. Masih lagi tak percaya dengan apa yang dilihat. Tak mungkin ada sepasang mata secantik itu di realiti ini! Melainkan, semua ini cuma mainan mimpi. Tidak pun...

Itu cuma contact lens?

Tapi kenapa perlu pakai sebelah sahaja?

Dia perlu buat sesuatu untuk meyakinkan bahawa semua ini adalah nyata. Perlahan-lahan Husna mengangkat jari terlunjuknya lalu dihala ke mata biru itu.

Kening Lanun nampak berkerut. Jari Husna yang semakin dekat dengan matanya dipandang dengan muka tanda tanya, namun tidak pula dia bertindak menepis. Jantung makin berdegup kencang.

"Kau... nak buat apa? Arghh!" Lanun terjerit kecil. Dia terus terduduk ke belakang sambil sebelah tangan menekup mata birunya yang baru saja tercucuk dengan jari terlunjuk wanita itu. Pedih.

Husna langsung bangkit dari pembaringan dan duduk. Jari terlunjuknya dipandang dengan sengihan.

"Bukan mimpilah! Mata betul!"

"Siapa yang cakap ini mimpi?!" Tempik Lanun. Geram. Sudahlah matanya sudah pedih terkena air laut, boleh pula Husna tambahkan lagi rasa pedih. Mujur matanya tak buta.

Sedangkan Husna menyengih nampak gigi. Sakit sangat ek? Rasa macam dia cucuk perlahan saja tadi.

"Maaflah, saya cuma nak pastikan aje..." Omel Husna, perlahan. Bibir memuncung sambil kepala menunduk ke bawah, memandang jari-jemarinya yang tidak duduk diam mencubit sesama sendiri.

Lanun menjeling. Rasa nak marah, tapi tak jadi selepas Husna meminta maaf. Jarang sekali wanita itu nak terus minta maaf bila dah buat silap. Satu keajaiban. Atau mungkin kesan selepas lemas beberapa minit tadi. Otak jadi masuk air. Setelah rasa pedih itu hilang, tangan diturunkan semula.

Menarik perhatian Husna menatap sepasang mata hazel dan biru itu semula. Uish, macam laut dan darat. Gabungan warna yang sangat indah dan mempersonakan. 

Macam mana nak dapatkan mata macam itu ya?

"Apa yang kau pandang-pandang daripada tadi?" Tegur Lanun, rambut hadapannya yang melekat pada dahi diraup ke belakang.

Pantas Husna melarikan anak mata ke lain. "Tak ada apa. Sajalah nak pandang."

"Lagi satu, macam mana kau boleh lemas? Rasanya aku suruh kau beri Bozo makan sahaja, bukannya arahkan kau tangkap ikan untuk dia. Kenapa kau suka sangat buat hal bila aku tiada?" Soal Lanun, suaranya kembali dingin. Asal hilang sekejap sahaja pasti Husna ada buat sesuatu yang gila. Inilah salah satu sebab mengapa dia susah untuk meninggalkan Husna bersendirian. Suka sangat buat dia susah hati!

"Saya nak ambil mainan Bozolah. Ini ha! Saya yang baling kat pantai, takkan saya nak biarkan ia hanyut? Inikan mainan dia!" Balas Husna, siap menayang mainan tulang yang masih berada di dalam genggamannya.

Lanun tarik nafas. Mata dipejam sesaat sebelum dia kembali bersuara. "Kau tahu tak tulang itu cuma harga berapa? Dua ringgit setengah sahaja. Aku boleh belikan yang lain untuk dia. Nyawa kau, aku nak beli dekat mana? Dekat pasar?"

Husna tayang muka cemberut. Dah tolong, bukannya nak cakap terima kasih. Sekilas dia menjeling ke arah anak mata Lanun. Haih, kenapalah dia asyik rasa nak pandang sahaja ke situ?
Namun apabila menyedari Lanun membalas renungannya semula, cepat-cepat Husna berpaling ke lain. 

MR PIRATEWhere stories live. Discover now