32

23.7K 2.1K 182
                                    

      BOT yang dipandu melaju kian perlahan. Berhenti di tengah-tengah air laut yang agak bergelora malam ini. Sekejap Husna mendongak ke langit yang hitam pekat. Seakan cuaca bakal bertukar buruk sebentar lagi. Buat ke sekian kalinya air liur diteguk. Gementar. Dia tak pernah buat kerja segila ini, rasa seperti mahu patah balik ke tempat asal sekarang juga. Namun, jalan balik pun dia tidak ingat. Semua arah nampak sama.

Hampir sejam dia memandu bot, tanpa peta atau petunjuk jalan. Cuma berpandukan kata hati yang menyuruhnya untuk terus sahaja tanpa ada belok-belok. Dan kini, dia sendiri tidak tahu dia berada dimana. Lantas Husna mengutuskan untuk berhenti buat seketika.

"Aduh, apasal rasa macam makin jauh pula?" Soal Husna kepada diri sendiri. Sesekali anak matanya menebar ke sekeliling kawasan yang gelap gelita. Hanya petromax yang dibawa bersama sahaja menyalakan api kecil yang cuma mampu memberi cahaya kepada botnya.

Hati Husna rasa makin gelisah. Tiada gunung. Tiada kawasan untuk mendarat. Sekitarnya dikelilingi dengan air laut yang luas tiada penghujung. Ke mana dia patut pergi? Ke utara, timur, barat atau selatan?

'Itulah, pandai-pandai lagi bawa lari bot orang!' kutuk Husna di dalam hati.

Bawah bibir yang mula terasa sejuk digigit. Enjin dimatikan. Tidak mahu ada masalah lain pula yang timbul. Tangan yang berpeluh-peluh itu digosok sebentar sambil anak mata melilau mencari jalan untuk ke darat. Tatkala ombak laut tidak henti-henti memukul botnya sehingga bergoyang dengan kuat. Rasa hendak terjatuh. Maka Husna duduk agar tubuhnya seimbang.

"Aku cuma nak balik aje... bukan nak sesat. Mana satu utara, mana satu selatan pun aku dah confuse! Satu pokok pun tak nampak, sah-sah aku dekat tengah-tengah laut ni..." Bebel Husna. Hatinya semakin gusar. Bagaimana kalau dia tak jumpa jalan pulang? Hendak kembali ke kampung si Lanun tadi pun dia dah lupa ke mana jalannya.
Jika dia terus duduk di sini, alamatnya dia akan mati tanpa khabar berita! Jasad hilang entah ke mana.

"Takkan tak ada kawasan nak mendarat langsung?" Soal Husna. Lampu petromax itu dicapai. Dia bangun dari duduk, lalu berjalan ke arah hujung bot secara berhati-hati. Ombak laut masih lagi kuat menghentak botnya.

Sampai dihujung, dia pun menghalakan petromax itu ke arah kawasan yang gelap. Manalah tahu ada tempat untuk dia mendarat bot sementara menunggu esok pagi.

BOOM!!!

"MAKKK!!!" Spontan mulutnya menjerit apabila ombak menghempas kuat mengena botnya hingga bergoyang kiri dan kanan. Tak sempat dia hendak imbangkan badan, tubuhnya sudah jatuh terjelepok di atas bot. Manakala tangannya tanpa sengaja melepaskan lampu petromax itu sehingga jatuh ke dalam air laut.

"Oh my god!" Husna panik. Lekas dia mengintai ke bawah bot untuk menangkap semula satu-satunya lampu yang dibawa bersama. Malang sekali, ia sudah jauh tenggelam ke bawah sana.

"No!!! Lampu aku... " Dia semakin cemas. Sekarang, dia sudah tidak nampak apa-apa lagi. Melainkan cahaya bintang dan bulan yang menghiasi di atas langit yang hitam pekat itu.

"Kenapa? Kenapa kau perlu jatuh?! Sekarang apa aku nak buat? Tolonglah, aku tak suka gelap..." Rungut Husna. Rasa nak nangis pun ada. Satu demi satu perkara terjadi. Kalaulah dia duduk sahaja di kampung itu, mungkin lebih baik. Tak adalah dia perlu menghadap situasi menakutkan ini.

Takkan tiada hero malaya yang mahu menjadi penyelamat buatnya sekarang? Jika di filem, waktu-waktu begini hero cepat sahaja muncul. Atau, si hero dalam cerita ini langsung tidak mempedulikan heroin seperti dia?

Husna ketap bibir.

"Yang si lanun tu pun satu. Takkan dia tak sedar yang aku curi-curi keluar? Tidur mati ke? Jadilah hero sikit! Cari aku yang tengah sesat dekat sini!" Bebel Husna, geram. Tidak pasal-pasal, lelaki yang tidak tahu apa-apa itu juga yang dipersalahkan. Padahal, dia sendiri yang buat keputusan gila untuk keluar melarikan diri pada larut malam begini. Rancangan last minute yang tak jadi mengikut plan.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now