21

26.1K 2.1K 123
                                    

                       DATO Idris termenung kosong melihat ke arah pemandangan laut dari balkoni. Mengharapkan dia dapat melihat kepulangan Husna dengan selamat. Senyuman anak perempuannya tak henti terbayang dimata. Entah apalah nasib Husna yang berada ditengah-tengah laut sana. Mungkin sedang ketakutan,  gelisah dan tidak tahu ingin bertindak apa-apa. Sekarang, dia hanya mampu berserah segalanya kepada yang Maha Esa sahaja.

Dato Idris pejam mata. Bersandar pada kerusi. Cuba berehat dengan tenang.

"Bang, kenapa tak makan ubat tu?" Tegur Datin Khadijah yang baru muncul.  Melihat dua biji ubat yang diletakkan ditepi gelas air putih tadi langsung tidak disentuh. Kerusi yang berada berdekatan suaminya ditarik sebelum dia melabuh punggung. 

"Abang ni... kalau sakit lebih teruk nanti macam mana? Kita bawa ubat ni bukannya banyak. Nak ke hospital pun jauh. Kalau apa-apa jadi nanti, siapa juga yang susah? Saya juga. Nah, makan dulu." Bebel Datin Khadijah, Dua biji ubat itu disua ke mulut suaminya. Namun, Dato Idris terlebih dahulu menolak dengan perlahan.

"Macam mana dengan Husna?" Soal Dato Idris.  Dia tidak peduli dengan sakit yang dialaminya, keselamatan Husna lebih penting sekarang.

Mendengar nama itu disebut, terus Datin Khadijah menjuling anak mata ke atas penuh menyampah. Tak jadi dia ingin menyuap ubat itu. Tangan dijatuhkan ke bawah.

"Mereka jumpa jaket sahaja." Balas Datin Khadijah, acuh tak acuh.

"Jumpa jaket? Habis bagaimana dengan Husna?!" Soal Dato Idris, mula resah.  Jantungnya terasa seperti dicengkam.  Namun dia cuba untuk menahan.

Tatkala Datin Khadijah menjongket bahu.

"Tak tahu. Tapi kawan abang cakap, Husna ada kemungkinan masih hidup."Ujarnya. 

Mata Dato Idris membulat. Ada sinar dimatanya. Ya Allah, sungguhkah? Langsung kedua-dua belah tangannya ditadah, mengucap syukur berulang-ulang kali dibibir lalu disapu kewajah. Lega sedikit hati ini mendengar berita itu. Moga-moga Husna akan terus selamat.

"Tapi saya macam tak percaya." Protes Datin Khadijah.  Mengalihkan perhatian suaminya.

"Kenapa awak tak percaya?"

"Yalah, mana ada manusia yang boleh hidup dekat tengah-tengah air laut seorang diri. Apatah lagi kalau orang itu tak reti berenang. Entah-entah Tan Sri Raqib sengaja cakap macam itu sebab nak sedapkan hati kita?"

"Takkanlah dia sanggup membohong dalam keadaan macam ni? Allah itukan maha kuasa, Insyaallah Husna masih hidup. Saya percaya benda tu!" Ujar Dato Idris.  Sedangkan Datin Khadijah sekadar menjeling. Kalau hidup pun,  mungkin tak lama. Ditengah air laut sana mana ada makanan, lama-kelamaan akan mati kelaparan juga.

Tidak pun, kena culik dengan Lanun. Itu lebih bagus. Biar dia kena seksa dengan kejam. Sipi-sipi bibir itu tersenyum senget.

"Saya harap sangat yang Husna takkan tinggalkan saya sama macam arwah mak dia..." keluh Dato Idris.  Entah mengapa, tragedi yang berlaku sekarang mengingatkan dia kepada arwah isteri pertamanya.  Wanita itu meninggal sewaktu ketiadaan dia dirumah. Terlalu leka dengan dunia, sehingga dia lupa tanggungjawab jawab sebenar seorang suami dan ayah pada waktu itu.

Sehinggakan, isterinya sanggup keluar malam-malam buta mencari makanan buat anak mereka. Dan malang tidak berbau, entah dimana silapnya wanita itu terjatuh daripada sampan yang dinaikinya. Air yang terlalu dalam membuatkan dia tidak dapat untuk berenang ke permukaan. Dan akhirnya, mayatnya dijumpai terapung diatas air laut. Para nelayan yang menjumpainya.

"Abang dah pernah buat salah kepada arwah isteri dahulu. Kalau boleh abang tak nak benda ni terjadi kepada Husna pula. Cukuplah, saya kehilangan dia. Jangan Husna..." Luah Dato Idris. Sebak. Luka itu masih lagi berbekas di hati. Semua perbuatan keji yang dia telah tinggalkan kepada arwah isterinya,  kini berbalik kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, dia mahu menebus segala kesalahannya melalui Husna. Menjaga, mendidik, menyayangi anak perempuannya seolah-olah dialah satu-satunya jantung yang tertanam di dalam badan ini.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now