61

39K 3.6K 869
                                    

HARI berganti malam, sepanjang laluan gua sudah terpasang obor-obor. Ada beberapa lelaki bermuka bengis, lengkap bersenjata ditangan masing-masing berdiri di hadapan gua. Sedang berjaga-jaga. Bahkan ada juga yang duduk di atas bot, melingas anak mata garang ke seluruh pulau yang gelap itu. Memerhati jika ada penceroboh yang memasuki kawasan mereka.

Sedangkan Mondu pula sedang enak menjamah latok di dalam gua. Mengisi perutnya yang kosong agar lebih bertenaga. Kerana selepas ini, ada beberapa kerja gila yang dia mahu lakukan. Jadi, kenalah makan sampai kenyang supaya dia tak lemah nanti.

"Mondu." Panggilan lelaki yang memegang senjata rifle M249 menarik perhatiannya. Entah sejak bila dia muncul di sisi. Namun, mukanya tetap saja serius.

"Mereka dah sampai." Ujarnya. Sengaja perkataan 'mereka' ditekan, cukup untuk Mondu faham apa yang dia dimaksudkan.

Sekonyong-konyong bibir Mondu menyenget mendengarnya. Dia memang dah lama menanti kepulangan mereka. Tanpa menghabiskan sisa latok di dalam bekas plastik itu, dia langsung bangun dari duduk di atas batu, menapak keluar daripada gua dengan diiringi beberapa kuncu-kuncunya di belakang.

"Mondu, ko punya kuyok (anjing) sudah sampai!" Jerit Orlu yang berada di atas bot bersama gelak tawa jahat. Perlahan-lahan bot berwarna biru itu mendekati pesisiran pantai sebelum ia berhenti.

Mondu hanya tersenyum sinis. Kedua belah tangan diseluk ke dalam kocek seluar, dia berdiri di hadapan laluan masuk gua. Menanti perempuan-perempuan murahan itu datang kepadanya bersama jawapan yang dia mahukan.

"Kasi cepat sikitlah turun! Lambat bah kamurang ni!" Bentak Orlu apabila melihat mereka yang terhegeh-hegeh melompat turun daripada bot. Seakan-akan tak sanggup hendak jejakkan kaki ke situ lagi.

Namun, apakan daya mereka tak mampu untuk melawan arahan. Senjata api sentiasa mengelilingi mereka. Terpaksa turun menghadap Mondu biarpun diri diselubungi ketakutan yang tak pernah hilang walau sesaat.

Tiba sahaja di hadapan Mondu, keempat-empat wanita itu masih lagi menunduk serupa tikus.

"Ko sudah cari jawapan yang sa mau?" Soal Mondu, sambil anak matanya bergerak memerhati satu demi satu wajah. Garang.

Perlahan mereka mengangguk kepala dengan serentak.

Bibir Mondu menyenget. Bagus!

"Jadi siapa perempuan tu?" Dia malas mahu menunggu lagi, terus disoal inginkan jawapan. Batu-batu besar yang berada di tepi gua menjadi tempat dia melabuh punggung. Tubuh dipeluk, mata masih melekat pada empat wanita itu.

"Dia... anak orang kaya." Perlahan wanita yang berada ditengah itu bersuara.

"Anak kepada Dato Idris dan juga ada buka hotel di Kuala Lumpur. Nama dia Puteri Husna, dia datang ke sini sebab kawan ayahnya ada buka perasmian resort di pulau sana." Sambungnya lagi.

Mondu mendecik kecil. Malam yang sejuk ini tetap sahaja buatkan seluruh tubuhnya terasa panas. Ada tawa kecil dibibirnya penuh sinis tatkala dia teringatkan kembali pengakuan Husna semasa menjadi tahanannya.

"Saya pekerja dekat sana..."

"Apa buktinya? Kau ada kad pekerja? Tunjukkan pada aku sekarang."

"Saya tak ada. Semuanya tertinggal di resort. Sumpah! Saya tak tipu!"

Perempuan itu... sudah buat kesilapan yang besar kerana menipunya. Gigi terketap-ketap geram. Tatkala sebelah tangannya sudah mengepal buku lima. Mengumpul segala kesabarannya disitu sebelum ia terlepas ke sasaran yang paling dekat.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now