80

34.2K 3.8K 1.2K
                                    

                       RUMAH agam milik Dato Idris kini terasa asing bagi Husna. Bila tiba di perkarangan rumah, rasa macam nak cabut lari semula ke rumah Mia. Manakan tidaknya jika penyambut di muka pintu semalam adalah mak tirinya. Sakit hati pasal kejadian minggu lepas pun belum surut, apatah lagi yang sebelum-sebelum ini. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia tampar muka wanita tua itu. Tapi dek kerana dia tahu tiada sesiapa yang akan memihaknya di sini, jadi lebih baiklah dia kawal perasaan sendiri.

Malam itu, Husna terus masuk ke bilik tidur. Ada juga Datin Khadijah menegurnya namun langsung tak diendahkan. Heh, dia tahu semua itu cuma lakonan. Seronoklah dapat tahu dia dipaksa berkahwin dengan seseorang yang tidak dikenali? Menyampah!

Entah bila masa dia terlelap, tahu-tahu buka mata sahaja jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi subuh. Lantas, Husna terus bangun menunaikan solat wajib. Oleh kerana kelopak matanya masih terasa berat, usai solat Husna kembali naik ke katil.

Tertidur sekali lagi.

"Cik Husna, bangun Cik Husna!" Suara Mak Timah kuat terpekik di dalam bilik. Adakalanya dia mengeluh resah. Mana tidaknya jika jarum jam sudah menghala ke pukul 11 pagi akan tetapi Husna masih terbongkang di atas katil. 

Hendak pula di luar rombongan lelaki baru sahaja sampai. Ramai pulak tu! Hampir enam biji kereta juga terparkir di tepi rumah agam milik Dato Idris.  Mak Timah yang lihat pun sudah berdebar, apatah lagi Husna yang masih di alam mimpi. Mahunya terkejut Husna apabila tahu ada tetamu di luar bila celik mata nanti.

"Cik Husna, bangun cepat! Dato suruh bersiap!"

Husna masih lagi pejam mata. Mengantuk sangat-sangat.  Lagipun, jarang dia dapat bangun lewat macam ini. Barulah terasa nikmat tidur yang sebenar. Tapi... bila dah sedap tidur ada pula suara yang mengganggu.

Sesekali Husna menggaru pipinya. Kemudian bantal panjang di sebelah kanannya ditarik ke dalam pelukan. Sambung bermimpi.

"Ya Allah, tolonglah Cik Husna. Jangan buat macam ini... mereka dah tunggu di luar."

"Siapa pula yang tunggu? Hari ni saya cutilah... cuti sepatutnya kena rehat..." dengan nada malas Husna menggumam.

Mak Timah tepuk dahi. Aduhai, macam mana nak suruh si anak dara ni bangun? Karang dia pula yang kena marah dengan Dato Idris kerana Husna masih belum bersiap.

"Tapi Cik Husna kena bangun sekarang. Dah tak cukup masa ni! Cik Husna kena ada sekali masa perbincangan nanti."

Husna mendengus kecil.

"Bincang apa pula ni? Saya dah tak kerja ceo dah... tak ada meeting bagai." Rungutnya.

"Bukan meeting kerja Cik Husna tapi meeting pasal hantaran! Hari inikan ada orang nak masuk meminang Cik Husna. Rombongan pihak lelaki dah sampai dah pun!" Ujar Mak Timah, tinggi suaranya seakan mak-mak sedang memarahi anaknya. Kalau tak bangun juga, tak tahulah.

Mendengar perkataan rombongan disebut, mata Husna yang tadinya berat hendak terbuka terus terasa ringan. Bulat matanya serupa burung hantu, dengan rambut serabai dan muka polos Husna langsung bangun daripada pembaringan.

Laju kepalanya menoleh ke sebelah memandang Mak Timah. Pagi-pagi lagi jantungnya serupa terkena serangan.

"Rombongan?!"

Mak Timah angguk kepala berkali-kali.  Dah berbuih mulut sebut pasal rombongan daripada tadi. Sekejap anak mata Mak Timah bergerak-gerak menunjuk ke arah jendela. Memberi isyarat rombongan pihak lelaki kini sudah berada di luar.

Biar betul?!

Husna tak percaya. Cepat-cepat dia turun daripada katil lalu mendekati jendela. Kain langsir putih yang menghalang penglihatannya diselak sedikit ke tepi. Mengintai ke bawah. Sekali lagi matanya terbeliak.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now