22

25.4K 2.1K 111
                                    

BERKEPUL-KEPUL asap keluar dari mulut dan hidungnya saat menghembus nafas. Dada terasa panas. Kulit seolah-olah terbakar daripada dalam. Dan saat air liur ditelan, kelat terasa amat kuat. Namun, ia tetap satu kenikmatan yang buatkan dia terus ketagih dan mahukan lagi, lantas satu lagi batang rokok dikeluarkan. Baru sahaja dia hendak menghalakan pemetik api pada hujung rokok yang telah berada dibibir, kedengaran suara menjerit-jerit namanya dari jauh.

Dan ketika dia menoleh ke arah dua biji bot yang baru sahaja mendarat. Kelihatan Orlu terlebih dahulu melompat turun dari bot, lelaki yang mempunyai tatoo tengkorak di bahagian belakang leher. Sedang berlari tergesa-gesa kearahnya serupa dikejar hantu air.

"Mondu! Kau tinguk apa yang baru kami dapat!" Sampai sahaja di hadapan lelaki berwajah bengis itu, Orlu terus menghulurkan telefonnya. Menunjukkan beberapa gambar yang ditangkap dari jarak jauh.

Batang rokok yang berada dibibir dicabut sebentar. Telefon bimbit diambil. Satu per satu gambar yang ditangkap itu diperiksa dengan teliti. Sesekali di zoom lebih dekat untuk melihat dengan lebih jelas wajah yang tertangkap di atas bot kecil itu.

"Lama tak nampak batang hidung kau Lanun..." bibirnya menyenget tatkala melihat wajah lelaki berambut putih itu. Terpapar dengan jelas riak kegelisahan saat gambar ini ditangkap. Apa agaknya yang membuatkan wajah yang sentiasa tampak garang itu berubah gelisah?

Dia mahu tahu semuanya. Mungkin ia salah satu kelemahan yang dia cari-cari selama ini.

"Kami nampak dia selamatkan seorang perempuan semalam." Kata Orlu. Mengalihkan anak mata lelaki itu kepadanya.

"Perempuan? Orang kampung dia ka?"

Orlu geleng kepala. "Sa endak rasa itu orang kampungnya. Tapi lihat dari pemakaian macam orang luar sija. Baru-baru ini ada orang darat yang bangunkan resort di tengah-tengah pulau. Mungkin perempuan itu salah seorang dari pelancong yang menginap di sana." Ujarnya.

Malah Mondu geleng kepala serupa tak percaya. Tak mungkin. Dia kenal lelaki itu. Sebelum ini, mana pernah Lanun menyelamatkan mana-mana orang luar yang tersesat ditengah laut. Tidak lain tidak bukan, pasti ada sesuatu yang tersembunyi disebalik seorang wanita biasa itu. Mungkin sesuatu yang menarik baginya.

"Tak mungkin... lanun bukan orang seperti itu. Pasti dia ada kena mengena dengan Lanun. Sebab itu, Lanun selamatkan dia." Ujar Mondu, membuat andaian sendiri. Kepala kembali menunduk melihat gambar yang terpapar di skrin. Lama. Namun dia lebih fokus kepada wanita yang membelakangi kamera. Entah mengapa dia rasa tertarik untuk mengenali siapa mangsa yang diselamatkan oleh lelaki itu.

"Siapa dia agaknya ya?"

Bermacam-macam soalan bermain dikotak fikirannya. Dan yang pasti, semua soalan itu cuma akan terjawab jika dia berhadapan dengan Lanun. Akan tetapi mustahil. Tak mungkin lelaki itu mahu bersemuka dengannya.
Mereka bagaikan api bertemu api, akan lebih marak jika saling bertembung.

Namun, sebesar-besar api sekalipun mungkin akan lemah jika ada airnya. Sedikit demi sedikit bibir Mondu tersenyum sinis. Lihat pada reaksi wajahnya pun, sudah terbayang rancangan jahat yang muncul di kepala.

"Kau mau buat apa?" Orlu menyoal. Seolah-olah tahu sahaja apa yang bermain dikotak fikiran ketuanya.

Mondu ketawa sinis. Dia memang menantikan soalan itu.

"Buat sesuatu yang gila."












KULIT kepala yang semakin gatal digaru-garu dengan kuat. Sampaikan senget tudung dibuatnya. Selepas hilang gatal dikepala, turun pula gatal dilengan. Selesai menggaru lengan, ia turun pula ke betis. Ya Allah, seksanya! Husna sudah tidak tahan. Sehabis baik dia cuba untuk tahan diri daripada mandi dan menggunakan pakaian buruk itu. Tetapi tubuhnya pula tak memberi kerjasama.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now