BAB 6

32.4K 2.3K 306
                                    

                      SAMPAI sahaja ditingkat lobi, pintu lift terbuka. Baru selangkah kaki ke depan, tiba-tiba entah daripada mana muncul sekuntum bunga mawar di depan muka. Hidung automatik terasa gatal saat menghidunya. Dan tak lama kemudian...

"HACUMMM!!!" Husna terbersin. Tak sempat hendak tutup mulut, air liur sudah terpercik keluar. Tak semena-mena figura yang berdiri di hadapannya menjadi mangsa. Padanlah muka! Siapa suruh tiba-tiba hulur bunga kepadanya?

Hidung yang terasa gatal digosok-gosok perlahan. Rasa hendak marah. Namun sebaik sahaja kepala mendongak memandang lelaki yang sedang kaku berdiri di situ. Rahangnya terus jatuh ke bawah.

Lah!

"Encik Nathan?!" Husna terkejut. Tak sangka lelaki itu rupanya yang menyambutnya dengan bunga. Ya Tuhan! Lihatlah muka dia. Ada percikan air liurnya tadi. Semerta muka Husna berubah merah menahan malu. Cepat-cepat dia mengeluarkan tisu poket yang dibawa di dalam beg galasnya lalu dilap pada wajah Nathan dengan penuh rasa serba-salah.

"Maafkan saya, Encik Nathan! Saya betul-betul tak sengaja. Kenapa tiba-tiba muncul hulur bunga macam itu? Hidung saya memang sensitif sedikit dengan bau bunga ni. Saya minta maaf sangat!" Rayu Husna berkali-kali. Betul-betul rasa bersalah.

Nathan pejam mata seketika penuh reda. Bibir tersenyum kelat. Kenapalah dia tak tanya dahulu Husna suka bunga atau tak? Kan dah tak pasal-pasal terkena.

"Saya tak tahu pula ada perempuan tak boleh hidu bau bunga. Ingatkan semua perempuan suka. Salah saya, tak mengapa." Ujarnya. Bunga mawar itu dijatuhkan ke bawah semula. Tidak jadi ingin diberi kepada Husna.

Selesai mengelap wajah lelaki itu. Tisu yang digunakan tadi dibuang ke dalam tong sampah yang berada di sebelah lift. Kemudian, wajah Nathan kembali dipandang. Muka masih lagi membahang rasa malu. Ah, buat-buat tenang sudahlah...

"Apa-apa pun, macam mana Encik Nathan tahu saya akan keluar daripada lift ni?" Soal Husna. Sekadar mahu mengubah topik.

Nathan menunding jari ke atas. Menunjuk ke arah papan tanda kecil yang melekat di atas Lift. Khas untuk VVIP. Cuma orang-orang tertentu sahaja yang boleh guna. Salah satunya, Husna. Kerana dia adalah pemilik hotel paredise.

"Siapa lagi yang akan guna lift ni kalau bukan awak?"

Husna tersengih. Kepala yang berlapikkan tudung bawal itu digaru. Ya tak ya juga. Sekilas anak matanya mencerun ke bawah, melihat sekuntum bunga mawar merah yang masih berada di tangan lelaki itu. Bibir tersenyum.

"Bunga tu pula?" Soal Husna. Wajah Nathan kembali dipandang. Tak pernah lagi sesiapa menyambutnya dengan bunga. Selalunya orang akan bagi bunga pada seseorang yang istimewa sahaja. Tetapi dia tidak mahu membuat andaian sendiri. Ada juga yang malu dua kali nanti.

Sekejap lelaki itu menunduk memandang bunga ditangan. Bibirnya turut tersenyum. Manis sekali.

"Saja. Saya nak bagi bunga tanda maaf pasal semalam. Tapi malang sekali..." Nathan buat-buat muka kecewa. Kelopak bunga mawar itu dibelek-belek.

"Orang yang saya nak bagi tu alah pada bunga. Kesian bunga ni tiada pemilik." Katanya. Bibir mencebik.

Husna tergelak kecil. Lucu juga Encik Nathan ni.

"Baiklah, saya..."

"Terima!" Potong suara itu. Husna tersentak.

Nathan turut terkejut. Eh? Tahu-tahu sahaja bunga yang dipegang hilang sekelip mata. Melilau anak matanya mencari, manalah tahu jika ia terjatuh ke bawah. Namun saat pandangan beralih ke arah tepi Husna, muncul Mia yang sedang menghidu bau bunga mawar miliknya.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now