84

34K 3.6K 881
                                    

YA TUHAN, nervousnya!

Husna hanya mampu menjerit di dalam hati. Tak sangka hari begitu pantas berlalu, pagi ke petang, petang ke malam, tahu-tahu sudah tiba ke hari yang amat penting baginya. Gemuruh yang Husna rasakan semakin menjadi-jadi. Bilik yang agak luas dijadikan ruang solekan pengantin perempuan sudah pun sejuk dengan penghawa dingin 23 darjah Celsius. Makin bertambah sejuk Husna apabila Mia beritahu majlis akan bermula lagi 5 minit.

"Sabar, Husna. Bertenang! Kau nak kahwin, bukannya berperang." Kata Mia, pening kepalanya melihat Husna yang ke hulur ke hilir berjalan di hadapan meja solek. Hari ini Mia cuma memakai baju kurung moden berwarna biru langit. Sekadar mahu mengikut tema. Blue ocean.

Manakala wajah Husna disolek sekadar menaikkan seri, tidak terlalu tebal dan berat. Dikenakan pula dengan kebaya songket tradisional berwarna biru gelap pilihannya sendiri. Sulaman klasik batik yang sangat cantik daripada atas hingga ke hujung kainnya yang labuh mencecah lantai. Dan ada veil sulam yang sama warna menutup kepala yang bertudung.

"Aku tahu, tapi aku takut. Tak tahulah takut nak kahwin atau takut nak naik pelamin. Yang aku tahu, aku tengah takut. Aku rasa nak pengsan." Luah Husna, dia menunduk memandang kedua belah tapak tangan yang mula berpeluh-peluh. Siap bergetar lagi.

"Oh, no. Please! Jangan pengsan sekarang. Kau nak pengsan, pengsan lepas akad nikah okay? Sekarang, no!" Tegas Mia. Dia pula yang cuak apabila Husna kata hendak pengsan. Mana tidaknya jika majlis tinggal beberapa minit sahaja hendak mula dan Husna pula mahu buat hal.

Laju Mia meraih kedua belah tangan Husna. Menggenggam tangannya dengan erat. Semerta pergerakan Husna terhenti. Konon dengan cara ini dapat menenangkan sahabatnya.

"Aku tak boleh..."

"Calm down okay." Pujuk Mia. Anak matanya merenung tepat ke iris coklat milik Husna. Cuba memberi semangat.

Malahan kepala Husna menggeleng. Tak! Dia tak boleh nak bertenang seperti yang Mia arahkan. Jantungnya berdegup begitu laju sekali. Rasa macam nak terlompat keluar daripada badan pun ada.

"Aku rasa baju ni ketat sangat. Tak boleh nak bernafas!" Ada sahaja alasan yang keluar dibibir Husna. Padahal sudah tiga kali dia cuba menyarung pakaian songket ini sebelum tiba ke hari pernikahan. Semuanya elok terletak di badan. Tidak sendat malah tidak melekap di badan. Jadi tiada istilah baju ketat.

"Mana ada ketat. Baju tu longgar. Kau sendiri yang pilih, kan?"

Ya tak ya. Dia sendiri yang pilih pakaian ini. Tangan Mia ditepis lembut. Husna geleng kepala lagi. Dia pun tak faham dengan diri sendiri. Perkara biasakah jika pengantin perempuan gemuruh sebelum akad nikah bermula? Bagaimana dengan pasangan lelaki? Dia pun akan rasa perasaan yang sama atau relax sahaja?

Husna berpaling menghadap ke luar tingkap. Dari sini dia dapat lihat tetamu mula dijemput masuk ke dalam rumah. Tan Sri Raqib yang menyambut kedatangan mereka bersama ayahnya.

"Boleh tak kalau dia lafaz aje akad tanpa aku naik ke pelamin? Aku nak duduk dalam bilik ni aje. Barulah tenang sedikit!" Soal Husna. Dia tahu permintaannya agak merepek. Tapi kalau boleh ditunaikan elok juga.

"Kau merepek apa ni, Husna? Jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak? Kau kena ada di pelamin! Nanti orang ingat pengantin perempuan lari pula. Jangan risaulah... aku duduk sebelah kau."

"Aku tahu kau teman sekali dengan Orkid. Tapi entahlah, aku tetap rasa gementar. Macam mana kalau aku buat hal atas pelamin nanti?"

"Tak ada apa akan jadi, Husna. Itu perasaan kau aje tu. Biasalah, semua orang akan nervous sebelum akad nikah."

MR PIRATEWhere stories live. Discover now