Bab 5

34.9K 2.4K 351
                                    

BEBERAPA hidangan sudah tersedia di atas meja. Datin Khadijah juga ada membantu menuang air teh ke dalam cawan sementara menunggu suaminya turun ke tingkat bawah. Kemudian, kerusi yang berada berdekatannya ditarik ingin melabuh punggung. Namun sekilas pandangan teralih ke arah Husna yang tergesa-gesa menuruni anak tangga. Membatalkan niatnya untuk duduk.

"Nak ke mana tergesa-gesa tu?" Tegur Datin Khadijah, semerta mematikan langkah Husna yang baru sahaja hendak ke pintu utama. Kini pandangannya tumpu ke arah Husna yang sedang mengeluh. Jelas wanita muda itu sedang menjeling menyampah saat soalnya itu ditujukan.

"Ke tempat kerjalah. Ke mana lagi?" Acuh tak acuh sahaja Husna menjawab tanpa menoleh ke arah orang tua itu. Sesekali beg tangan yang digalas diperkemaskan.

Datin Khadijah mengetap bibir. Dia tanya cara baik, beginikah cara Husna membalas? Namun belum sempat Datin Khadijah hendak bersuara, Husna terlebih dahulu membuka mulut.

"Ops! Lupa." Sebelah tangan naik menutup mulut. Dia memusing ke belakang dengan membuat muka mengejek.

"Puankan tak kerja. Manalah tahu orang keluar kerja pagi-pagikan? Yalah, asyik keluar shopping dan harapkan duit daripada ayah saya. Macam mana Puan nak tahu semua itukan? Betul tak?" Sindir Husna. Melihat riak wajah Datin Khadijah berubah, bibir Husna terjuih. Menyampah. Terasalah tu!

"Sejak bila anak ayah ni tak pandai nak hormat orang tua?" Sampuk suara Dato' Idris membuatkan bahu Husna terhinjut sedikit. Terkejut.

Serentak pandangan mereka beralih ke arah Dato' Idris yang baru muncul. Husna menggigit bawah bibir. Pandangan dijatuhkan ke bawah. Tak sangka pula ayah sempat dengar apa yang aku kata tadi!

Sampai sahaja diruang makan, Dato' Idris berhenti di hadapan anak perempuannya sambil berpeluk tubuh.

"Semalam kamu kurang ajar dengan Mak Tijah. Sekarang mak kamu pula. Kenapa makin hari makin menjadi-jadi pula perangai kamu ni? Kalau ada masalah sekalipun, jangan lepas pada orang yang tak bersalah." Tegur Dato' Idris. Keras.

Husna menjuih bibir dengan muka mengejek. Hendak tergelak pun ada. Dia kembali memandang wajah Dato' Idris serupa muka tak percaya.

"Lepas pada orang yang tak bersalah? Apa yang Husna cakap tadi tu tak betul ke? Memang isteri kedua kesayangan ayah ni tak kerja pun, kan?"

"Dia tak kerja sebab ayah yang tak benarkan. Bukan sebab dia yang tak nak." Tekan Dato Idris.

Husna tersenyum senget. "Iya tak ya juga. Ayah yang tak benarkan dia kerja. Terlebih sayanglah katakan? Kalau arwah mak dulu, bukan main lagi dipaksa kerja sampai gila orang tua tu dibuatnya."

"Melampau sungguh budak ni!"

"Jangan Dato!" Cepat-cepat Mak Tijah menghalang saat Dato' Idris mula mengangkat sebelah tangannya ingin menampar wajah Husna. Lekas dia berlari mendapatkan mereka berdua. Berdiri ditengah-tengah, memisahkan antara Husna dan Dato' Idris daripada bertikam lidah. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Husna. Wanita itu masih berdarah muda. Mungkin tidak sedar apa yang dikatakan tadi kerana terlalu ikutkan emosi.

Tegang wajah Dato' Idris ketika itu.

Tatkala Husna jelas kaku melihat tangan orang tua itu yang tersangkut diudara. Tunggu masa sahaja untuk singgah ke pipinya. Bibir mengetap penuh geram. Tatkala kedua-dua belah tangannya mengepal dengan kuat. Sanggup Dato' Idris menaik tangan padanya hanya kerana perempuan itu?

"Jangan begini Dato'. Tak baik pagi-pagi lagi dah bertikam lidah macam ini. Husna mungkin tak sengaja." Pujuk Mak Tijah. Kemudian dia memusing memandang Husna pula.

"Betulkan, Cik Husna? Apakata Cik Husna minta maaf dengan Datin Khadijah semula? Dia bukan orang lain, masih mak kepada Cik Husna. Tak baik cakap macam itu pada dia..."

MR PIRATEWhere stories live. Discover now