Bab 14

24.4K 2K 389
                                    

                 "BANG, ini dijah ada buatkan air. Minumlah." Pelawa Datin Khadijah. Meletakkan secawan air teh di atas meja kopi. Tersenyum dia melihat Dato Idris yang tak jemu-jemu melihat pemandangan laut dari balkoni. Biarpun hari sudah gelap,  keindahan itu tetap terpancar. Suasana malam lebih tenang dan mendamaikan.

Setelah puas mengamatinya, Dato Idris kembali masuk ke dalam bilik. Pintu gelangsar ditutup. Berjalan ke arah meja kopi yang dihidangkan air tadi lalu melabuh punggung disitu.

"Buat susah-susah aje."

"Tak susah pun. Dijah juga yang dapat pahala." Katanya. 

Dato Idris tersenyum mendengar. Lantas air teh yang masih panas itu dicapai, ditiup-tiup terlebih dahulu sebelum dihirup secara perlahan-lahan. 
Segar tekak.

"Esok abang ada buat apa-apa ke?" Soal Datin Khadijah setelah beberapa minit diamkan diri. Wajah suaminya dipandang. 

Dato Idris mengangguk kepala. Cawan teh itu diletakkan ke atas meja kembali.

"Ada. Abang ada meeting dengan Tan Sri Raqib."

"Oh, jadi lawatan naik bot esok abang tak ikut ke?"

Dato Idris menggeleng. "Tak. Awak pergilah sertai mereka naik bot. Lawat tempat-tempat bot pelancongan mendarat. Memang cantik. Tak rugi kalau awak ikut. Boleh awak teman Husna sekali. Selalunya Mak Timah yang akan teman dia." Ujar Dato Idris. 

Datin Khadijah sekadar tersenyum kelat. Ada keluhan kecil kedengaran.  Pandangan dialihkan ke lain.

"Hendak ke dia kalau saya yang teman? Kes minggu lepas pun belum surut lagi." Adunya. Siap ada keluhan lagi. Berat benar bunyinya.

"Mungkin inilah peluang untuk betulkan apa yang jadi minggu lepas? Husna tu nampak sahaja macam itu, tapi hati dia senang nak dipujuk." Kata Dato Idris. Membuat bibir isterinya tersenyum senget.

Mudah sungguh Dato Idris berkata begitu. Sedangkan dia yang cuba berbaik dengan Husna selama bertahun-tahun dahulu pun masih belum surut. Begitukah hati yang konon senang dipujuk? Ceh, dia tak rasa Husna itu seorang yang cepat melupakan hal yang lama. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Tetapi tidak pada Husna, dia akan tetap ambil yang keruh juga.

"Awak bagilah dia masa. Husna tu cuma... terperangkap dengan masa silam dahulu. Dia cuma tak boleh lupakan arwah mak dia. Saya pasti suatu hari nanti dia akan buka hati juga untuk terima kenyataan yang awak pun mak dia."

"Tapi suatu hari tu bila?" Soal Datin Khadijah.  Perkataan itu ditekan kuat. Dia menoleh memandang suaminya. Mahukan jawapan.

Dato idris terdiam. Tak punya jawapan.

"Kita dah lama kahwin. Tapi anak awak tu tetap tolak kenyataan. Walaupun kita duduk serumah, tapi saya dan Husna seolah-olah tak pernah bertembung langsung.  Awak pasti ke dia akan berubah?" Luahnya dan mengulangi soalan yang sama buat kali kedua. Namun, kali ini Dato Idris memilih untuk berdiam.

Ya. Dia tahu semua itu. Entah sampai bila Husna akan keras kepala. Moga-moga suatu hari nanti, ada yang mampu mengubah perwatakan anak gadisnya.













DENGKURAN harus kedengaran ditelinga. Kelopak mata yang kononnya terpejam itu terus terbuka. Yes! Husna bersorak di dalam hati. Akhirnya, Mia sudah pun terlena dibuai mimpi. Payah sungguh hendak tidurkan minah seorang ini. Ada sahaja benda nak diajak bual sebelum menutup mata. Ah, tak kesahlah. Janji rancangannya sudah berjalan lancar.

Dengan perlahan-lahan Husna bangkit dari pembaringan. Selimut yang terselak sedikit dari tubuh Mia diperbetulkan. Harap-harapnya tak adalah yang akan terjaga semula disebabkan suhu bilik terlalu sejuk.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now