Bab 16

23.9K 2K 410
                                    

                  "SELESAI sudah lawatan kita hari ini. Esok kita akan ke lokasi lain pula. Terima kasih kerana sertai bot kami." Ucap kapten bot itu sebaik sahaja tiba dijeti. Seorang demi seorang penumpang turun dengan berhati-hati, pergi membawa haluan masin-masing. Kebanyakannya balik ke bilik untuk menukar pakaian yang sudah basah lencun. Lawatan hari ini, memang memuaskan. Tetapi ada kurangnya juga kerana Mia tidak turut serta.

Disaat staff yang lain bermandi-manda bersama rakan mereka. Manakala Husna pula terasing seorang diri.

Jacket keselamatan ditanggalkan dari tubuh. Bajunya sudah lembab dek ditiup angin laut daripada tadi. Lepas mandi automatik perut terasa lapar. Rasanya dia patut ke kafe beli makanan dahulu.

"Husna." Tegur suara Datin Khadijah. Semerta menghentikan langkah Husna yang baru sahaja hendak menuju ke kafe. Dia menoleh ke belakang.

Apalagi yang perempuan tua ini mahukan, malas betul dia hendak layan.  Husna jeling meluat. Degusan nafas kecil dilepaskan. Namun dia masih sabar menunggu apa yang Datin Khadijah ingin katakan.

"Apa dia?" Serius Husna bertanya.

"Malam ni Husna free tak?" Soalan dibalas soalan.

Malah Husna jongket bahu. "Tak tahu. Kenapa?"

"Kalau Husna free, boleh tak kita jumpa dekat jeti ni? Dalam pukul 10? Ada benda yang mak nak beritahu kepada Husna."

"Cakap sekarang aje tak boleh ke?"

Datin Khadijah menggeleng. "Tak boleh. Ada kejutan sebenarnya. Tanda maaf mak tentang hal yang berlaku beberapa hari lepas. Tapi ikut pada Husna. Mak tahu, apalah sangat permintaan ni... Mak tak kesah kalau Husna nak datang atau tak. Mak faham. Tapi kalau Husna datang, mak betul-betul akan hargainya." Ujar Datin Khadijah.

Husna diam buat beberapa minit. Timbul rasa kasihan pula apabila melihat wajah Datin Khadijah yang merayu-rayu daripada tadi. Mungkin kali ini, wanita tua itu benar-benar dah sedar akan silapnya. Dia pun tidak sampai hati untuk menolak. Jika benar pertemuan malam ini akan mengubah hubungan mereka 180 darjah, maka dia harus membuka hati untuk terima.

"Hmm... tengoklah malam ni..." Acuh tak acuh sahaja Husna menjawab. Dia pun tidak yakin akan datang atau tidak. Tidak boleh berjanji.

Namun jawapan Husna tetap buat bibir kering itu melebar penuh bersyukur. Dari sepasang matanya, jelas dia gembira.

"Terima kasih sangat-sangat Husna. Mak akan tunggu Husna  di sini malam ni." Katanya.

Husna sekadar mengangguk.

"Apa-apa ajelah. Husna pergi dulu." Pamitnya. Lantas berlalu meninggalkan jeti itu, menuju ke kafe yang berada ditengah-tengah resort. Meninggalkan Datin Khadijah yang masih tercegat ditempat yang sama. Entah mengapa wanita itu tidak berganjak dari situ, mungkin dia mahu berjumpa seseorang.

Ah, lantaklah. Itu bukan urusannya.

Sampai sahaja di kafe, Husna terus menuju ke arah kaunter. Cuma ada beberapa orang melepak di meja sambil bermain telefon canggih masing-masing. Nasib diruangan kaunter kosong, tak perlulah dia beratur. Anak mata laju menyasar ke arah kek pelangi yang cuma tinggal sepotong di dalam kaca.

Mata membulat. Alamak, dia harus cepat!

Kaki dilajukan. Sampai sahaja di kaunter, Husna langsung memesan.

"Bagi saya rainbow kek satu."

"Sa mau itu rainbow kek."

Serentak suara mereka memesan kek yang sama. Husna berpaling ke tepi. Memandang lelaki yang berdiri disebelah, berpakaian hoodie putih menutup kepala. Bahkan, Lelaki berkaca mata hitam itu juga turut menoleh memandangnya. Aish, punya banyak lagi pilihan kenapa mamat ni pesan kek yang sama? Ah, tidak! Dia yang sampai ke kaunter ini dahulu.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now