Bab 18

23.2K 2.1K 465
                                    

SUASANA di Buffet tidak ramai seperti tadi. Kini cuma tinggal beberapa orang sahaja di meja masing-masing. Tatkala Mia pula hanya mengambil tempat duduk di bahagian paling hujung. Termenung kosong sambil tangan tidak habis-habis menggaul nasi goreng yang terhidang di hadapannya. Dari panas sehingga makanan itu menjadi sejuk.

"Seorang aje hari ni?" Sapa suara itu.

Mia mengangkat wajah. Sebaik sahaja terpandang Encik Nathan yang muncul dihadapan meja, Mia mengeluh. Kalau dahulu dia teruja, kini tidak lagi. Rasa macam nak bangun dari kerusi dan terus pergi. Tetapi dia belum habiskan makanan lagi. Lantaklah.

Mia kembali menjatuhkan wajah ke bawah. Sebelah tangan menongkat dagu, manakala sebelah lagi menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Entah mengapa semua makanan sekarang terasa tawar. Mungkin dia tiada selera.

Tatkala kening tebal lelaki itu mengerut pelik. Lain macam mood Mia hari ini. Tanpa menunggu sebarang pelawaan, satu kerusi di hadapan Mia ditarik sebelum dia melabuh punggung.

"Are you okay? Tak pernah nampak muka awak macam itu pun sebelum ni." Tegur Nathan.

"Yeah, tapi sekarang encik Nathan dah boleh nampak." Balas Mia, acuh tak acuh.

"Kenapa sebenarnya ni? Apa yang dah berlaku?"

"Tak ada apa." Ringkas Mia menjawab. Masih lagi dengan nada serius.

Sedangkan mata biru itu mula mengecil merenungnya. Seakan-akan tidak percaya dan cuba mencari apa yang cuba disorokkan. Dan baru dia perasan, kelibat Husna tiada disini. Bukankah mereka kawan baik yang selalu berkepit ke sana dan ke sini? Tidak lain tidak bukan, pasti mereka berdua sedang bergaduh.

Bibir Nathan menyenget.

"Gaduh dengan Husna ek?" Dia meneke.

ZRAAPP!

Terus anak mata Mia menikamnya dengan garang. Seolah-olah ada yang bakal kena cucuk dengan garfu jika menyebut nama itu lagi. Lantas, air liur ditelan. Kesat.

Seram juga Mia ini bila tiada mood.

"Jangan sebut nama dia. Encik Nathan buat saya lagi tiada selera nak makan." Ujar Mia memberi amaran. Kemudian, dia meneruskan suapan seperti biasa.

"But why?"

"Tanyalah dia sendiri. Kenapa tanya saya? Saya bukannya pembantu peribadi dia dua puluh empat jam." Katanya.

Namun sebaliknya Nathan mengeluh. Riak wajah terus berubah saat Mia berkata begitu. Kepala tertunduk ke bawah. Tubuh terus tersandar ke belakang. Serupa orang tiba-tiba hilang semangat hendak meneruskan kehidupan.

"Saya tak rasa saya boleh jumpa dia selepas ini..." adunya. Jari-jemari mula tidak duduk diam mencubit isi sendiri.
Semerta membuatkan dahi Mia berlapis mendengarnya.

"Kenapa pula?" Dalam tiada mood, hendak juga dia tahu puncanya.

"Sebab saya... malu." Kata Nathan perlahan.

Mia menjuih bibir. Sudah kenapa Encik Nathan ni tiba-tiba malu pula? Takkan Husna dah jadi teman wanita, terus rasa malu hendak bertegur sapa. Ada juga jenis bercinta seperti itu?

"Nak malu kenapa? She's yours now." Ujar Mia, nasi goreng disuap lagi.

Malah Nathan menggeleng kepala.

"No. She's not mine. Never. Ever. Be mine." Tekan lelaki itu.

Kemudian Nathan mengangkat wajah. Memandang Mia yang tiba-tiba sahaja menghentikan suapan. Mukanya penuh dengan tanda soal. Buatkan Nathan rasa geli hati ingin ketawa.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now