70

28.6K 3.3K 366
                                    

                    KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT, Mia berdiri  diruangan menunggu kepulangan penumpang dari Sabah. Dapat sahaja berita Husna akan pulang ke sini, terus dia berangkat ke KLIA mahu menjadi penyambut terawal. Ah, tak sabar rasanya hendak peluk kawan baik dia tu puas-puas! Lepaskan segala rindu yang terbuku dihati.

Paling penting, dia mahu minta maaf tentang kejadian di resort tempoh hari. Sungguh, perasaan bersalah itu masih membelenggu jiwanya.  Kalaulah dia tidak menolak ajakan Husna, pasti semua ini tidak akan berlaku. Dia akui itu.

"Husna!" Jerit Mia sambil tangan dilambai-lambai keatas, menarik perhatian Husna yang baru sahaja melepasi pintu keluar. Melihat anak mata Husna yang melilau mencari empunya suara, tak tunggu lama, Mia terus berlari ke sana.

Sampai sahaja di hadapan Husna,  bibir Mia tersenyum gembira. Ditarik tubuh rakannya lalu dipeluk dengan erat. Tak lama, sebelum ia terlerai dengan sendirinya. Kemudian, kedua-dua belah tangan Husna pula yang ditarik lalu digenggam.  Anak mata coklat itu ditenung penuh kerisauan bercampur rindu.

Sedangkan Husna pula masih lagi sesat dengan apa yang berlaku. Dalam fikirannya tertanya-tanya bagaimana Mia tahu dia akan pulang hari ini? Tidak lain tidak bukan, pasti Dato Idris yang beritahu.

"Husna, aku rindu kau sangat-sangat! Mujurlah kau balik dengan selamat. Dengar saja Dato Idris cakap kau akan balik, terus aku datang sini! Aku nak minta maaf dengan kau tentang kejadian di resort hari itu. Aku faham kalau kau marah, tapi aku betul-betul menyesal sebab abaikan kau hanya kerana seorang lelaki! I'm so stupid!"  Ujar Mia panjang lebar dengan seribu sesal di dada. Benar-benar berharap agar Husna terima maafnya. Bahkan, jika dia harus lakukan sesuatu untuk meraih kemaafan daripada Husna, maka dia sanggup lakukannya. Memang ini silap dia sendiri!

Malah cepat-cepat Husna gelengkan kepala apabila bicara Mia kedengaran semakin jauh. Dia akui, kata-kata Mia semasa di resort tempoh hari ada yang menghiris hatinya. Akan tetapi tidaklah sampai dia menyimpan dendam kesumat sehingga tidak ingin memaafkannya. Siapalah dia, hendak menghukum sampai begitu sekali.

"Apa kau cakap ni, Mia? Aku okaylah. Aku dah lama maafkan kau. Jadi kau tak perlu risau. Cukup kau dah jadi Mia yang dulu pun aku dah seronok sangat."

"Tapi aku betul-betul rasa bersalah dengan kau. Yalah, kalau aku teman kau naik bot malam itu pasti kau takkan hilang dekat pulau."

Husna berdecik kecil. Rasa nak tergelak pun ada apabila dengar. Kalau Mia ikut sekali pun waktu itu, entah-entah dia pun terima nasib yang sama sepertinya. Dihumban ke tengah-tengah pulau Red Zone supaya bukti dihapuskan. Kenal sangat dengan perangai durjana perempuan tua itu!

"Bukan salah kau, Mia. Benda dah nak jadi, akan jadi juga. Lagipun..." dalam tak sedar bibir Husna tersenyum sendiri tatkala teringatkan pertemuan dia dan Lanun. Andai dia tidak ditolak jatuh daripada bot, mungkin juga dia tidak akan mengenali lelaki sebaik Lanun. Dan mungkin juga, dia tidak dapat merasai hidup di sebuah kampung  yang serba kekurangan tetapi penuh dengan manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan.

Adakalanya, dia rasa insiden yang berlaku beberapa hari yang lalu ada tuannya juga.

"Lagipun apa?" Soal Mia apabila Husna tiba-tiba berhenti bicara sekerat jalan. Bahkan, Husna cuma geleng sambil tersenyum kecil.

"Tak ada apalah. By the way, kau datang sini dengan siapa?" Langsung Husna mengubah topik perbualan. Siap menjeling ke sekitar KLIA yang sentiasa penuh dengan pelancong keluar dan masuk. Tidak nampak pula susuk tubuh yang sedang menunggu kononnya sedang menemani Mia. Takkanlah Mia datang ke sini seorang diri?

Mendengar Husna bertanya tentang itu, automatik Mia tersengih-sengih Malu. Bawah bibir digigit sambil dia buat-buat menyelit rambut ke belakang telinga. Aish, malu pula nak jawab!

MR PIRATEWhere stories live. Discover now