77

38K 3.7K 1.2K
                                    

JANGGAL. Itu perkataan yang sesuai buat masa sekarang. Seluruh bilik terasa sunyi apabila masing-masing tidak bersuara. Tak pasti siapa yang patut mulakan dahulu. Husna dan Raf hanya duduk membungkam di hadapan meja yang diduduki Tan Sri Raqib. Tak ubah seperti dua orang murid bermasalah sedang berhadapan dengan guru besar di bilik kaunseling.

Tan Sri Raqib peluk tubuh sambil bersandar ke belakang. Sekejap anak mata bergerak memandang anaknya, tak lama sebelum ia bergerak memandang Husna pula. Serius betul muka.

Kecut perut Husna tika ini. Aduh, kenapalah hari ini dia kena hadap macam-macam situasi?

"Husna."

"Ya, Tan Sri." Sahut Husna laju. Terus wajah diangkat sebaik sahaja namanya disebut. Jelas muka masih lagi takut-takut.

"Kalau Raf ni mahu jadi suami kamu, kamu sudi terima ke?" Soal Tan Sri Raqib secara tiba-tiba.

Kelu lidah Husna mendengarnya. Tidak tahu hendak jawab apa. Langsung tak terlintas di fikirannya Tan Sri Raqib bakal bertanya soalan cepumas begitu selepas kejadian tadi. Andai hatinya boleh mengeluarkan suara mungkin dia sudah jawab 'Ya'.

Sekejap Husna mengerling ke arah Raf di sisi. Lelaki itu juga tertunggu-tunggu jawapan keluar daripada bibirnya. Sungguh, dia tak dapat sembunyikan rasa malu saat ini. Muka merah habis.

Lantas, Husna tunduk memandang tangannya yang saling bermain. Cuba menghilangkan debaran di dada.

"Ke... Kenapa Tan Sri tanya soalan itu dekat sini?" Soal Husna, tergagap-gagap jadinya. Mereka masih berada di dalam bangunan korporat, serahusnya bercakap soal kerja tapi lain pula topik kali ini.

Malahan Tan Sri Raqib jongket bahu sambil mencebir bibir.

"Saja. Tiba-tiba pak cik teringatkan pesanan kamu semasa di Sabah itu hari. Kamu suruh pak cik sampaikan pesanan pada Raf yang kamu akan tunggu kedatangan dia lama mana sekalipun. Jadi bolehlah jika pak cik anggap yang kamu betul-betul sukakan dia."

Makin membahang pipi Husna apabila Tan Sri Raqib mula mengingatkan dia tentang hal itu. Kalaulah dia tahu Tan Sri Raqib bapa kepada Lanun, memang dia takkan cakap macam itu! Memalukan!

"Oh really?" Kening Raf sedikit terjongket. Macam tak percaya pula Husna berani berkata begitu depan bapanya. Terus dia menoleh ke sisi memandang Husna.

Husna gigit bawah bibir. Mata dipejam sesaat. Nak pecah dadanya waktu ini. Boleh tak kalau nak lari keluar aje daripada sini?

"Papa tak beritahu Raf pun Husna ada cakap macam itu semasa di hospital?" Raf kembali memandang bapanya.

Melihat mulut Tan Sri Raqib terbuka ingin menjawab, lekas Husna memotong.

"Sebenarnya saya tak tahu apa yang saya fikir waktu itu. Jadi tak mengapa kalau Tan Sri lupa sekalipun. Sebab tak penting pun. Haha!" Husna buat-buat ketawa. Kekok sekali bunyinya. Sekadar mahu hilangkan rasa janggal pada topik tadi.

Kemudian, Husna buat-buat mengerling ke arah jam di dinding. Boleh dijadikan alasan untuk dia meminta diri untuk keluar.

"Err... saya rasa ada banyak lagi kerja tak habis di tingkat lobi. Jadi saya perlu sambung kerja, karang staff ingat saya curi tulang pula. Jadi... saya pergi dulu. Assalamualaikum, Tan Sri!"

"Tunggu dulu, Husna!" Halang Tan Sri Raqib tanpa sempat Husna mengangkat punggungnya daripada kerusi. Terus dia melekat di situ. Debaran semakin kuat. Entah apa pula yang Tan Sri Raqib hendak cakap kepadanya.

"Sebenarnya pak cik baru balik daripada rumah Dato Idris. Ayah kamu." Katanya.

Terus Husna terdiam. Dalam masa yang sama, tertanya-tanya juga apa Tan Sri Raqib buat di sana. Nak tanya, tapi siapalah dia untuk bertanya begitu? Lantas, Husna hanya diamkan diri apabila melihat Tan Sri Raqib seperti ingin menyambung ayatnya.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now