56

36.9K 4.4K 1.9K
                                    

                  "HUSNA." Panggilan Mak cik Lily mengalihkan perhatian Husna ke belakang. Dia yang baru sahaja ingin melangkah pulang ke rumah bersama Orkid tergendala seketika. Menunggu sehingga orang tua itu tiba di hadapannya bersama bantal dan sehelai selimut nipis. Dan tatkala dua barang itu diserahkan kepadanya, Husna tayang muka pelik.

"Ambillah bantal yang Husna sudah buat ni. Mak Cik beri sekali dengan selimut. Anggaplah sebagai hadiah daripada Mak cik." Katanya.

"Eh, buat susah-susah aje. Inikan untuk dijual? Saya ada duit, saya boleh bayar. Tunggu saya balik rumah kejap untuk ambil, nanti saya datang ke sini semula." Ujar Husna. Segan pula hendak mengambil pemberian Mak cik Lily. Lagipun, semasa di kenduri semalam Lanun ada berikan dia tiga ratus ringgit. Sedikit pun masih belum disentuh.

"Endak perlu, Husna. Ko sudah banyak tolong Mak cik masukkan kekabu ke dalam sarung bantal tadi. Setakat satu bantal, Mak cik endak rugi pun. Ambillah." Kata Mak cik Lily seakan merayu. Dia rasa terhutang budi dengan niat baik Husna menolongnya hari ini.

Husna mengukir senyuman kecil. Tak sampai hati pula Husna mahu menolak buat kali kedua. Lambat-lambat bantal dan selimut itu diambil.

"Terima kasih, Mak cik Lily." Ucap Husna.

"Sama-sama. Nanti jangan lupa kirim salam sama Lanun ya. Dan lagi satu, terima kasih juga kerana ko sudi terima lamaran Lanun. Satu kampung ini akan gembira bila ko berkahwin dengan dia nanti. Percayalah."

Pipi Husna sudah membahang malu. Sedaya upaya dia menahan bibir daripada tersenyum. Aduh, Mak cik Lily ni... tak terasa seperti awal sangatkah untuk bercakap soal kahwin?

Tapi, bila ya?

Ah, sudah. Mulalah dia nak tersengih macam kerang busuk sekarang.

"Husna, jomlah kita balik! Nanti risau pula si Lanun itu bila sedar ko endak ada di sana." Jerit Orkid yang tercegat menunggunya dibawah terik matahari. Dengan sebelah tangan diangkat tinggi, menghalang cahaya panas itu daripada terkena wajahnya.

Lantas Husna mengangguk kepala. Ya, dia pun rasa patut balik sekarang.

"Saya pergi dulu ya, Mak cik. Assalamualaikum." Pamit Husna. Dia menunduk sekejap menyalami tangan orang tua itu sebelum berlalu ke arah Orkid. Bantal dan selimut itu dipeluk erat ke badannya. Cantik juga bantal bercorak bunga ini, warna biru. Warna kesukaan dia sekarang.

Mereka berjalan bersebelahan, sama-sama menuju pulang ke rumah Lanun. Sepanjang perjalanan, bibir asyik tersenyum tatkala melihat gelang hiasan cangkerang elok mengelilingi pergelangan tangannya.

"Macam mana aku nak tunjuk gelang ni kepada Lanun nanti ya? Takkan tiba-tiba nak hulur tangan pulak.'Husna menyoal sendirian di dalam hati. Ish, malulah pula nak berhadapan dengan lelaki itu pada waktu sekarang.

Tapi...

Riak wajah Husna berubah pula. Jika dia terima lamaran ini, sudah tentu Dato Idris pun akan tahu juga bila dia tiba ke darat nanti. Agaknya, boleh ke ayah terima Lanun sebagai menantunya?

"Kenapa tiba-tiba muka ko masam? Apa ko mau tukar fikiran ka? Jangan macam-macam bah, Odu sudah kasi tau satu kampung ko terima lamaran Lanun. Nanti jatuh air mata lelaki itu!" Tegur Orkid apabila menyedari riak wajah Husna berubah.

Husna tergelak kecil. Tak mungkinlah dia akan tukar fikiran semula.

"Bukanlah, Orkid. Saya cuma... teringatkan ayah saya. Kalau awak nak tau, sebenarnya saya ni anak Dato. Dan jelas dekat situ darjat saya dan Lanun agak jauh beza. Apa gunanya kalau saya terima lamaran Lanun, tapi ayah saya tak sependapat nanti?" Ujar Husna.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now