72

37.3K 4K 1.6K
                                    

                SAMBIL meletakkan dua cawan teh di atas meja bulat yang berada ditengah ruangan, sesekali anak mata Mak Timah melingas mencari kelibat Husna. Kata Dato Idris, si Husna balik ke Kuala Lumpur bersama mereka hari ini,
akan tetapi tidak pula dia lihat Husna keluar daripada kereta tadi. Bahkan sampai sekarang tidak muncul-muncul.

Pelik.

"Mana Cik Husna, Dato?" Soal Mak Timah, selesai meletakkan cawan. Dulang itu dipeluk ke dada. Memandang Dato Idris yang duduk di sofa sedang menonton berita.

"Dia keluar sekejap dengan Mia. Kenapa?"

"Tak ada apalah, saja Mak Timah nak tahu sebab Dato kata dia balik sekali. Macam mana keadaan dia? Baik-baik saja ke?" Mak Timah bertanya lagi. 

Dato Idris mengangguk kepala. Cawan teh di atas meja dicapai, dititup-tiup dahulu sebelum dihirup sedikit lalu diletakkan semula ke tempat asal.

"Kalau keadaan dia tak okay tak adalah saya izinkan dia keluar dengan Mia." Balasnya.

Ya tak ya juga. Tak terfikir pula dibenak fikiran Mak Timah tentang itu. Bibirnya tersengih-sengih.  Dan tiba-tiba suasana menjadi sepi seketika. Hanya bunyi suara penyampai berita di televisyen sahaja yang kedengaran memenuhi kesunyian. Manakala Mak Timah masih lagi tercegat berdiri di tepi sofa, seakan hendak bertanya satu lagi soalan.

Tetapi takut pula dia nak tanya. Almaklumlah, diakan cuma orang gaji sahaja di dalam rumah ini. Apa hak dia untuk bertanya lebih-lebih.

"Mak Timah ada nak cakap apa-apa lagi ke dengan saya?" Tegur Dato Idris apabila melihat Mak Timah yang tidak berkutik daripada tempatnya.

Perlahan-lahan Mak Timah angguk kepala.

"Nak cakap apa? Cakaplah." Alat kawalan jauh dicapai, suara di televisyen direndahkan agar dia boleh mendengar suara Mak Timah dengan jelas.

Alang-Alang Dato Idris sedia memasang telinga mendengar pertanyaan dia, terus Mak Timah mendongak sekilas ke tingkat atas. Memastikan tiada tanda-tanda Datin Khadijah sedang turun ke bawah, kerana setiap kali dia hendak bertanyakan tentang Husna, pasti majikannya itu menjadi penghalang dan menghalau dia ke dapur menguruskan kerja.

Nampak gaya Datin Khadijah masih berada di dalam biliknya. Tadi dia naik ke atas kerana ingin bersihkan diri. Mungkin lama lagi.

Lantas Mak Timah kembali tunduk memandang Dato Idris yang masih sabar menunggu.

"Tentang lelaki rambut putih yang Dato tengok dalam gambar tu... Dato dah tahu ke siapa dia?" Soal Mak Timah, sengaja dia perlahankan sedikit suara. Takut ada telinga yang cuba-cuba curi dengar daripada jauh.

Dato Idris angguk kepala. Riak wajahnya nampak kurang mesra apabila Mak Timah ungkit tentang lelaki tidak dikenali itu.

"Tahu, dia cuma lelaki kampung biasa yang sukakan Husna." Ujar Dato Idris.  Ada kedengaran menyampah pada suaranya.

Kening Mak Timah automatik berkerut.

"Lelaki kampung?" Terkejut bukan kepalang dia apabila Dato Idris berkata begitu. Sejujurnya, bukan itu jawapan yang dia mahu dengar. Pelik. Apa yang buatkan pandangan Dato Idris cuma nampak lelaki muda itu cumalah orang kampung biasa?

"Dato dah tanya nama dia ke? Anak siapa? Tinggal dekat mana?" Tanya Mak Timah lagi. Ingatkan Dato Idris bakal mengenali pemuda berambut putih itu. Namun sangkaannya salah.

"Kenapa saya nak kena tanya semua tu? Saya tak ingin pun nak berkenalan dengan lelaki yang dah bawa lari anak saya."

Mak Timah terdiam.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now