Bab 12

25.3K 2K 62
                                    

PEJAM celik, pejam celik, tak terasa masa berlalu. Hari ini adalah hari mereka bakal bertolak ke Sabah. Merasmikan pembukaan resort atas laut. Ah, tak sabar sungguh untuk lihat bagaimana rupanya. Pasti sungguh indah pemandangan di sana. Dengar cerita perjalanan nak ke resort itu pun ambil masa berjam-jam juga. Harap-harap dia tak mabuk laut nanti.

"Husna, smile!"

Klik!

Satu gambar diambil tanpa sempat Husna mengukir senyuman. Laju sungguh tangan si Mia ini menekan butang camera. Tersengih-sengih dia apabila melihat gambar yang diambil tadi. Bagus! Mukanya nampak elok. Manakala muka Husna pula tampak seperti mahu makan orang.

Ah, biarlah. Janji gambarnya sudah cantik.

"Ini baru dekat Airport, belum sampai Sabah lagi. Entah berapa gambar kau nak ambil." Bebel Husna.

"Eh, biarlah. Bukannya selalu aku dapat naik kapal terbang tahu tak? Dengan kau pulak tu! Kita tak pernah travel sama-sama tau! Inilah peluang aku kumpul kenangan kita banyak-banyak."ujar Mia.

Tatkala Husna sekadar geleng kepala. Suka hati kaulah, Mia... selfielah kau sampai penuh storage dalam telefon. Kemudian Husna mengeluh kecil. Bosan. Sekilas anak mata menunduk melihat jam ditangan. Lagi beberapa minit mereka akan bertolak masuk ke lapangan terbang.

Apabila duduk lama-lama di sini terasa sejuk pula. Mujurlah dia pakai hoodie siap-siap. Baru sahaja hendak masukkan tangan ke dalam poket, tiba-tiba ada seseorang melabuh punggung di kerusi sebelah.  Rapat pula tu. Buatkan Husna rasa tak selesa. Dia tunduk sedikit ingin melihat wajah yang turut memakai sama hoodie dengannya.

Sebaik sahaja mata mereka bertembung. Riak wajah Husna bertukar terkejut. 

"Encik Nat..."

"Syhh!" Dia meletakkan jari dibibir.

Terus Husna mengetap bibir. Diam. Anak mata biru itu seolah-olah menunjuk ke arah Mia yang sedang leka menangkap gambar daripada tadi. Oh, mungkin dia tidak mahu Mia tahu kehadirannya disini. Langsung Husna mengangguk kepala tanda faham.

Tak sangka lelaki itu juga turut ikut serta dalam lawatan ini. Eh, sudah tentulah. Diakan anak Tan Sri Raqib? Namun, Husna hampir sahaja tidak perasan lelaki yang duduk disebelahnya adalah Encik Nathan. Pemakaiannya jauh beza daripada sebelum ini. Apatah lagi apabila dia mengenakan topi. Nampak seperti lelaki misteri yang cuba menyembunyikan identiti. 

Tiba-tiba lelaki itu mendekatkan wajah. Husna mengundur sedikit. Jantung berdegup laju. Mujurlah tiada siapa yang memandang ke arah kami berdua. Kalau tidak,  tentu mereka dah fikir bukan-bukan.

"Meet me there. Don't be late." Bisiknya betul-betul disebelah telinga Husna yang ditutupi selendang biru cerah. Terasa poket hoodienya disumbat sesuatu oleh Nathan sebelum lelaki itu menjauhkan diri.  Sempat lagi dia mengenyitkan sebelah mata sebelum bangun dari kerusi dan beredar pergi ke arah Tan Sri Raqib. 

Husna terpempan sejenak. Matanya berkelip-kelip. Kenyitan mata tadi buatkan lututnya terasa lemah. Serupa dipanah cinta pula. Namun, kening Husna berkerut seketika. Apa yang dia seluk tadi agaknya?

Dan saat Husna menyeluk tangan ke dalam poket hoodienya, terasa seperti ada kertas kecil yang dilipat lalu dikeluarkan.

"Premium room berdekatan kolam renang. Pukul 11 malam."

Oh, Encik Nathan hendak berjumpa disini setelah sampai nantikah? Husna mengangkat wajah, memandang Nathan yang berdiri di sebelah Tan Sri Raqib yang sedang berbual dengan Dato Idris. Lelaki itu serupa tahu sahaja dia dipandang. Dan kepala diangguk seolah-olah mengiyakan apa yang bermain di fikiran Husna.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now