36

27.7K 2.5K 237
                                    

KLIK!

PANTAS sahaja jari Mia menekan butang camera. Usai tunaikan solat subuh, terus dia keluar dari bilik menuju ke jeti. Mengumpul gambar sebanyak yang mungkin sementara menunggu matahari terbit. Dia tidak mahu terlepas peluang menyaksikan detik paling indah itu. Lagi pula lawatan sudah hampir ke penghujungnya. Dia dan team yang menguruskan kerja dibandar akan pulang lagi dua hari. Dan ketika kepala menunduk melihat gambar langit subuh yang diambil, bibirnya tersenyum lebar. Satu perkataan sahaja. Iaitu Cantik. Dia akan kekalkan kenangan ini di dalam telefon sampai bila-bila.

Mia kembali mengangkat wajah. Cadangnya ingin mengambil satu lagi gambar pemandangan disini, namun saat anak mata tertangkap figura Nathan yang duduk dibangku sedang termenung kosong. Perlahan-lahan tangan itu jatuh ke bawah semula. Keningnya berkerut. Mengapa muka lelaki itu nampak pasrah sahaja?

Lantas telefon terus disimpan ke dalam bag. Dibetulkan sedikit blouse cream yang agak senget benget ditiup angin sebelum menapak ke arah Nathan yang duduk di bangku jeti.

"Encik Nathan?" Sapa Mia. Tak tahulah jika kehadiran dia agak mengejuk sehinggakan bahu lelaki itu sedikit terhinjut.

"Eh, Mia... duduklah." Lihat sahaja Mia, dia terus mempelawa untuk duduk. Nathan bergerak ke kiri memberi ruang kosong untuk Mia melabuh punggung. Tak menolak, wanita itu terus sahaja mengambil tempat diruangan itu.

"Encik Nathan ada masalah ke? Kenapa muka nampak pasrah semacam aje?"

Nathan menghembus nafas.

"Tentulah saya pasrah. Dah berapa hari saya dan team bot turun keliling pulau ni cari Husna. Tapi masih lagi tak jumpa-jumpa. Sudahlah lagi berapa hari kita akan balik KL, takkan nak harapkan papa saya pula yang gantikan tempat? Dia bukannya larat mana..." Luah Nathan.

Ada keluhan berat dibibir. Matanya tetap mengamati pemandangan laut yang ada dihadapan sana. Walaupun kurang jelas dimatanya kerana suasana masih lagi gelap, dia tetap nampak keindahan yang terpancar. Dalam masa yang sama, kepala turut tertanya-tanya seberapa luas pulau Semporna ini sehingga Husna tidak berjaya ditemukan? Haih, dimana wanita itu berada agaknya ya?

Mia yang mendengar luahan Nathan hampir sahaja meletuskan tawa. Namun ditahan bibirnya daripada melakar senyuman. Aduhai, kesian betul... kenapalah Tuan Andikha melarang dia menyebarkan berita tentang Husna kepada orang lain. Kalau tidak, tentu Encik Nathan yang menjadi pendengar pertama. Tak perlu susah payah memikirkan keselamatan Husna sedangkan wanita itu memang dah selamat bersama abang sendiri.

"Abang saya tu pun satu, bukannya nak tolong sertai misi cari Husna. Padahal, dia itulah yang paling kenal selok belok pulau ni. Hal resort, langsung dia tak nak ambil tahu. Mungkin dia masih belum lupa apa yang jadi beberapa tahun yang lalu, tapi bukannya benda sama akan berulang pun? Apa yang dia takutkan sangat? Tak habis terikat dengan kenangan pahit lama..." Sedar tak sedar, kata-katanya semakin terpesong ke kisah lain. Berkerut kening Mia yang mendengarnya.

Kenangan pahit?

"Maksud Encik Nathan?" Mia menyoal, dia tidak ada niat untuk korek cerita. Tetapi, jika Nathan sudi berkongsi. Tiada masalah.

Nathan menafik nafas panjang lalu dihembus sebelum kembali bersuara. Wajah berpaling memandang Mia disisi.

"Saya tak rasa abang saya beri keizinan untuk cerita hal ni kepada sesiapa." Ujar Nathan. Tahu dek si Raf itu, mati dia dikerjakan!

Mia angguk kepala. Faham. Lagipun, dia bukan jenis memaksa. Tidak semua cerita hal keluarga boleh dikongsikan. Sama seperti Husna, wanita itu juga hanya meluah mana yang dia rasa boleh berkongsi telinga. Bibir tersenyum kecil.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now