48

33K 3.1K 731
                                    

                   MAK TIMAH mengesat air matanya dengan hujung lengan baju. Mendengar berita buruk yang menimpa Husna buatkan dia terdiam seribu kata. Bagaikan kaca yang terhempas ke lantai. Hancur dan berderai. Begitulah perasaannya sekarang.

Siapa sahaja yang akan sangka? Pecutian yang sepatutnya mencipta memori bahagia bertukar derita sekelip mata. Disaat kepulangan yang lain membawa balik cenderamata, namun Dato Idris dan Datin Khadijah membawa pulang berita duka.

"Walaupun Husna itu bukan anak kandung Mak Timah, tapi Mak Timah sayang dia sangat-sangat. Macam manalah dia boleh terjatuh ke tengah-tengah pulau tu? Kalaulah Mak Timah ikut sekali, mesti Mak Timah akan jaga dia baik-baik. Semua ini takkan berlaku." Ngongoi Mak Timah. Air mata tak henti-henti mengalir daripada bawah kelopak matanya. Terlalu sedih apabila terbayangkan nasib malang si Husna.

Datin Khadijah tayang senyuman kelat. Bahu Mak Timah digosok-gosok perlahan konon sedang memujuk.

"Ini bukan salah Mak Timah. Janganlah Mak Timah salahkan diri pula. Insyaallah, Husna dalam keadaan selamat. Tan Sri Raqib sendiri yang beritahu ada kemungkinan Husna dah diselamatkan oleh seseorang, cuma tak pasti dekat mana aje. Bersabarlah sekejap ya Mak Timah? Esok lusa jumpalah tu." Ujar Datin Khadijah. 

Bahkan Mak Timah menggeleng. Bagaimana Datin Khadijah boleh berbicara setenang itu? Yakinkah dia yang datang menyelamatkan Husna itu adalah orang yang baik?

"Tapi Datin, itu pulau... dekat darat pun ada ramai orang jahat. Tak mustahil dekat sana tiada. Anak angkat Mak Timah sendiri pernah cerita dekat pulau Semporna itu ada Lanun. Teruk nasibnya kalau bertembung dengan mereka." Adu Mak Timah.

Tanpa dia menyedari Datin Khadijah sudah menjeling meluat. Orang lain pun tidak merisaukan Husna sampai begitu sekali, tapi Mak Timah pula yang melebih-lebih. Tak sedar diri agaknya dia itu cuma orang gaji sahaja dimata Husna? Tak pernah lebih daripada itu. 

Andai benar sekalipun Husna diculik Lanun, maka itu adalah berita gembira buatnya. Kalau boleh, mahu buat majlis besar-besaran menyambut kehilangan anak tiri itu.

"Datin dengan Dato tak terfikir ke untuk buat report polis? Masih belum terlambat kalau kita nak buat report tentang kehilangan Husna." Soal Mak Timah,  wajah Dato Idris dan Datin Khadijah dipandang silih berganti.  Menanti salah seorang untuk bersuara.

Namun, Dato Idris serupa orang tak bermaya. Asyik menunduk kepala daripada tadi dan berdiam diri dengan muka pucat lesu. Apa yang dikatakan tadi seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Satu pun tidak masuk ke kepala.

Pelik. Dia tak pernah lihat Dato Idris dalam keadaan begitu.

Melihat Dato Idris cuma membisu, Datin Khadijah langsung buka mulut.

"Saya rasa... Mak Timah tak perlu kut risaukan Husna sampai ke tahap ini? Kami Mak dan ayah dia, kami tahulah apa nak buat.  Cara Mak Timah bercakap, seolah-olah hendak kata yang kami ni tak ambil berat langsung tentang Husna..." Kata Datin Khadijah. Pandai sungguh dia memutarkan ayat.

Dan tika ini, Mak Timah pula yang rasa bersalah. Sungguh, dia tak pernah terfikir sampai ke arah itu.

"Eh, Datin janganlah salah faham. Mak Timah tak anggap pun yang Datin dan Dato tak risaukan Husna cuma... Mak Timah pelik. Selalunya kes-kes macam ini Mak ayah akan langsung buat report polis."

"Kami ni bukan orang biasa macam Mak Timah. Kami ni ada nama. Tak boleh sesuka hati buat report. Nanti mulalah nitizen dekat luar sana buat spekulasi sendiri, jadi kami kena jaga nama baik kami juga." Kata Datin Khadijah.

Kening Mak Timah berkerut. Dia tak berapa faham, Datin Khadijah cuba maksudkan gelaran namanya lebih penting daripada nyawa Husnakah? Beginikah sepatutnya perasaan seorang ibu apabila mengetahui anaknya dalam bahaya? Dia mahu persoalkan, namun apabila menyedari status sebagai orang gaji maka Mak Timah pilih untuk diam.

MR PIRATEМесто, где живут истории. Откройте их для себя