Bab 9

27.1K 2K 394
                                    

                  Disepanjang pesisiran pantai, Husna berjalan sambil memegang baldi biru yang penuh dengan cangkerang. Dia tak pasti mengapa lelaki yang sedang membelakanginya itu hendak mengumpul semua cangkerang kosong ini. Kalau nak diikutkan, di kedai yang menjual cenderamata lebih cantik berbanding yang terdampar dipasir pantai.

Namun, dia ikutkan sahaja kerana mahu menemaninya buat kali terakhir. Kerana hari ini adalah hari terakhir percutian dia di sini.

"Kita nak buat apa dengan semua cangkerang ni?" Soal Husna sambil kepala menunduk melihat ke dalam baldi. Rasa macam dah banyak. Tapi lelaki itu masih lagi tercari-cari cangkerang kosong di pasir.

"Buat gelang dan rantai." Jawabnya tanpa menoleh.

"Dekat kedaikan ada jual? Tak perlu susah-susah kutip dekat sini. Lagipun cengkerang-cangkerang ni nampak macam dah nak reput."

"Ada bezanya kalau awak buat sendiri dan beli." Balas lelaki itu sambil dia mengorek pasir pantai, mengeluarkan satu cangkerang siput berwarna ungu. Dibasuh dahulu cangkerang yang melekat pasir itu ke air laut. Setelah bersih barulah cangkerang itu dicampak masuk ke dalam baldi. Terhegeh-hegeh Husna hendak menangkapnya.

"Apa bezanya? Yang saya tahu, yang beli lebih cantik!" Ujar Husna. Banyak pula merungut. Padahal dia sendiri yang nak teman ikut kutip cangkerang. Tapi bila dah ikut, banyak pula yang dipersoalkan.

"Ya. Memang lebih cantik. Tapi cantiknya cuma kosong. Kalau buat sendiri,  bukan sahaja cantik tapi ada kenangannya. Dan ia lebih mahal daripada apa yang kita beli." Kata lelaki itu sambil membelek cengkerang siput ditangan. Dari tepi kelihatan bibirnya sipi-sipi tersenyum. Itu yang membuatkan Husna makin tenggelam. Automatik jantung rasa berdebar-debar.

"Salah satu kenangan yang mahal adalah waktu sekarang. Iaitu pertemuan kita." Sambungnya. Perlahan-lahan dia memusing badan ke belakang.

Husna buka mata luas-luas. Dia mahu lihat wajah itu dengan jelas. Baldi ditangan dipeluk sekuat mungkin. Kaki langsung tak berkutik biarpun ombak daripada tadi memukul-mukul tanpa henti.

Dan tiba-tiba...

Kring!!!

Sekali lagi. Loceng mencelah setiap kali mimpi itu datang. Semuanya lesap. Ah, mengapalah loceng ini begitu berdendam dengan aku!

Bantal yang berada di sebelah kiri dicapai lalu ditekup ke muka. Lantas Husna melepaskan jeritannya tanda tidak puas hati. Bila dah puas, barulah dia campakkan bantal itu ke tepi semula.

Kemudian dia bangun dari pembaringan.

"Dasar loceng tak guna! Lebih baik aku diamkan kau buat selama-lamanya!" Laju tangan Husna mengambil loceng jam yang masih berdering. Suis dibelakang dimatikan. Serta-merta deringan terhenti.

Heh, padan muka!

Selepas ini tiada apa lagi yang boleh menganggu mimpinya. Dihentak jam loceng itu ke sisi meja dengan kuat. Geram.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik diketuk seseorang daripada luar. Husna mendengus kecil. Siapa pula yang datang mengetuk pintu waktu pagi begini? Rambut panjang yang agak serabai itu disisir ke belakang sebelum kepala menoleh ke arah pintu.

"Siapa?" Husna menyoal daripada katil. Malas dia hendak bangun buka pintu.

"Ayah ni."

Sebaik sahaja suara garau itu menjawab, terkontang-kanting Husna turun daripada katil.  Rambut yang serabai itu dirapikan dengan kemas sebelum tombol pintu dipulas dan ditarik. Jelas Dato Idris sudah tercongok di situ. Memandangnya daripada atas hingga ke bawah. Masih lagi memakai baju tidur.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now