Bab 19

22.6K 2.1K 258
                                    

               "HUSNA! Buka pintu sekejap! Ada benda aku nak cakap!" Jerit Mia. Pintu bilik itu diketuk berkali-kali sehingga bergegar. Itupun tiada sebarang respon yang kelihatan. Bahkan suara Husna juga tidak kedengaran. Adakala dia cuba untuk menghubungi wanita itu ditelefon tetapi lupa pula bahawa kawasan disini susah untuk mendapatkan isyarat Memang tidak akan jawablah.

Mia mendengus kecil. Bagaimana sekarang? Mengapa Husna langsung tidak membuka pintu bilik? Agaknya dia sedang merajuk kerana terasa dengan kata-kata sindiran petang tadikah?

"Husna! Aku cuma nak minta maaf. Tolonglah buka pintu ni. Sekejap pun jadilah. Aku tahu, aku silap!" Rayunya. Pintu diketuk lagi. Tetap tiada sebarang respon.

Keluhan berat dilepaskan. Jiwa masih sesak dengan rasa serba-salah. Buat seketika, kening Mia terjongket saat teringat akan sesuatu. Tidak silap, semasa check in hari itu diberi dua kunci. Satu dipegang oleh Husna dan satu lagi padanya. Rasa-rasa dia belum pulangkan kunci tambahan itu kepada pihak resort.

"Aku simpan dalam beg rasanya..." Pantas Mia menyeluk tangan ke dalam beg yang digalasnya. Banyak sangat barang yang disumbat, sukar untuk mencari kunci yang terselit disebalik kosmetik yang dibawa bersama. Terpaksalah dia bawa beg itu dekat ke muka. Kalau boleh nak masukkan terus kepala ke dalam itu.

"Dah jumpa!" Mia tersenyum gembira. Kunci bilik itu dikeluarkan. Tak tunggu lama, terus ditusuk ke dalam tombol. Diputar-putar sedikit, akhirnya pintu yang dikunci itu dapat dibuka. Lantas,  Mia menolaknya. 

"Gelapnya." Suis yang berada ditepi pintu ditekan. Automatik seluruh bilik yang gelap gelita itu bercahaya.

Suram.

Keadaan di atas katil nampak kemas tak terusik. Pintu balkoni juga tertutup rapat. Mia berjalan menuju ke meja solek.

"IC, dompet, semua ada..." komennya. Pelik. Kalau Husna keluar, mengapa dia tidak bawa semua ini bersama. Tak bahayakah tinggalkan benda penting di dalam bilik? Buatnya housekiping masuk untuk kemaskan bilik, terjadi kes kecurian bagaimana?

"Husna? Kau dekat dalam bilik air ke?" Soal Mia. Dia menuju ke arah bilik air pula. Pintu diketuk. Ia terbuka sedikit. Langsung ditolak.

Bilik air juga gelap. Malah lantai j? kering. Boleh jadi jika Husna sudah lama keluar dari bilik ini. Tetapi, ke mana pula wanita itu hendak pergi malam-malam buta begini?

'By the way, malam ni mak aku ajak jumpa di jeti. Jom teman aku nak? Aku rasa macam tak sedap hati kalau pergi seorang diri.'

Baru Mia teringat.  Laju anak mata berlari ke arah jam yang tergantung di dinding. Mungkin Husna berada di jeti sekarang. Dia masih belum terlambat untuk ke sana.

Tanpa membazir masa, terus Mia berlari keluar dari bilik itu. Pintu kembali ditutup. Baru sahaja dia hendak pergi, satu suara menyapa mengalihkan perhatian dia ke belakang.

"Mia." Tegur Dato Idris. 

"Dato Idris? Maaf saya tak perasan Dato datang ke sini."

"Kenapa nampak macam tergesa-gesa ni? Kamu nak ke mana?" Soalnya.

"Saya nak ke jeti sekejap. Nak jumpa Husna."

Kening Dato Idris berkerut.

"Apa Husna buat dekat jeti malam-malam buta macam ini? Bukannya ada apa-apa pun dekat sana."

MR PIRATEWhere stories live. Discover now