Bab 4

36.1K 2.4K 223
                                    

                SELESAI memberi makan pada kucing-kucing yang berada di dalam sangkar besar itu, Mak Timah bergerak pula ke halaman rumah. Menyiram pokok-pokok bunga yang kelihatan agak kering. Cuaca hari ini sangat baik. Pasti bunga-bunga orkid yang ditanam bakal mekar dengan segar.

Sedang dia sibuk menyiram pokok bunga, tanpa sedar ada seseorang menghampiri daripada belakang. Secara perlahan-lahan, serupa perompak cuba untuk menyerang. Apabila dia berdiri betul-betul dibelakang orang tua itu, terus kedua-dua belah tangannya menyergah bahu.

"Gah!"

"Oi pencuri tak guna!" Latah Mak Timah. Tubuh terus pusing ke belakang. Tangan automatik bergerak mengangkat penyiraman air itu keatas lalu menghentak helmet yang dipakainya berkali-kali.

"Pencuri! Dato' ada pencuri!" Jerit Mak Timah sambil memukul figura berjaket kulit itu. Jelas kedengaran suara mengaduh sakit dan minta untuk menghentikan perbuatannya. Namun Mak Timah tidak peduli. Salah orang jika dia mahu merompak!

"Mak Timah, ini sayalah!"

Sebaik sahaja mendengar suara lelaki itu. Semerta tangannya kaku di udara. Kening Mak Timah berkerut. Kepala menunduk sedikit hendak melihat wajah disebalik helmet itu.

Visor helmet yang agak gelap ditolak ke atas. Jelas menampakkan sepasang mata yang sedang memandangnya.

Terus jatuh rahang Mak Timah sebaik sahaja mata mereka bertentangan. Penyiram air yang berada dalam genggamannya terus terlepas ke tanah. Sudah bertahun lamanya dia tidak melihat anak angkat yang dijaga lima tahun yang lalu. Tak sangka, lelaki itu masih ingat pada dia.

"Ya Allah, Raf!" Tak tunggu lama, tubuh lelaki muda itu terus dipeluk. Erat. Melepaskan rindu yang dipendam selama ini. Kemudian, pelukan mereka terlerai. Kedua-dua tangan Mak Timah naik menyentuh helmet lelaki itu pula. Merenung sepasang mata itu sepuas-puas mungkin.

"Lamanya Mak Timah tak nampak kamu. Kamu pergi mana selama ni, Raf? Mak Timah risau tahu tak!" Kata Mak Timah.

Raf tersenyum kelat. Tangan yang melekap pada helmetnya ditarik jatuh ke bawah, lalu digenggam.

"Raf cuma cari ketenangan. Dan tak sangka, Raf dah jumpa semua tu." Ujarnya.

Tersenyum Mak Timah mendengarnya.

"Mak Timah tak sangka kamu akan cari Mak Timah. Ingatkan dah lupa. Tengoklah kamu sekarang, dah makin dewasa. Makin kacak pula tu. Dan mata tu..." sepasang mata unik itu ditenungnya dalam-dalam. Membuatkan hati ini turut terasa tenang saat mengamatinya.

"Persis arwah Puan Sri Thalia. Kamu memang ikut darah dia."puji Mak Timah dengan senyuman lebar.

Raf turut tersenyum apabila teringatkan wajah arwah ibunya. Ya, mereka memang sama. Namun, saat anak mata mencerun ke arah bibir Mak Timah. Riak wajahnya berubah tatkala melihat ada kesan luka ditepi bibir wanita tua itu.

Perlahan-lahan tangan diangkat ingin menyentuh.

"Macam mana boleh terluka dekat sini?" Soal Raf, tertanya-tanya.

Cepat-cepat Mak Timah menundukkan kepala. Kesan luka ditepi bibir ditutup dengan tangan. Tak sangka Raf perasan kesan luka akibat terkena tulang ikan akibat ditonyoh ke mukanya pagi tadi.

Terkulat-kulat Mak Timah mencari jawapan.

Anak mata Raf mengecil. Cuba mencari kejujuran. Riak wajah Mak Timah saat ini seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Mak Timah okay aje ke kerja dekat rumah ni?" Soal Raf.

Mak Timah buat-buat tersengih. "Apa maksud kamu? Tentulah Mak Timah elok aje kerja dekat sini. Kenapa?"

MR PIRATEWhere stories live. Discover now