53

34.6K 3.6K 1.6K
                                    

                      CERMIN mata ditanggalkan sebaik sahaja Tan Sri Raqib habis memeriksa data resort. Sakit kepalanya apabila memerhati skrin lama-lama.  Lantas sebelah tangan naik memicit dahi sebentar. Dan apabila anak mata mengerling ke arah jam di dinding, dia agak tersentak. Jarum sudah bergerak ke angka 6:40 petang.

Sekilas Tan Sri Raqib menoleh ke arah cermin biliknya yang menghadap pemandangan laut. Cahaya matahari sudah membiasi hampir keseluruhan air laut biru itu. Dengan berlatar belakangkan bot pelancongan yang sedang berlayar, dan sekumpulan burung camar berterbangan hendak balik ke sarang mereka.

Indah sekali pemandangan hari ini. Tan Sri Raqib tersenyum. Namun ia tidak kekal lama, sebaik saja mendengar pintu diketuk terus pandangannya beralih arah.

"Masuk!" Dia memberi arahan.

Langsung pintu bilik itu ditolak seseorang daripada luar. Tatkala Zaim muncul di hadapan mata, kening Tan Sri Raqib ternaik sedikit.

"Zaim?"

"Maaf, jika saya mengganggu masa Tan Sri. Tapi boleh ke kalau saya nak jumpa Tan Sri sekejap? Ada satu perkara yang saya perlu beritahu." Omel Zaim, kepalanya menunduk menikus ke bawah. Muka yang masih berbekas lebam itu tampak takut. Sekejap anak matanya melilau seolah-olah sedang memastikan sekelilingnya selamat atau tidak.

Tanpa banyak soal, Tan Sri angguk kepala. Tangan menunjuk kearah kerusi yang ada di hadapan mejanya.

"Duduklah dulu." Pelawa Tan Sri Raqib.

Zaim langsung melabuh punggung disitu.

"Apa yang kamu nak beritahu kepada saya? Bukan ke kamu ada cuti lagi dua hari? Muka tu pun nampak masih teruk lebamnya." Ujar Tan Sri Raqib, dia rasa bersalah apabila melihat pekerjanya datang dalam keadaan sakit begitu. Entahlah apa punca sebenar muka lelaki muda itu bengkak dengan teruk, bila ditanya, Zaim cuma senyap.

"Lebam aje yang nampak teruk tapi sakitnya dah hilang. Tan Sri jangan risau."

"Kamu dah pergi check di hospital?"

Zaim angguk. "Dah, doktor cuma beri ubat tahan sakit sahaja. Tiada luka yang serius pun."

Tan Sri Raqib menghembus nafas lega.

"Syukurlah kalau macam itu. Saya pun risau juga jika berlaku luka yang teruk. Kamu pun tak nak beritahu saya apa puncanya, kalau staff ada buli kamu cakap sahaja dengan saya. Saya akan terus berhentikan mereka. Tak perlu takut. Saya pun tak nak ada pekerja yang tiada adab seperti itu."

Zaim hanya diam. Kalau dia beritahu Tuan Andikha yang menumbuk mukanya, rasa-rasa tercabut tak jantung Tan Sri mendengarnya? Hmmm, lebih baik jangan dicuba.

"Sebenarnya... saya memang layak dapat penumbuk ni." Keluh Zaim. Kepalanya menunduk penuh kecewa kepada diri sendiri.

Manakala kening Tan Sri Raqib berkerut, tidak faham. Matanya membulat. Agak terkejut mendengar perkataan penumbuk. Bermakna, ada seseorang yang kurang ajar menumbuk muka staffnya.

Haish, siapalah orang itu? Ke mana pergi adab dan belas kasihan terhadap sesama manusia?

Tan Sri mengetap bibir. Geram.

"Siapa yang tumbuk kamu tu? Beritahu saya sekarang! Apa pun kesalahan yang kamu buat, dia tiada hak untuk buat sampai ke tahap ini!" Dingin suara Tan Sri Raqib berkata.

Zaim gigit bibir. Takut pula dia ingin beritahu. 

"Cakap siapa dia?! Sekarang juga saya berhentikan dia daripada Ocean Resort!" Bentaknya lagi. Seakan-akan mendesak untuk Zaim memberitahunya.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now