55

33.1K 3.6K 913
                                    

                      PAP!
Kunci bot dihentak kuat ke atas meja, menyentakkan Tan Sri Raqib yang tertidur disitu. Kepala terus diangkat. Terkebil-kebil matanya melilau ke sekeliling, cuba memproses apa yang baru berlaku. Apabila tersedar yang dia masih berada di dalam bilik pejabatnya langsung Tan Sri Raqib meraup wajah. 
Bibir mengucap perlahan.

Ya Tuhan, bagaimana dia boleh tertidur disini? Dah pukul berapa agaknya? Dia tunduk melihat ke jam tangan. Terbeliak biji matanya tatkala jarum menunjuk ke angka 9 pagi.

"Banyak sangat ke kerja sampai tertidur dalam office?" Tegur suara itu, langsung mengalihkan perhatian Tan Sri Raqib ke arah sofa panjang yang terletak berhampiran ruang berehatnya. Dengan selamba lelaki rambut putih itu merebahkan tubuh ke situ.

Haih, lain macam anak dia hari ini? Adakala dia mendengar beberapa keluhan daripada mulut Raf. Dan kemudian merenung kosong ke arah siling putih dengan lama. Entah apa yang difikirkan, tapi gayanya serupa seseorang baru lepas putus cinta sahaja.

Ah, malas dia hendak masuk campur soal itu.

"Bila kamu sampai?" Soal Tan Sri Raqib, dah berapa hari tak nampak kemunculan anak sulungnya disini. Tahu-tahu sahaja sudah tercongok di hadapan mata. Ini balik pun, pasti ada sebab!

Entah-entah, Raf sudah ubah fikiran tentang keputusannya? Kalau benar, mahunya dia buat sujud syukur.

"Baru aje. Raf cari papa dekat dalam bilik tak ada, jadi Raf datanglah ke sini." Jawabnya, nada suara juga kedengaran malas.

Hmm, memang ada yang tak kena sekarang. Tan Sri Raqib lantas bangun daripada kusyennya, menapak menghampiri Raf sambil tangan membetulkan kot yang sedikit berkedut.

"Dah kenapa kamu macam orang putus cinta aje sekarang? Balik sini pun secara mengejut. Nak kata kamu tukar fikiran untuk ambil alih resort ni semula rasanya... macam lambat lagi?" Ujar Tan Sri Raqib, sofa single yang berada di sebelah Raf menjadi tempat dia melabuh punggung.  Wajah yang sedang merenung siling itu dipandang. Ada senyuman sinis muncul dibibir Raf buat sesaat.

"Sakit sangat ke bila putus cinta? Raf tak pernah rasa, tapi kalau boleh... tak nak cuba merasainya walaupun sedikit. Harap-haraplah dia setuju." Katanya.

Kening Tan Sri Raqib spontan terangkat ke atas.

"Setuju? Kamu... baru lepas melamar seseorang ke?" Soal Tan Sri Raqib agak teruja. Ya Alllah, tak sangka anak aku ini masih ada hati.

Raf angguk perlahan.

"Ya, tapi..."

"Kamu biar betul?!" Automatik Tan Sri Raqib bangun daripada sofa. Sekejap tangannya menyentuh dahi. Rasa macam sedang bermimpi, tapi tak mungkinlah! Tiba-tiba bibirnya kehilangan kata. Terlalu terkejut dengan apa yang baru didengar.

Ya, dia tahu jatuh cinta itu perkara yang biasa. Tetapi bila Raf yang jatuh cinta, itu baginya luar biasa. Setelah bertahun lamanya, siapalah yang berjaya buka pintu hati anak sulung dia? Ish, tak boleh jadi! Dia kena hebohkan satu Malaysia perkara yang sangat menakjubkan ini!

Tak tunggu lama, terus Tan Sri Raqib mendekati Raf. Duduk di hujung sofa tempat Raf melunjurkan kakinya.

"Siapa perempuan tu? Anak siapa? Umur berapa? Tinggal dekat mana? Dia nak hantaran berapa dulang? Paling penting... kalau kamu kahwin dengan dia, kamu nak kerja sini balik tak?"

"Tak ada kena mengena dengan kerja lah, pa..." Keluh Raf. Inilah dia malas datang ke sini, papa tak habis-habis mahu memujuk dia soal kerja. Lantas Raf mengubah posisi kepada duduk. Muka masih lagi masam mencuka.

"Apa pula tak ada kena mengena? Kamu tu nak kena jaga anak orang, bukan anak ayam! Anak ayam pun kena ada duit tau kalau nak bela!"

"Duit dalam bank kan masih banyak."

MR PIRATEWhere stories live. Discover now