73

41.1K 3.9K 779
                                    

            BOSAN asyik baring daripada petang sampai ke malam, seraya Raf betulkan posisi kepada duduk. Tubuh disandarkan ke belakang. Bilik kelas pertama yang agak luas ini buatkan dia  rasa lebih sunyi apabila semua orang sudah pulang. Nak tidur pun, dia dah puas tidur.

Kemudian dia menoleh ke meja sisi katil. Sebelum Arjuna tinggalkan bilik, dia ada letak barang-barang keperluan untuknya di dalam satu beg kecil. Lantas, beg itu digapai oleh Raf lalu diletak ke atas ribanya. Zip pertama ditarik. 

Ada berus gigi, sabun mandi, syampu rambut dan keperluan wajib sehariannya. Ditutup. Selepas itu, zip bahagian hadapan pula yang dibuka.

Telefon.

Kening Raf sedikit terjongket. Agak terkejut. Wah, macam tahu-tahu saja dia memang perlukan telefon saat ini. Lantas beg itu ditaruhkan kembali ke meja, butang kecil ditepi telefon ditekan. Harap-haraplah masih ada bateri.

Skrin bercaya. Yes!

Jari dileret membuka kata kunci. Terpapar jelas gambar Husna yang dijadikan wallpaper disitu. Lanun mengorek senyuman kecil. Lama wajah Husna ditatap. Perasaan rindu yang tidak ubatnya semakin membuak-membuak. Bila tenung gambar ini lama-lama, tak semena-mena fikirannya memutarkan semula pertemuan dia dan Husna semasa di resort.

Sebenarnya...

Dia dah lama tahu siapa Husna pada dirinya. 

Semuanya bermula, pada malam Nathan pulang daripada candle light dinner. Dalam keadaan bilik yang sudah gelap gelita, malah dia juga hampir melelapkan mata. Namun, lena itu terganggu tatkala tangisan dihujung bilik menjadi gangguan.

"Ish, siapa pula yang nangis tengah-tengah malam ni?" Dengan malas sebelah tangan Raf meraba-raba mencari suis lampu di sebelah katilnya. Sebaik sahaja merasa objek yang dicari, terus dipetik. Semerta bilik yang tadinya gelap menjadi cerah. 

"Woi, kau dah kenapa?!" Terkejut bukan kepalang Raf apabila tiba-tiba melihat Nathan duduk di belakang pintu sambil menekup muka ke lutut. Tangisan masih lagi tak berhenti.

Namun dia lebih tertanya-tanya bagaimana Nathan boleh masuk ke biliknya, padahal bilik Nathan cuma di sebelah sahaja. Tersedar yang dia tidur tidak berbaju dan hanya mengenakan  sweatpants labuh, lekas Raf tarik selimut menutup hingga ke paras dadanya.

Risau pula malam-malam buta si Nathan ni masuk bilik dia sesuka hati!

"Hei, Nathan! Kau tahu tak kau salah masuk bilik sekarang ni?" Tegur Raf.

Nathan masih lagi menangis.

Aduh, belakang kepala yang tidak gatal digarunya. Dah kenapa pula si budak ni?

"Haish, kau ni..." Raf merengus geram. T shirt hitam yang tergantung tidak jauh daripada katil dicapainya lalu terus disarung ke tubuh sebelum turun daripada katil.  Dia langsung menapak mendekati Nathan. Duduk melutut di hadapan adiknya.

"Hei, kau kenapa ni? Cuba cerita dengan abang. Dah besar panjang masih menangis serupa baru putus cinta ni dah kenapa? Ke ada orang buli kau? Tapi takkan badan tegap macam ni pun kena buli lagi? Kalau zaman kau sekolah itu lainlah cerita..." Tak tahu dimana silap ayatnya, makin kuat si Nathan itu melalak serupa budak kecil dimarahi orang tuanya.

Raf tersentak.

Haih, lain macan sungguh si Nathan ni...

Dia tak pernah lihat Nathan menangis sampai begini sekali.

"Nathan..." Bahu Nathan disentuh lembut.

Barulah Nathan angkat muka dengan matanya yang sudah sembab dan merah menyala. Apabila terasa hidungnya tersumbat, dihembus kuat-kuat hingus ke kain napkin hingga dia kembali boleh bernafas.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now