CHAPTER 5- INDRAWAN

12.6K 638 29
                                    

Aku membuka mata dan terpisat-pisat bangun. Mata aku gosok sambil meraba sekeliling. Ahhh, katil aku! Maknanya malam tadi aku cuma bermimpi. Ya! Cuma mimpi!

"Arghhhh... Selamat aku mimpi je malam tadi!" jeritku bahagia. Aku memejamkan mata dan tersenyum puas. Terbayang di fikiranku majlis yang akan diadakan hari ini. Ahh, seronoknya! Pakai baju cantik-cantik, makan sedap-sedap. Setelah berhari-hari aku siapkan majlis itu, akhirnya, hari ini adalah hari yang palimg aku tunggu-tunggu.

Sebenarnya, yang paling aku tunggu-tunggu ialah kedatangan crush aku nanti. Ya, dia akan datang ke majlis kelab kami kerana dia adalah tetamu undangan kami. Dia datang sebagai penyanyi band dan akan menyanyikan lagu sepanjang majlis yang kami diadakan. Itulah yang paling aku tidak sabar, berpakaian cantik-cantik dan menjadi orang yang paling cantik di situ. Aku pasti dia akan perasan keberadaanku di situ. Dan mungkin aku ada peluang untuk berbual dengannya. Atau mungkin makan bersamanya.

Hahaha... Berangan pun sudah cukup bahagia. Belum betul-betul lagi. Bisik hatiku sambil tersenyum sendiri. Bantal di sebelah aku peluk erat.

"Kau dah bangun?" Satu suara garau menyerpa ke gegendang telingaku. Aku membuka mata dan melihat lelaki semalam berdiri di hadapan aku sambil membawa mangkuk dan bekas minuman di dalam dulang.

"Awak?"

"Kenapa kau terkejut seperti  itu?"

"Apa awak buat kat bilik saya ni?!!!" jeritku kuat. Aku yang terus terduduk memeluk kaki lalu menarik selimut dan menutupi seluruh tubuhku.

Tukk! Satu ketukan menyinggah ke kepalaku. Aku menyeringai kesakitan dan memegang kepalaku yang diketuk dengan sudu gergasi di tangannya itu.

"Sakitlah!"

"Kau dah hilang ingatan ke? Kau yang malam tadi datang rumah aku lepas tu kau pulak yang tanya bagaimana aku ada di sini?" Soalnya kembali. Jadi, semalam tu bukan mimpilah? Aduhhh. Aku menekup wajah.

"Dah ingat dah? Nah, makan ni dulu. Biar badan kau ada tenaga. Kau tak makan pun bubur semalam. Aku sudah panaskan." dia menghulurkan mangkuk berisi bubur kepadaku. Aku menyambut hulurannya. Aku merenung bubur itu.

"Makanlah. Takkan tunggu aku suap pulak," katanya dingin seraya mengasah parangnya di tepi meja kayu.

"Selepas ini kau balik."

Sekali lagi dia mengatakan kalimah keramat itu. Aku mengeluh perlahan lalu menyua sudu berisi bubur ke mulut. Ermm... Sedap!

"Siapa nama awak?"

Lelaki itu cuma terdiam. Dia masih mengasah parangnya lagi tadi.

"Saya cuma nak tahu nama awak je. Takkan tu pun tak boleh?" kataku dengan nada merajuk. Bubur yang kini berada di dalam pelukan aku main-mainkan dan aku kacau dengan hujung sudu. Dia ini, dari malam tadi layan aku seperti ini. Buat aku macam patung!

"Aku Indrawan."

"Indrawan? Hiks." aku menutup mulutku dari ketawa. Hahaha... Nama tak komersial langsung!

Haip! Control, Asha. Control. Jangan ketawa! Kau hendak mati disembelihnya ke?

Dia sudah berhenti mengasah parang dan kini parang itu diletak di atas lantai dengan hulu parang itu ke atas dan tangannya memegang hulu itu. Hujung parang yang tajam itu dicucuk pada lantai. Dia memandang aku tajam. Gulp. Aku menelan air liur melihat parang yang berkilau disinar oleh cahaya matahari dari balik tingkap yang terbuka. Ketawaku hilang.

"Kenapa?"

Aku menggelengkan kepala laju.

"Ada apa-apa yang kelakar ke?"

Sekali lagi aku menggelengkan kepala.

"Dah, makan!" jeritnya lalu sambung mengasah parang. Terus laju bubur nasi itu masuk ke dalam mulutku.

Sumpah! Lelaki ini berbahaya!

🐝🐝🐝

"Aku nak keluar cari kayu di hutan. Lepas ni kau..."

"Please. Jangan halau saya balik sorang-sorang. Saya tak tahu nak pergi mana. Awak mesti tahu arah universiti saya kan? Tolonglah tunjuk saya arah universiti saya tu. Saya tak berani balik sorang-sorang. Awak tolonglah saya," rayuku sebelum dia sempat habis berkata-kata. Aku seboleh-boleh membuat muka kasihan.

"Aku sendiri tak tahu," jawabnya. Aku membulatkan mata mendengar jawapan darinya. Dia pun tidak tahu? Habis, macam mana aku hendak balik?

"Tolonglah saya. Awak... Awak mesti kenal sesiapa yang tahu kan. Saya... Saya takut nak balik sorang-sorang. Macam mana kalau pontianak tu jumpa saya dan kejar saya lagi. Awakkk... Saya tak nak mati lagi. Saya tak nak mati kena makan dengan pontianak. Tolonglah saya," rayuku lagi. Saat itu, kalau dia minta aku melutut pun, aku akan melutut. Janji dia akan bantu aku.

Indrawan masih berdiam diri. Dia sedikitpun tidak memandang aku. Aku mengeluh perlahan.

Tidak boleh jadi. Aku harus fikir cara lain.

"Kalau saya mati, awak yang kena bertanggungjawab tau. Saya ni dahlah perempuan, lepas tu awak pulak halau saya macam tu je, tanpa kesah sedikitpun keselamatan saya. Padahal, keselamatan saya terletak di tangan awak," ugutku pula. Kalau merayu pada dia tidak beri apa-apa kesan. Mungkin kalau aku ugut, baru dia boleh berfikir sedikit.

Indrawan mengeluh panjang mendengar kata-kataku. Aku terus melihatnya dengan penuh harapan. Sesekali aku mengangguk apabila dia menoleh memandang aku dua tiga kali dan sambung berfikir lagi.

"Baiklah. Aku akan tolong kau. Nanti aku cuba cari siapa-siapa yang boleh bantu kau. Untuk masa ni, kau duduk diam-diam dalam rumah. Jangan pergi mana-mana. Jangan keluar. Kalau ada sesiapa datang ke rumah, jangan buka pintu kecuali aku yang hendak masuk. Ingat tu. Di luar tu bahaya," katanya panjang lebar. Aku mencebik. Tahu pun bahaya, habis tu kenapa suruh aku balik sendiri juga?

Indrawan terus menuju ke pintu hendak keluar. Dia membawa sebilah parang dan pisau belati yang disisipkan pada tali pinggangnya. Aku turun mengikut dia hingga ke pintu.

"Bila awak balik?"

"Petang sikit ataupun malam."

Aku mengangguk mendengar kata-katanya.

"Duduk diam-diam jaga rumah," pesannya lagi. Aku tersenyum lantas mengangguk, mengiyakan kata-katanya. Indrawan langsung berjalan keluar dari rumah.

Ketika aku menutup pintu, tiba-tiba pintu ditolak dari luar dengan cara kasar.

"Jangan lupa selak pintu ," kata Indrawan dingin. Hushh, semangat! Terkejut aku!

Sekali lagi aku mengangguk dan melambaikan tangan ketika dia mula beredar dari rumah. Ermm, tapi sikit pun dia tidak menoleh padaku. Apatah lagi membalas lambaianku.

Dasar lelaki dingin!

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now