CHAPTER 47-KEBAL

7.2K 504 28
                                    

"Awak sayang saya?" Mariam bertanya sekali lagi. Bayu lembut bertiup mengena rambutnya yang turut mengikut lenggok angin. Aku menoleh memandangnya. Sempat dia menyelak rambut ke belakang telinga dan tersenyum sekali lagi.

"Kau?"

"Hahahaha. Saya tanya awak dulu, kan?"

Aku cuma tersenyum. Pandangan aku lontarkan pada tasik besar yang terhampar di hadapan mata. Cahaya matahari yang menyelit-nyelit masuk dari balik awan yang berarak itu aku lawan dengan pandangan mata.

"Kau nampk matahari itu?" Mariam turut memandang ke hadapan.

"Emmm.... nampak."

Aku angkat tanganku dan aku cuba untuk menangkap cahaya matahari itu lalu aku buka genggaman tanganku di hadapan matanya.

"Sekarang kau nampak cahaya matahari itu di tangan aku?"

Mariam menggeleng kepala.

"Sama macam aku dan kau. Aku boleh nampak kau dari jauh. Dan dari dunia aku pun, aku boleh nampak kau. Tapi untuk aku genggam kau, aku tak boleh. Sebab dunia kita berbeza."

Pandangan mata Mariam tampak sayu.

"Kau tahu kan, apa yang akan terjadi kalau kau lama tinggal di sini?"

"Tapi saya nak tinggal di sini. Saya yakin, awak boleh jaga saya. Benar, bukan? Awak boleh jaga saya, lindungi saya... "

"Kau tahukan, betapa bahayanya di sini?"

"Tapi saya akan selamat kalau dengan awak."

"Tapi aku tak boleh lindungi kau selamanya. Lambat laun segalanya akan tampak jelas. Aku tak mahu kau nampak semua hakikat tu."

"Hiks.." Maryam menunduk sambil menangis.

"Awak tak pernah cintakan saya! Awak penipu! Awak memang tak pernah cintakan saya!"

Mariam terus berlari meninggalkan aku di tebing tasik. Aku hanya melihat tubuhnya dari belakang bersama satu keluhan berat. Kahwin? Tak mungkin. Tu cuma cadangan mengarut dari Pak Ghazal pada Mariam. Aku tahu akhirnya nanti, Mariam akan menyesal.

Aku mengeluh lagi. Batu di tepiku aku ambil dan aku genggam kuat sebelum aku lontarkan ke tasik. Terlampau banyak perbezaan antara dunia kami dan aku tak boleh elak semua tu. Lagi-lagi aku tahu kenapa Pak Ghazal menyuruh Mariam untuk berkahwin dengan aku. Dah tentu sebab korban tu. Walaupun tempoh korban tu adalah lagi dua tahun, tapi dua tahun bukan satu jangka masa yang lama. Lambat-laun perkara tu akan berlaku juga.

Kalaulah Mariam tahu seandainya dia berkahwin denganku dan satu hari nanti dia akan dikorbankan, oleh orang kampung, aku tahu dia akan benci aku sangat-sangat. Bukan sekadar itu. Banyak lagi yang dia tak tahu tentang kampung ini.

Macam aku cakap, dunia ini berbeza dengan dunianya. Sangat berbeza. Dan aku tak mahu dia menjadi mangsa atas perbezaan ini.

.........

.........

Tiba-tiba aku merasa seolah-olah tubuhku ditarik oleh satu kuasa kuat dan terus terhempas ke bumi. Aku tersedar dan aku cuba untuk membuka mata. Tapi sinaran matahari terlampau terik dan membuatkan mataku pedih.

Satu bau yang sangat busuk dan kuat datang menerpa rongga pernafasanku. Aku terus menutup hidung dan mengalih wajah ke kiri untuk membuka mata lagi. Bulat mataku apabila ternampak di hadapanku satu bangkai berulat dan dihurung lalat dan langau terbaring kaku di hadapan mataku. Rasa mual terus naik hingga aku berasa hendak muntah.

"Wekkk... wekkk..."

Aku sempat mengesot ke belakang sebelum muntah berkali-kali. Pening kepalaku dengan bau busuk dari bangkai itu. Itu merupakan bangkai pontianak yang selalu mengganggu kampungku. Aku usaha untuk memutar kembali memori tentang semalam, tentang bagaimana bangkai pontianak itu ada di sini dan bagaimana aku pun boleh berada di sini.

Ohhh.... semalam aku berlawan dengan pontianak tu dan aku sempat bunuh dia. Tapi aku pun luka teruk sampai aku rasa mungkin malam tu aku akan mati. Aku terus melihat ke arah tubuhku.

"Peliknya..."

Sekejap! Mana luka-luka semalam tu? Aku memerhati seluruh tubuhku. Kedua tangan dan kedua kakiku. Pelik sangat! Langsung tak ada luka-luka kesan dari aku berlawan semalam. Cuma bajuku yang koyak-rabak serta kesan-kesan darah yang sudah kering pada baju saja yang ada. Tapi kulitku nampak biasa, tak terlihat kesan ditoreh atau dicakar seperti semalam pun.

Aku meraba wajahku pula. Tak terasa apa-apa yang sakitpun. Leherku, belakang badanku. Tiada apapun yang sakit. Aku cuba pula untuk bangun. Ya, aku boleh bangun seperti biasa.

"Ahh... mesti aku tengah mimpi lagi. Atau mungkin aku dah mati," desis hatiku. Aku terus menampar pipi sendiri. Baiklah, tak tipu. Memang sakit.

Mungkin nampak bodoh, tapi aku masih tak percaya yang tiada langsung kesan luka dari pergaduhan semalam. Aku memang rasa aku nak mati dah malam tadi. Tubuhku bagai dihiris seribu pisau dan terasa hirisan itu hingga ke tulang. Aku tak puas hati. Aku kena tahu kenapa tiada langsung luka pada tubuhku.

Aku menoleh pada bangkai pontianak yang terbujur kaku itu. Setelah itu, aku cabut keris yang masih terpacak di tubuhnya itu. Keris yang dipenuhi darah pontianak itu aku lap dengan daun-daun hingga bersih sebelum aku hiris keris itu ke telapak tangan. Telapak tanganku berasa pedih dan kelihatan darah merah mengalir ke lantai bumi.

"Hahahaha. Betullah, aku hidup lagi," aku tertawa sendiri. Dalam masa yang sama aku berasa pelik. Emmm memang kerja bodoh.

"Eh?"

Aku melihat sekali lagi pada telapak tanganku. Tiba-tiba keluar sesuatu yang bersinar-sinar pada luka itu. Semakin lama cahaya itu semakin terang sebelum dia hilang. Apa yang lebih memeranjatkan aku setelah hilang cahaya itu, luka itu terus pulih dan langsung tiada kesan pada tubuhku.

Aku terus teringat sesuatu. Rantai tu! Aku terus meraba-raba pada leherku dan mengeluarkan seutas rantai dari leher bajuku.

Kata-kata Pak Ghazal terus terngiang-ngiang di mindaku.

"Rantai ni kembar pada keris tu. Kau kena pakai rantai ni apabila kau gunakan keris tu."

"Rantai apa ni, Pak Ghazal?"

"Aku pun tak tahu. Cuma orang yang memakainya saja yang tahu. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Keris dan rantai ni pun belum mampu lagi hendak melawan kekebalan si petapa tu."

"Jadi... dengan rantai ni pun... aku boleh jadi keballah? Hahahaha..."

Aku tersenyum sendiri. Mungkin dengan cara ni, lebih mudah untuk aku lawan si petapa tak guna tu. Tak kesahlah siapapun yang kebal, yang penting aku nak selamatkan Asha. Itu saja.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now