CHAPTER 46- TOPENG AJAIB

7.5K 526 58
                                    

POV INDRA

"Hahahahaha...." terdengar gelak ketawa dari bilik yang menempatkan Asha. Aku yang baru keluar dari dapur mengambil air perlahan-lahan mendekati biliknya yang nampak terang. Dari balik pintu yang terbuka sedikit, aku melihat ke dalam bilik. Kelihatan Mak Indang sedang menyikat rambut panjang milik Asha.

"Cantik rambut kamu ni, Asha," ucap Mak Indang. Aku hampir tergelak mendengarnya. Cantik? Kali pertama dia datang ke rumah aku, aku ingatkan pontianak yang datang. Iyalah, dengan rambut dia yang menggerbang tu, memang kalah pontianak. Dahlah panjang, tebal, ikal mayang pulak tu. Dengan muka kusut masai, berpeluh-peluh, berdarah sana sini. Fuhh, selamat aku kuat semangat. Kalau tak, mungkin dua-dua pengsan depan pintu.

"Biasa je mak cik. Tapi tuhla, rambut saya ni tebal sangat. Kadang-kadang rimas," balas Asha.

"Tapi cantiklah. Hitam, tebal begini. Jangan dipotong, biarkan panjang begini, ya nak."

"Hahaha, ibu saya pun pesan macam tu jugak. Suruh saya bela rambut panjang," jawab Asha lagi. Aku sudah bersandar di dinding sambil menghirup kopi panas di dalam cawan.

"Mak cik dah lama teringin nak tocangkan rambut anak mak cik. Tapi nak macam mana, mak cik tak ada anak perempuan. Anak lelaki pun sorang saja," jelas Mak Indang. Aku mengerling seketika ke dalam bilik, Mak Indang masih menyisir rambut Asha.

"Jadi, Yusuf seorang jelah anak mak cik?"

"Ya, dia sajalah anak tunggal makcik. Dialah penawar, dialah racun. Tapi Indra tu pun makcik dan pakcik dah anggap macam anak kandung sendiri. Sejak rumah keluarga dia terbakar dan semua ahli keluarga dia meninggal masa dia kecil dulu, dia memang duduk dengan makcik. Cuma bila dah besar, dia lagi suka duduk di hutan. Senang dia nak cari kayu katanya."

"Meninggal?"

"Ya, masa tu dia kecil lagi. Sejak tu, dia dah tak bercampur sangat dengan orang kampung. Suka bawa diri sendiri. Pendiam, anginnya cepat naik. Indra masih tak boleh lupa kejadian tu, sebab kejadian tu berlaku betul-betul depan matanya. Mungkin sebab tu jugalah dia lebih selesa duduk di hutan seorang diri," jelas Mak Indang lagi. Suaranya kedengaran syahdu dan semakin serak. Gelas berisi kopi panas aku genggam erat. Aku menunduk seketika tatkala mendengar kata-kata Mak Indang. Kisah lama serta-merta datang ke kotak memori.

"Asha faham perasaan Indra. Sebab Asha pun hadapi benda yang sama," jawab Asha. Aku mengerut dahi mendengarnya dan menoleh memandang ke arahnya. Wajahnya tampak sayu.

"Maksud Asha?" soal Mak Indang.

"Asha pun dah tak ada ibu ayah. Asha hidup seorang selama ni. Tapi sebenarnya Indra beruntung sebab ada makcik dan pakcik. Tapi... Asha dah tak ada sesiapa lagi dah kat dunia ni, makcik," jawabnya lalu sebuah senyuman pahit terukir di bibirnya. Mak Indang terus menarik Asha ke dalam pelukannya. Serta-merta air mata milik gadis itu tumpah.

"Jangan sedih ya, nak. Mak cik ada di sini. Anggap sajalah mak cik ni ibu kamu, ya? Dah, jangan sedih-sedih," pujuk Mak Indang. Belakang badan milik Asha digosok-gosok perlahan.

"Terima kasih mak cik. Sebab sudi dengar cerita Asha."

Aku merenungnya kosong. Jadi... Semalam aku dengar dia panggil "ibu... ibu" ketika tidurnya itu kerana dia rindukan ibunya yang dah tiada?

Betullah kata Pak Ghazal. Bukan aku sorang yang kematian ibu dan ayah. Bukan aku sorang yang hadapi derita di dunia ini. Sebenarnya ramai lagi yang hadapi nasib yang sama, atau mungkin lebih teruk daripada ini. Setiap orang tempuhi jalan yang berbeza, nasib yang berbeza.

Mungkin Asha sama macam aku. Berfikir bahawa masa akan ubati segalanya. Berfikir bahawa... Lambat-laun... Satu hari nanti... Ia akan menjadi sesuatu yang tak menyakitkan lagi. Lambat-laun, hati takkan sakit apabila terkenangkan waktu itu.

Tapi sebenarnya... Semua tu menipu. Sampai bila-bila pun, ia tetap akan menjadi luka yang berdarah dalam hati. Masa takkan rawat luka itu. Bagaimana meningkatnya usia pun, bagaimana matang sekalipun, hakikatnya, hati itu tetap milik seorang budak kecil yang berdarah batinnya. Yang hancur jiwanya.

Jadi, bagaimana aku... Asha... Dan orang-orang yang hancur jiwanya ini mampu ketawa dan mampu berjalan di dunia ini tanpa menundukkan kepala?

Topeng. Ya. Kami akan memakai topeng. Topeng ajaib yang mampu menutup segala bekas air mata dan mampu menutup segala luka di hati. Cuma itu bekalan kami. Sampailah satu hari, kami sendiri tak perasan yang kami sedang memakai topeng. Sampailah satu hari, kami rasa yang bahagia itu sememangnya bahagia yang sebenar, bukan satu penipuan lagi.

Aku tak tahu kalau pepatah yang berkata "Masa akan mengubati luka di hati" itu benar-benar berkesan. Sebab sampai sekarang, luka itu masih berdarah. Tapi yang aku tahu, "Pakailah topeng ajaib yang mampu menutup bekas air mata sampailah kita tak perasan bahawa kita sedang memakai topeng itu" memang benar-benar berkesan.

"Eh, bukan mak cik. Panggil ibu," kata Mak Indang pula. Asha terus mengangkat muka. Tangisannya langsung berhenti.

"Ibu?"

"Ya, selama Asha di sini, Asha panggil saja mak cik ibu ya, nak?"

Asha tersenyum bahagia. Air mata yang berbaki di tubir matanya dikesat sekali lagi. Aku ikut tersenyum melihat mereka.

"Terima kasih, ibu."

Kopi yang semakin sejuk aku hirup sekali lagi. Asha. Dia mungkin sedikit berbeza dari manusia lain. Paling tidakpun, dia mungkin berbeza dari Mariam. Takkanlah semua manusia itu sama. Betul, kan?

Sebelum ni, aku layan dia teruk sekali kerana aku terfikirkan Mariam. Aku berfikir, dia pun macam Mariam.

"Aku janji, aku akan bantu kau sampai kau balik ke tempat asal kau..." ucapku perlahan sebelum beredar dari situ.

Aku terhempas pada satu dimensi yang hitam dan tiada berpenghujung. Tiba-tiba aku merasa tubuhku sakit dan berdenyut-denyut kuat. Aku cuba untuk bangun dari fantasi gelap ini, tapi sangatlah sukar. Aku mampu merasakan nafasku yang berat dan perlahan. Kedinginan mengalir dari kaki dan menuju ke bahagian tubuh atas.

"Asha..." batinku menjerit, memanggil namanya. Kerisauan menjalar dalam hatiku. Bagaimanakah Asha sekarang? Adakah apa-apa terjadi pada dirinya?

"Asha..."

Aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku. Dan aku tak tahu kenapa aku terdampar ke dimensi hitam ini. Mungkinkah aku dah mati? Tapi kenapa aku masih merasakan kesakitan yang teramat pada tubuhku? Terlalu sakit. Dan dalam masa yang sama, aku tak boleh bergerak langsung.

"Indra..." satu suara memanggil namaku.

"Asha?"

"Indra..."

Aku cuba untuk bangun. Aku mahu menjawab panggilan itu dan memeluk dirinya. Aku rindukan dia sangat-sangat.

Semua ni salah aku! Semua salah aku! Aku tak patut bawa dia ke kampung! Aku tak patut perkenalkan dia pada Pak Ghazal dan Mak Indang.

Memang semua salah aku!

"Awak sayang saya?"


I'm sorry, guys. Saya tak mampu nak berjanji yang saya akan update setiap hari. Dan saya pun tak boleh janji yang saya akan update selalu. Cuma yang saya boleh cakap, macam mana pun, saya akan habiskan cerita ni. Hehehehe. Kalau lambat sangat tu.... Sorry sangat3😢😢😢

Thanks semua yang menyokong! Saya sayang korang sangat3! Thanks for 50k readers. Korang memang awesome! Macam manalah korang bole baca cerita merapu macam ni hahahahahahaah. Apapun, saya harap korang suka cerita ni.

K bye! Emmuah!!!!

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now