CHAPTER 13: BILIK SIAPA ITU

9.3K 842 161
                                    

"Aku pergi dulu," ucap Indra sebelum keluar dari rumah. Aku yang sedang berdiri di balik pintu hanya tersenyum dan mengangguk sebelum menutup daun pintu selepas dia keluar. Malu yang memenuhi ruang hati aku sorok sebaik mungkin.

Setelah menutup pintu, aku terus menghela nafas lega. Aku menekup pipi dengan kedua belah tangan, mengalirkan angin panas di muka ke tapak tangan. Sesekali aku menepuk-nepuk pipi perlahan.

"Eh, kunci pintu," desis hatiku. Aku segera mengunci pintu. Iyalah, takut-takut kalau pontianak itu datang kembali. Sudahlah dia tahu yang aku tinggal di menara ini. Tidak pasal-pasal dia muncul lagi. Naya jadinya.

Aku melabuhkan punggung pada salah satu kerusi di meja makan. Lumatan bunga dan daun yang sudah disediakan oleh Indra aku ambil sedikit dan aku letak pada luka di lengan dan tumitku. Sebentar tadi, Indra sempat menukar balutan pada leherku. Cuma luka-luka pada tangan dan kakiku sahaja yang belum diubat. Aku malu juga kalau semua dia yang buat. Lagi-lagi selepas insiden sebentar tadi. Jadi, biarlah luka-luka yang aku boleh ubat sendiri aku yang buat.

Aku membetulkan sedikit leher baju kebarung putih yang sedang aku pakai. Sebenarnya selama aku duduk di sini, aku terfikir juga mana dia dapat baju-baju perempuan. Diakan duduk di sini sendiri. Tapi bagaimana dia boleh ada baju perempuan?

Hurmm... Mungkin sahaja baju ibunya atau kakaknya. Mungkin dahulu dia tinggal bersama keluarganya. Boleh jadi jugak, kan?

Setelah siap meletakkan ubat pada luka, aku menuju ke dapur. Mungkin aku boleh membantunya mengemas apa-apa yang patut.

Setelah siap mengemas di dapur, aku terperasan pintu yang menghubungkan tingkat bawah ke tinggat atas. Selalunya kalau dia keluar, pintu itu akan ditutup. Tapi kali ini, mungkin dia lupa. Daun pintu separuh terbuka. Aku menjenguk ke pintu itu, terdapat tangga untuk ke atas. Aku terus meninjau ke atas dari tangga itu. Gelap.

"Jangan pernah naik ke tingkat atas. Aku tak benarkan," pesan Indra terngiang-ngiang di telingaku. Dia betul-betul tidak benarkan aku untuk naik ke atas. Entah apa yang rahsia sangat di tingkat atas itu, sampaikan setiap kali dia keluar, dia akan pesan aku begitu.

Larangan memang dicipta untuk dilanggar, kan? Desis hatiku lagi. Dan hari ini, aku betul-betul ingin tahu. Perlahan-lahan, aku maju setapak ke anak tangga pertama. Walaupun Indra tiada, tapi aku masih terasa takut. Sesekali aku mengalih ke belakang. Hahaha, entah apa yang takut sangat pun aku tak tahulah.

Keadaan tingkat atas dari tangga kelihatan agak gelap dan suram. Tangga batu yang curam dan berbentuk melingkar ke atas itu aku daki penuh hati-hati. Takut tersalah langkah, boleh tersadung aku. Obor yang melekat di tepi tangga aku elak. Uishhh, ini kalau terkena rambut, boleh terbakar rambut aku.

Setelah mendaki beberapa anak tangga, aku sampai di tingkat kedua di menara itu. Sama seperti tadi, di hadapan tangga itu memiliki pintu menuju ke ruangan lain. Aku lantas melangkah setapak dan membuka pintu itu.

"Wahh..." aku terkesima sebentar melihat ruangan itu. Ia ibarat satu ruangan seperti rumah, ada bahagian dapur, ruang tamu, ruang makan dan ruang tidur, sama seperti di tingkat bawah. Aku terus masuk ke dalam dan menjenguk setiap sudut. Cantik.

Kenapa ada ruang seperti rumah ini? Ada orang lain yang tinggal di sini ke selain aku dan Indra? Selama ini, aku tidak perasan pun ada orang lain selain kami di menara ini. Selama aku duduk di tingkat bawah, tiada sesiapapun yang turun dari tingkat ini.

Aku terus melihat-lihat sekitar. Sunyi sahaja. Tiada tanda-tanda ada sesiapapun yang berada di sini. Tapi keadaan di sini nampak kemas dan tersusun. Tiada sebutir habuk pun yang ada. Ruangan ini benar-benar dijaga. Malah ada sejambak bunga anggerik liar berwarna ungu yang masih segar diletakkan di dalam pasu di atas meja. Sempat aku menilik bunga itu sambil memerhati sekeliling.

"Agaknya Indra tidur di sini selama aku duduk di tingkat bawah," aku menggumam sendiri. "Tapi siapa yang tinggal di sini sebelum ni?"

Aku melabuhkan punggung ke katil empuk itu. Alas katil dan sarung bantal berwarna merah jambu itu aku lihat dengan wajah pelik. Indra pakai alas katil merah jambu? Takkanlah. Macam tidak kena sahaja dengan karakter dia. Alas katil di tingkat bawah pula berwarna putih. Tidak peliklah kalau lelaki pakai alas katil berwarna putih.

Aku terpandang almari yang berada berdekatan dengan katil. Aku lantas berjalan ke arah almari itu.

"Ini... Baju perempuan?"

Mataku membulat besar melihat baju kebarung yang berada di tanganku. Tidak mungkin!

Jadi, baju perempuan yang selama ini aku pakai berasal dari bilik inilah. Tapi siapa pemiliknya? Ibunya? Adik beradiknya? Kenapa tidak nampak pun sesiapa di sini?

Satu objek yang ditutup dengan sehelai kain putih menarik mataku untuk melihatnya. Aku terus berjalan menuju ke objek itu. Kain yang menutupinya aku tarik.

"Wahhh..." sebuah ukiran arca kayu berbentuk seorang gadis yang sedang tersenyum tersergam indah di hadapanku. Aku menyentuh permukaan ukiran itu. Halus.

Siapa dia ini? Ibunya? Kakaknya? Tapi selalunya kekasih sahaja yang akan buat begini untuk kekasihnya. Jadi arca ini adalah arca kekasih Indrawan? Atau... Isterinya?

Gadis itu cantik. Senyumannya nampak berseri walaupun diukir pada arca. Aku yakin dia lebih cantik di alam nyata. Hatiku kuat menyatakan bahawa gadis ini pernah menghuni ruangan ini. Kalau tidak, masakan ada baju perempuan di dalam almari.

Aku tersenyum tawar. Arca gadis itu aku tutup kembali. Tidak peliklah kalau dia dingin sekali dengan aku. Itu sebab dia sudah beristeri. Mestilah dia takut kalau isteri dia itu marah kalau dia tahu aku ada di sini. Mungkin selama aku di sini, gadis itu pulang ke rumah keluarga untuk seketika. Melawat keluarga di kampung.

Pintu ruangan itu kembali aku tutup. Aku menjenguk ke tangga yang menuju ke atas. Sunyi. Rasa malas pula hendak teruskan ekspedisi penjelajahan di menara Indra. Aku menuruni semula tangga ke tingkat bawah.

Haaa.. Bilik siapa sebenarnya tu? Ermm... Indrawan tu dah ada isteri ke? Hayoooo.. Asha baru nak fefeeling ermmm

Siapa yang rasa menyampah dengan Indrawan yang dingin and a quite annoyed tu cuba angkat tangan sikit, i nak tengok. Or .. mana tahu ada yang kat sini yang suka dengan character Indra? Lol, even dia annoyed, tapi dia care and actually he so lovingly.

Anyway, sesiapa yang baca my story, can you say hello to me? I just nak tahu siapa reader i. Mana tahu kita boleh berkenalan? Let's be friend, sugar😘😘😘

Any suggestion or ideas, you can dm me directly or through comment. If youall suka dengan story i, jom tekan vote yang tanda star kat bawah tu. Hihihi

Full of love,
Jupiter.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now