CHAPTER 58- SELAMAT

6.5K 393 10
                                    

POV Indra.

Aku memeluk tubuh Asha erat ke dada. Entah apa yang berlaku padanya. Bajunya koyak-rabak dan keadaannya tampak tak terurus. Malah, darah merah memenuhi tangan dan bajunya. Rambutnya juga berserabut dan wajahnya bengkak dan memerah. Aku melihat ke arah katil, kelihatan si petapa itu terbaring tidak sedarkan diri. Dan keris milikku yang hilang tadi telah terpacak di atas dada si petapa. Sah, Asha sudah berjaya menumpaskan petapa itu!

Ouh, jadi kelemahan petapa itu adalah manusia. Kebalnya hilang apabila berhadapan dengan manusia. Tapi bagaimana Asha mampu membunuhmya? Bagaimana dia melakukannya?

Dari luar tadi aku mendengar hiruk-pikuk dari ruangan gua ini. Kerana itulah aku gagahkan diri untuk datang ke sini. Sebab aku betul-betul khuatir dengan keadaan Asha. Dan bila aku sampai sini, Asha sudah menangis teruk sambil memeluk tubuh dan si petap sudah terbaring di atas katil. Darah si petapa memenuhi tubuhnya dan cadar tilam.

Tapi, kenapa Asha jadi begini? Dia kelihatan sangat takut dan berkata macam-macam seperti kerasukan. Aku cuba untuk menenangkannya tapi dia masih begitu.

Inikah yang dia cuba rancang sebenarnya? Dia hendak membunuh petapa itu, sebab tu dia terima untuk menjadi isterinya. Tapi kenapa keadaannya terlampau teruk? Apa sebenarnya yang petapa itu lakukan padanya?

Atau... dia sudah....

Aku memejam rapat mata dan terus memeluk erat tubuh Asha.

"Sudahlah. Usah kau menangis lagi. Dia pun dah mati. Kita dah selamat. Kita harus pergi dari sini sekarang juga. Ayuh," ucapku perlahan.

"Saya tak bunuh dia. Bukan saya yang bunuh dia..." jawab Asha sambil menangis-nangis di dadaku.

Aku mengerutkan dahi. Bukan dia yang bunuh? Kenapa dia menafikan sekeras-kerasnya tentang hal itu? Dan mengapa dia ada menyebut tentang ibunya? Ibunya bukan pembunuh? Apa maksud dia sebenarnya?

Huh, terlalu banyak tanda tanya yang memenuhi fikiranku. Tapi aku tak rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku bertanya macam-macam. Lebih-lebih lagi apabila melihat keadaan Asha seperti ini.

"Sudahlah, ayuh. Kita keluar..." pujukku lagi lalu mengesat air matanya. Aku angkat tubuhnya supaya berdiri dan aku papah dia keluar dari ruang itu. Asha masih tak henti-henti menangis.

...........

Aku melepaskan rantai dari leherku lalu aku rendamkan loketnya ke dalam satu bekas. Keluar cahaya merah dari batu pada loket itu. Setelah itu aku keluarkan semula loket itu dan aku suakan bekas itu pada Asha.

"Minum."

Asha masih menangis-nangis dan mengambil bekas itu lalu diminumnya. Aku mengelus lembut rambut Asha yang kelihatan serabai itu. Darah yang terpercik di mukanya aku lap dengan hujung jari.

Lama aku hendak menenangkan dia. Dia tak habis-habis menangis dan memberitahu bukan dia yang membunuh petapa itu. Aku betul-betul risau melihat keadaannya seperti itu. Dia seperti pernah mengalami sesuatu yang teruk sebelum ini.

"Lepas ni kau mandi, ya? Kau harus bersihkan tubuh kau dulu. Lepas tu, baru kita keluar dari sini," ucapku perlahan.

"Tapi saya tak bunuh dia. Bukan saya yang bunuh dia," nafinya lagi. Aku tersenyum lalu aku tolak belakang bekas itu ke bibirnya semula. Dia kembali meminum air itu. Setelah dia habis minum, aku mengambil gelas itu dan aku letakkan di atas meja.

"Aku tahu bukan kau. Tapi kau harus bersihkan diri kau dulu sebelum kita keluar."

"Awak... saya mintak maaf..."

"Mengapa?"

"Saya cakap saya benci awak. Tapi... saya tak maksudkannya pun..."

Aku tersenyum lagi. Aku tahu. Aku tahu semuanya. Dan aku patut berterima kasih kepadanya kerana dia sudah membunuh petapa itu.

"Ya, aku tahu. Sudahlah. Jangan menangis lagi," ucapku. Air mata yang mengalir lagi dari tubir matanya aku lap sekali lagi.

"Dekat sana, ada sungai. Saya nak pergi mandi dekat sana," katanya lagi. Tangannya ditunjukkan ke satu arah di sebelah kiri.

"Tapi... baju saya ada kat bilik dia tu..." Asha kembali menunduk.

"Baiklah. Kau pergilah dulu. Nanti aku ambilkan baju."

"Awak dah okay?" Soalnya tiba-tiba. Tangannya meraba ke bibirku yang masih lagi pecah. Tergambar kerisauan di wajahnya.

"Aku baik-baik saja."

"Tapi tadi awak teruk."

"Kau lupakah? Akukan ada ini," aku angkat rantai itu seraya tersenyum.

"Tapi luka ni ada lagi."

"Sebentar lagi hilanglah," jawabku. Dia tersenyum nipis.

"Saya takut sangat kalau awak mati."

"Tapi sekarang ni aku ada di depan kau, kan?"

"Saya tak boleh bayang kalau awak mati."

Aku terus menarik dia ke pelukan.

"Aku pun tak boleh bayang kalau apa-apa jadi pada kau," ucapku. "Sebab aku sayang kau sangat-sangat."

"Saya pun..." ucapnya perlahan. Aku tersenyum mendengarnya. Rasa seperti seluruh kesakitan pada tubuhku beransur-ansur hilang.

"Dan sekarang kau harus mandi. Supaya kita boleh lekas-lekas keluar dari sini," ucapku lantas merengangkan kedudukan kami. Dia tersenyum dan mengangguk.

Dia membetulkan keadaan kain yang membaluti tubuhnya lalu beredar. Mataku hanya mengikuti tubuhnya pergi.

Aku mengambil bekas dari Asha lalu aku tuang air putih ke dalamnya. Rantai itu aku masukkan semula ke dalam bekas itu dan aku minum airnya. Sedikit demi sedikit tubuhku rasa semakin ringan. Aku melihat ke arah luka-luka pada tubuhku, sedikit demi sedikit luka itu semakin hilang dan yang tinggal cumalah darah-darah kering.

"Indra..." aku terus menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Ibrahim sedang berdiri di hujung ruang.

"Ibrahim. Kau dah sihat?"

"Aku... dah baik. Aku fikir, aku dah mati. Kita di mana ni? Bagaimana kita ada di sini?" Soalnya. Dia berjalan mendekatiku. Wajahnya nampak kebingungam.

"Baguslah kalau kau dah baik. Kita ada di gua petapa tu. Kau sudah kenal dia, kan? Aku yakin dia yang buat kau jadi begini. Tapi kau jangan risau, petapa tak guna tu dah mati."

"Mati? Bagaimana dia mati? Eh, sebentar. Mana Asha? Tadi aku dengan Asha. Dia baik-baik saja, kan?"

Aku tersenyum mendengarnya.

"Dia pergi mandi. Kau duduklah dulu. Nanti aku cerita semuanya. Aku nak ambil baju untuk dia sebentar," jawabku lalu menepuk-nepuk bahunya sebelum bangkit bangun.

"Kau... memang betul-betul bunian, kah?" Soal Ibrahim. Matanya merenung tanganku yang melekap di bahunya. Aku tersenyum tawar.

"Aku ambil baju untuk Asha sebentar," dalihku. Ibrahim tampak masih bingung.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now