CHAPTER 21-BUNIAN

8.4K 590 34
                                    

"Selepas ini, aku tak mahu kau keluar berkeliaran ke mana-mana lagi. Kita tunggu sampai Pak Abu balik dari hutan, dia akan tunjukkan pada kita jalan keluar ke universiti kau itu. Lagi dua tiga hari lagi mungkin dia balik. Nanti kami hantar kau," bebel Indra panjang. Tangannya masih kuat menggenggam tanganku, menarik aku mengikuti langkahnya yang besar dan cepat itu. Aku terkocoh-kocoh mengikutnya dari belakang.

"Kenapa?"

Indra terus menarik tanganku, menuju ke rumah Pak Ghazal tanpa mengendahkan soalanku.

"Awak, kenapa kat sini semua nampak pelik? Kenapa semua orang kat sini cakap bahasa baku? Pakai baju-baju lama?"

Akhirnya, terkeluar juga soalan yang memang dah lama aku pendamkan. Seperti biasa, Indra cuma membiarkan soalanku.

"Kenapa kawan awak cakap dia dari Teluk Anson? Teluk Anson tu sekarang Teluk Intan, kan? Tapi sekarang mana ada dah," aku berkata lagi. Tapi masih tiada tanda-tanda yang Indra mahu menjawab soalan aku.

"Indra!" aku menarik tanganku dari tangannya lalu kami automatik berhenti. "Tolong jawab soalan saya. Saya tak faham semua ni."

Indra mengeluh panjang. Dia meraup wajah dengan kedua tangannya. Aku melihat dia bersama kerutan di dahi, pelik. Kenapa dia susah sangat nak bagitahu perkara sebenar?

"Indra, cakaplah."

"Asha..."

"Ya."

"Sekarang ni bahaya..."

"Bahaya? Maksud awak?"

"Kau kena duduk diam dalam rumah. Aku tak nak kau pergi mana-mana buat masa ni. Aku tak mahu apa-apa yang tak baik berlaku pada kau."

"Kenapa pulak? Apa yang berlaku sebenarnya?"

"Kita balik dulu, ya?" Indra kembali menarik tanganku.

"Tak nak! Saya nak tahu semua benda sekarang jugak. Saya tak faham! Saya tak faham sangat-sangat! Lepas tu kenapa tiba-tiba cakap bahaya pulak? Apa yang bahaya?"

"Asha... Tolong jangan degil! Dengar cakap aku!" jerit Indra tiba-tiba. Aku memejam mata dan bahuku terjongket sedikit mendengar jeritannya. Terdengar Indra mengeluh perlahan.

"Kita balik dulu, ya? Nanti aku ceritakan semua," kata Indra lagi. Kali ini suaranya sudah tidak senyaring tadi. Tangannya lembut menarik tanganku.

"Saya nak tahu sekarang. Tolonglah. Apa sebenarnya yang bahaya? Ada kaitan ke tentang hal tadi?" aku tetap berdegil untuk tahu hal yang sebenar. Tapi kali ini suaraku perlahan, bunyinya ibarat merayu. Mungkin sudah terbiasa mendengar jeritan Indra, jadi aku tidak takut sangat kalau dijerit olehnya lagi. Sekali lagi dia menarik nafas panjang dan melepaskannya berat.

"Kampung ini diserang," katanya perlahan. Aku terus membulatkan mata.

"Siapa yang serang?"

"Pontianak itu."

Automatik aku terus menekup mulut. Serta-merta tubuhku menjadi seram sejuk.

"Dia cari saya?"

Indrawan menggeleng. "Bukan. Dia cari mangsa."

"Tapi kenapa sampai sini? Pontianak tu serang apa?"

"Dia sudah musnahkan tanaman orang kampung sebelah. Jadi tak mustahil yang dia akan ke sini."

Aku memejamkan mata dan menundukkan kepala ke bawah tatkala mendengar jawapan Indra. Semua ini salah aku! Memang salah aku! Kalau aku tak datang ke sini, pasti pontianak itu tak akan serang kampung ni.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now