CHAPTER 40-AMANAT DARI MOYANG

7.5K 493 33
                                    

Aku berlari menuju ke hujung kampung. Tempat di mana terletaknya kawasan yang tak pernah orang kampung pergi ke situ kecuali hal yang penting saja. Kerana di situ adalah laluan ke dunia si petapa. Siapa saja yang berani?

Selain dari laluan ke dunia petapa. Di situlah terletaknya 'Pohon Mati' ataupun tempat bersemadinya segala barang-barang manusia yang bakal menjadi korban. Pohon itu agak dekat dengan hujung kampung, dan kawasan petapa itu jauh sedikit. Sebenarnya kawasan itu merupakan kawasan luar dari 'pagar' yang telah dibuat di sekeliling kampung. Dan apabila melangkah ke kawasan luar daripada 'pagar', itu sudah cukup mengundang maut.

Pontianak memang selalu berkeliaran di kawasan luar 'pagar', kerana itu memang kawasan tuan dia. Untuk melangkah ke kawasan kami, sebenarnya agak sukar, kecuali diberi 'kekuatan' oleh tuannya. Dia pun cuma akan datang ke kampung setiap kali menuntut korban.

Lagipun, setiap malam Jumaat, 'pagar' akan diperbaharui atau dipulihkan semula. Pak Ghazallah yang memang sejak dulu diberi tanggungjawab untuk membuat pagar. Setiap malam Jumaat, Pak Ghazal akan berkeliling kampung sambil menyiram air bacaan dicampur dengan lada hitam. Kalau ikutkan, ayah aku yang harus buat semuanya itu tapi selepas dia meninggal, Pak Ghazallah yang ambil alih. Dan itu memang tanggungjawab sejak turun-temurun lagi.

Tugas menjaga keamanan kampung bunian kami memang dipikul oleh keturunan kami sejak dahulu. Yang mewarisinya adalah setiap anak sulung lelaki. Sebab itu, Pak Ghazal berkehendak supaya akulah yang menjaga kampung selepasnya, kerana aku anak sulung pada ayahku, yang dahulu adalah ketua kampung di sini.

Tapi aku tak kesah. Itu bukanlah apa yang aku hendakkan. Aku tak pernah terfikir nak jadi ketua di sini. Aku lebih selesa duduk di hutan mencari kayu dan menjual barang-barang kayu ke orang kampung. Aku lebih selesa hidup sendiri.

Keris warisan tersemat rapi di pinggangku. Keris itu adalah buatan dari moyangku kelima selepas beliau bertapa di sebuah gunung. Beliau mendapat alamat bahawa keris itulah alat senjata yang mampu menumpaskan si petapa. Ia diperbuat daripada tahi bintang yang jatuh ke dunia manusia dan telah dimandikan oleh tujuh air yang berbeza. Keris ini telah diasap dengan kemenyan selama tujuh bulan penuh sampailah ia benar-benar siap untuk diguna.

Sudah berapa keturunan aku yang cuba untuk menggunakan keris ini, tapi tidak berjaya. Siapa yang layak menggunakannya pun kami tak tahu. Hanya seseorang yang benar-benar istimewa sahaja yang layak menggunakannya tapi moyangku tidak mendapat apa-apa alamat tentang siapa yang akan menggunakannya untuk membunuh petapa.

Aku tak mahu hiraukan semua tu. Yang penting sekarang adalah Asha. Kalau aku mati ketika aku bertempur dengan si petapa, aku tak kesah. Kalau kematianku mampu menjulang perasaanku padanya, itu yang aku pilih dari hidup sebagai seorang lelaki yang tewas sebelum berperang.

Dengan perasaan yang tekad dan 'bismillah' di bibir, 'pagar' itu aku langkah dengan kaki kiri. Satu angin dingin terus datang menerpa dari kiriku. Aku yakin, aku takkan undur kali ini.

..........

Tidak seperti biasa, bukanlah obor yang aku bawa. Sebaliknya aku membawa satu bekas kelip- kelip yang digantung pada satu kayu. Apabila aku hendak menggunakan cahaya, aku akan buka penutupnya yang diperbuat dari kayu, dan apabila aku tidak mahu menggunakan cahaya, aku akan tutup semula belas berisi keli-kelip itu. Dengan cara ini aku lebih selamat berbanding membawa obor.

Suasana hutan amatlah gelap. Tiada nampak walau sedikitpun cahaya lebih-lebih lagi sekarang awal bulan, cahaya dari bulan pun tak kelihatan. Kalau aku tersalah langkah, mahu tersungkur jawabnya. Lebih-lebih lagi akar-akar pokok yang berselirat dan melintang di sana- sini dan juga pokok-pokok kecil yang menghalang jalan. 

Di 'kawasan larangan' ini, tak terdengar walau sedikitpun bunyi burung atau bunyi cengkerik. Suasana amatlah sunyi seperti tiada langsung hidupan yang hidup di sini. Malah, suasana amatlah sejuk, lebih sejuk daripada biasa. Sesekali bertiupan angin sejuk yang kiat menyapa ke tubuhku.

Aku melilau ke kanan dan ke kiri, mencari arah mana gua yang diduduki si petapa itu. Dalam masa yang sama, aku kena berhati-hati. Pontianak itu boleh menyerang tak kira masa. Tiba-tiba sahaja dia akan muncul. Aku melangkah perlahan-lahan dan berusaha sehabis baik untuk tidak memijak kayu-kayu kering.

Zupp!!!

Zapp!! Zapp!!

Kedengaran satu bunyi pergerakan yang agak laju dari atas. Aku cepat- cepat berlindung di balik akar- akar pokok yang besar. Bekas kelip-kelip itu cepat- cepat aku tutup supaya tiada sesiapa yang sedar akan kehadiran aku.

Zapp!! Zapp!!

Nafasku kian memberat. Bunyi itu amatlah dekat dengan tempat aku bersembunyi. Sebelah tanganku sudah siap menggenggam keris warisan yang tersemat di pinggang. Kalaulah benda itu muncul, dia akan menjadi mangsa pertama pada kerisku ini.

Aku melihat ke arah pontianak yang sedang terbang dari satu pokok ke satu pokok. Caranya ibarat bergayut tapi tak kelihatan tali atau apapun yang dia pegang untuk bergerak dari satu pokok ke satu pokok. Pergerakannya lincah dan dia sentiasa melihat ke sana- sini, seolah-olah dia memang ditugaskan untuk menjaga tempat ini.

Pakk!

Ketika aku sedang memerhati si pontianak itu, tanpa aku sedar kakiku telah terpijak kayu kering sampai mengeluarkan bunyi. Pontianak itu terus melilau mencari dari mana datangnya bunyi itu. Aku terus mengerekot di balik akar sambil menekup mulut. Kalau boleh aku memang tak nak berlawan dengan si pontianak, aku mahu jumpa terus dengan tuannya. Tapi kalau sudah tertulis yang dia lawan pertamaku, aku akan tentang sampai dia mati.

"Hiyarghhhh!!! Hi hi hi hi~~," tiba-tiba muncul si pontianak di hadapanku. Dia tersengih menunjukkan taringnya yang tajam.

"Ohhhh, kau rupanya yang datang. Apa hajat kau datang ke kawasan kami? Hi hi hi hi," pontianak itu mengilai-ngilai sambil menggerbangkan rambutnya. Aku tersengih lantas menarik keris dan menyerangnya.

"Aku datang sebab nak bunuh kau!"

"Ha!"

Hujung keris aku hayun ke dada pontianak. Si pontianak itu cepat sahaja mengelak.

"Oooo kau nak berlawan dengan aku?"

"Mana Asha? Aku datang ke mari cari Asha!"

"Manusia itu? Bukankah kau hantar dia sebagai korban untuk kami?"

"Aku tak pernah hantar dia ke sini. Dan dia bukan korban untuk tuan kau!"

"Heheheh dah terlambat. Tuan aku sudah berjumpa dengan dia. Dia sekarang kepunyaan tuan aku!"

"Bedebah kau! Ha!" Aku menyerang. Pontianak itu mengelak dan terus melibas kukunya yang tajam dan panjang itu ke tubuhku tapi sempat aku elak.

"Kau nak mati? Hah? Berani kau tentang aku!"

"Aku mahu Asha. Pulangkan Asha!"

Sekali lagi aku menyerang dengan keris. Pontianak itu melompat ke atas pokok.

"Hehe. Tak semudah tu. Kau harus ingat, perjanjian tetap perjanjian!"

"Tuan kau dah ambil Ibrahim. Tuan kau juga ambil Asha! Tak adil! Korban hanya seorang, bukan dua orang!"

"Hahahah korban? Lelaki tu tak layak jadi korban. Dia bukan bujang."

"Bukan bujang?" Aku terkejut dengan kenyataannya itu. Selama ni kami betul- betul ingat yang Ibrahim itu adalah bujang. Jadi nak tak nak memang Ashalah yang akan dijadikan korban dan diambil darahnya!

"Ya, bukan bujang. Dan untuk pengetahuan kalian, kalian harus cari korban baru yang lain secepat mungkin."

Aku mengerut dahi. Korban baru? Kenapa dia katakan korban baru? Bukan aku suka kalau Asha jadi korban. Cuma tak silap aku Asha tak pernah berkahwin.

"Sebab?"

"Sebab tuan aku nak jadikan Asha sebagai isterinya. Hehehee..."

Isteri?

Sekali lagi aku terpempan.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now