CHAPTER 63- PERBEZAAN DUA DUNIA

6.7K 405 7
                                    

POV Asha

Tadi ketika berbual dengan ibu, ibu katakan yang malam ini ada pasar malam di hadapan tasik. Malah, malam ini adalah malam untuk meraikan kebebasan kampung ini. Aku dan ibu bercadang untuk ke pasar bersama-sama. Pada mulanya ibu bercadang untuk mengajak Indra ikut sekali, tapi aku seboleh-boleh katakan yang aku tak mahu dia ikut sekali.

Aku betul-betul terasa dengannya. Dia seolah-olah tak nak aku ada di kampung ini. Dia betul-betul nak hantar aku balik. Aku tahu ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi aku tak nak ambil tahu tentang tu. Aku cuma nak duduk sini, dan hidup dengan dia. Tu saja.

"Asha, mari tengok situ," ucap ibu dan menyedarkan aku dari lamunan. Kami menuju ke arah satu bahagian menjual kuih-muih.

"Kamu harus cuba kuih ni. Sedap tau." Ibu menunjuk ke arah kuih kacang kole. "Kita beli, ya?"

Aku tersenyum dan mengangguk. Kuih inilah yang pertama kali Indra belikan untukku.

"Ibu..." panggilku. Ibu menoleh.

"Betul ke Indra akan hantar saya balik?"

"Kau tak mahu?" Soal ibu kembali. Aku menunduk seraya menggeleng. Ibu mengusap lenganku perlahan.

"Ibu yakin Indra pun tak mahu hantar kau balik. Ibu nampak dari matanya, dia betul-betul sayangkan kau."

"Tapi... dia cakap dunia ni tak sama dengan dunia saya. Dia kata saya tak boleh tinggal sini."

"Sebenarnya, banyak yang kau tak tahu tentang dunia ni, nak."

"Apa lagi yang saya tak tahu? Kita kan dah aman. Petapa tu dah mati. Apa lagi yang tak selesai?"

Ibu tersenyum kelat mendengar soalanku yang bertubi-tubi.

"Indra akan jelaskan pada kau semuanya, nak. Mungkin dia saja yang tak sanggup untuk beritahu. Atau mungkin dia sedang cari waktu yang sesuai," sambung ibu lagi. Aku mengerutkan dahi, tanda tak faham.

"Kalau itu satu masalah, saya tak nak tahu masalahnya. Saya cuma nak duduk sini. Dengan ibu, dengan Indra."

"Baiknya hati kau. Setelah apa kampung ni telah lakukan pada kau, tapi kau tak membenci kami."

Aku tersenyum. Benci? Perkataan yang aku cuba sedaya upaya masukkan dalam hatiku tapi aku gagal. Aku cuba membenci Indra, membenci semua orang kampung yang menipuku dan ingin menjadikan aku korban untuk kampung ini, tapi kasih dan pengorbanan Indra mengatasi segalanya. Kalau dia tak sayangkan aku, takkanlah dia bermati-matian hendak selamatkan aku?

Aku sedar, apa yang mereka lakukan adalah kerana mereka juga terdesak. Hidup mereka juga ditindas. Mereka lakukan itu kerana untuk selamatkan diri dari petapa tu.

"Asha!" Terdengar satu jeritan dari belakang. Aku berpaling, mencari arah suara itu. Kelihatan Indra berjalan menuju ke arah kami.

"Asha. Kenapa tak bagitahu aku yang kau keluar rumah?" Soal Indra dengan nada tegas. Aku mengerutkan dahi.

"Lah, saya keluar dengan ibu je. Takkan tak boleh?"

Indra seperti baru tersedar yang ibu ada di sebelahku. "Ahh... Mak Indang. Maaf, baru perasan."

"Kalian berbuallah dulu. Ibu pergi dulu, ya," kata ibu lalu dia pergi meninggalkan kami. Setelah itu, aku melihat Indra sekilas lalu berjalan meninggalkannya.

"Asha..." Indra menarik tanganku menghalang aku pergi.

Aku berhenti dan mendengus perlahan, tanda terganggu dengan dirinya. Kedua tangan aku bawa ke bawah dada, berpeluk tubuh. Pandangan aku lontarkan ke sisi. Sebenarnya aku masih terasa hati dengan dia. Wajahku diangkat dengan kedua tangannya.

"Kau marah aku lagikah?"

"Janganlah. Orang nampak nanti," aku tepis perlahan tangannya lalu berjalan meninggalkannya.

"Asha.. kita bincang," katanya lagi lalu menarik tanganku.

"Awak, saya tak nak tahu apapun yang awak nak cakap. Saya cuma nak duduk sini je."

"Sebab tu kita kena bincang."

...........

Aku menangis terhenjut-henjut sambil memeluk bantal. Sedihnya aku rasa. Perbualan bersama Indra terngiang-ngiang di telingaku.

"Aku sayangkan kau, Asha. Kalau boleh aku nak hidup bersama kau. Tapi kalau kau tinggal di sini, tubuh kau takkan kuat menanggung perbezaan waktu. Lama-lama, 10 hingga 15 tahun akan datang kau akan sakit dan kau akan mati. Bagaimana aku sanggup untuk melihat kau mati sedangkan aku terlalu sayangkan kau?"

Aku menangis lagi. Kenapa perlu ada perbezaan ni? Kenapa?

"Aku tak tahu harus perbuat bagaimana. Separuh hati aku mahu kau ada di samping aku. Separuh lagi... aku tak sanggup lihat kau menanggung sakit. Ya, aku tamak. Aku betul-betul tamak sebab mahu kau terus ada dengan aku. Apa patut aku buat, Asha?"

Aku pun nak terus tinggal di sini. Aku tak kesah kalau takdir sudah menentukan yang aku akan sakit dan mati. Aku cuma nak hidup bahagia dengannya walaupun sekejap. 

Kali ini, aku nekad dengan keputusanku. Aku mahu hidup bersamanya. Walau apapun terjadi, biarlah aku bersama dia.

Air mata yang berbaki di tubir mata dan di pipi aku kesat dengan belakang telapak tangan. Setelah itu, aku terus berlari keluar bilik dan menuju ke bilik Indra. Pintu biliknya aku ketuk berkali-kali. Apabila Indra membuka pintu, aku terus dakap dia dan menangis di dadanya.

"Saya tak boleh hidup tanpa awak. Apa gunanya saya hidup lama kalau separuh hati saya ada pada awak. Apa gunanya saya hidup lama kalau saya tak bahagia. Saya cuma akan bahagia kalau saya ada awak."

"Asha..."

"Tolonglah, Indra. Jangan hantar saya pulang. Saya nak duduk sini dengan awak. Saya tak kesah dengan semua perbezaan tu. Tolonglah..."

Perlahan-lahan, Indra membalas dakapanku kembali.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now