CHAPTER 31-PETAPA GUA BANUA

8K 516 13
                                    

Pagi itu aku tidak keluar dari bilik langsung. Selalunya selepas bangun, aku akan ke dapur membantu ibu memasak. Paling tidak pun membantu memotong sayur ataupun sekadar berbual. Selepas siap memasak, kami akan makan bersama. Walaupun aku datang baru beberapa hari, aku mudah untuk merasa selesa di dalam keluarga kecil ini.

Tapi selepas apa yang berlaku semalam dan selepas apa yang Yusuf katakan itu, aku mula takut. Bahaya datang bila-bila masa je. Aku tahu aku tak boleh percaya sesiapa di sini.

Ya, termasuklah Indra.

Pagi tadi ibu masuk ke bilik. Mungkin untuk panggil aku bersarapan sekali. Tapi aku terus pura-pura tidur. Ibu sempat duduk di birai katilku dan mengusap lembut rambutku. Saat itu, perasaanku jadi bercampur-baur. Aku takut, tapi aku tenang diperlakukan seperti itu. Tangan hangatnya yang menyentuh ubun-ubun itu, saling tak tumpah macam hangatnya tangan ibuku dahulu.

Ibu tak mengejutkan aku bangun pun. Selepas dia membelai lembut rambutku, dia keluar semula. Tidak beberapa lama ibu keluar, Indra pula masuk dan meletakkan sedulang makanan di atas meja. Dia juga tidak mengejutkan aku bangun. Hanya membiarkan makanan itu terhidang di atas meja.

Setelah Indra keluar aku terus bangun dan melihat apa yang dia hidangkan. Rupanya hari ni ibu sempat memasak nasi lemak. Aku sempat menjamah sedikit nasi lemak itu. Macam biasa, nasi lemak ibu adalah yang paling sedap.

Aku sudah berkira-kira. Kebiasaannya selepas sarapan, ibu dan Pak Ghazal akan keluar dari rumah. Mereka selalu pergi ke ladang. Tapi aku rasa harini mereka pergi melawat rumah-rumah dan tanaman yang rosak selepas diserang pontianak semalam. Yusuf pula macam biasa memang tak ada kat rumah. Tak pernah melekat. Indra pula mesti akan ikut ibu dan Pam Ghazal.

Selepas meninjau keadaan rumah dan pastikan rumah kosong. Aku perlahan-lahan keluar dari rumah.


..........

Keadaan kampung masih lagi kelihatan huru-hara. Di sana sini, orang ramai masih lagi sibuk mengemas rumah dan halaman mereka. Aku yang berselendang hijau gelap, menutup seluruh rambutku dan menarik sedikit selendang hingga menutupi separuh wajahku supaya tidak dikenali sesiapa.

Matlamatku sekarang adalah mencari Ibrahim. Aku tak pasti di mana dia, tapi takkanlah aku nak keluar dari sini tanpa dia. Dia manusia, sama macam aku. Malah, aku tahu yang dia akan dikorbankan oleh orang kampung kalau dia masih di sini.

Lagipun aku rasa, Ibrahim mesti lebih tahu tentang selok-belok kampung ni berbanding aku. Jadi, mungkin peluang untuk keluar dari sini lebih besar daripada aku yang tak tahu apa-apa ni, berusaha cari jalan keluar seorang diri.

Aku menuju ke tepi tasik, tempat aku bertemu dengannya kelmarin. Mungkin aku akan jumpa dia di situ. Tapi, sesampai saja aku di tepi tasik, dia langsung tak kelihatan.

Aku melihat ke tapak pasar. Tiada seorang pun yang berjual hari ini. Kata Indra, pasar tu memang ada setiap hari. Mungkin kerana keadaan kampung terlalu kacau bilau sehingga tiada sorang pun yang berniaga di pasar.

"Asha." tegur satu suara dari arah belakang. Aku terus menoleh. Kelihatan Hawa sedang merenung dingin padaku.

"Hawa."

Hawa lantas berdiri di sampingku sambil membuang pandangannya jauh ke tasik.

"Tak sangka aku jumpa kau di sini. Aku ingat kau dah lari selepas Kak Sarah marah-marah kau semalam," katanya tanpa nada. Hanya mendatar. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Memang aku nak pergi pun, tapi bukan sebab Kak Sarah. Aku tak hairan dengan kebencian orang. Aku lagi sayangkan nyawa aku.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now