CHAPTER 17- KAU DALAM BAHAYA

8.9K 591 111
                                    

Seperti yang dijanjikan. Heheheh

"Asha! Ashaaa!"

Aku terdengar seseorang memanggil namaku. Selepas itu, ia diikuti oleh beberapa orang lelaki. Aku tidak mengenail mereka semua. Ada yang berpakaian seperti polis, ada yang berpakaian biasa. Malah, ada di antara mereka membawa anjing.

Aku memandang ke sekeliling, baru aku perasan, aku berada di tengah-tengah hutan. Pasti mereka sedang mencari aku di hutan. Aku berusaha untuk bersuara, tapi suaraku tersekat di kerongkongan.

"Tuan, saya jumpa penyepit rambut di bahagian sana. Saya rasa, ini mungkin milik mangsa," kata seorang lelaki sambil menunjukkan ke arah satu kawasan. Ya, baru aku teringat. Penyepit rambut merah itu memang aku pakai ketika tidur. Ini kerana aku rimas dengan rambut yang panjang, jadi aku akan sepitkan rambut ke atas.

"Jadi, dia memang lalu kawasan ni," kata seorang lelaki lagi yang mungkin dalam lingkungan 50-an.

"Maknanya..."

"Maknanya, tuan?"

"Rizal, kamu tahu, tempat ni tempat apa?"

Sempat lelaki itu menggaru kepala. "Tempat apa, tuan?"

Lelaki itu menarik nafas panjang dan perlahan-lahan, dia lepaskan semua. Bunyinya seakan mengeluh.

"Mangsa dalam bahaya. Tak cukup kita yang bantu dia. Dia perlukan bantuan orang lain," kata lelaki itu lagi. Penyepit rambut berwarna merah itu ditenungnya lama-lama. "Saya harap dia tak ada apa-apa."

"Maksud tuan?"

Lelaki yang dipanggil dengan gelaran 'tuan' itu hanya terdiam. Dia menepuk bahu lelaki itu berkali-kali sebelum beredar. Lelaki itu terpinga-pinga apabila dia ditinggalkan begitu sahaja. Aku juga tidak faham dengan perbualan mereka. Bahaya? Aku dalam bahaya?

Aku berjalan mendekati lelaki 50-an itu dan aku sentuh lengannya ketika dia memeriksa kawasan lain. Tetapi apabila aku sentuh, jariku tembus pada lengannya. Aku terus menarik tanganku, terkejut. Bagaimana jariku boleh tembus pada lengannya.

Tiba-tiba aku terlihat seorang lelaki tua sedang memandang aku dari balik pokok. Matanya tajam ibarat menusuk anak mataku dan tanpa aku sedar, aku menggigil ketakutan.

"Kau takkan boleh keluar dari sini," kata lelaki itu. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh mendengar suaranya.

"Encik, encik..." aku berusaha memanggil dan memegang lengan lelaki di sebelahku. Tapi aku tetap tidak mampu.

Air mata sudah merembes keluar. Aku berusaha menjerit berkali-kali tapi tetap gagal.

Tiba-tiba lelaki tua itu sudah berada di belakangku dan memegang kedua tanganku.

"Kau takkan boleh lari dari aku!" jeritnya kuat.

"Tolong!"

"Tiada siapa yang akan bantu kau kat sini!"

"Tolong!"

"Dan darah kau akan jadi makanan aku!"

..............

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now