CHAPTER 62- PUJUK ASHA

6.6K 391 19
                                    

POV Indra

Aku melontarkan pandangan ke tasik, melihat beberapa ekor bangau yang sedang mencari makan di tepian tasik di hujung belah sana.

"Cantiknya kawasan ni!" Ucap Asha teruja. Aku hanya diam sambil mendayung sampan.

"Awak, kenapa tak cakap dari awal ada tasik cantik kat sini?" katanya lagi. Memang budak bandar. Desis hatiku.

"Eh, angsa tu tengah makan ikanlah," katanya lalu menunjuk ke  arah angsa putih yang sedang memakan ikan di tepi sebuah pulau. Aku ikut melihat pada arah aku tunjuk itu.

"Tu bukan angsa, lah. Tu bangau!" Jawabku.

"Ohhh, bangau," Asha terkulat-kulat mendengar jawapanku. Aku hendak tertawa, tapi aku tahankan saja.

"Awak, boleh mandi-mandi tak kat sini?" soalnya lagi.

"Terjun sajalah kalau nak. Tapi kalau lemas aku tak tahu," balasku bersahaja. Aku mengerling ke belakang. Wajahnya sudah masam mencuka. Mesti dia dah puas kutuk aku dalam hati.

Aku tertawa sendiri. Memori suatu ketika dahulu bersama Asha masih segar dalam ingatan. Waktu itu, aku mengaku aku agak menjengkelkan. Aku sebenarnya sengaja berbuat begitu.

"Asalkan saya ada awak. Saya nak hidup dengan awak."

"Aku pun nak hidup dengan kau, Asha..." gumamku sendiri. Aku meraup wajahku dengan kedua tangan. Terasa berat sungguh nafasku.

Ya, aku nak hidup dengannya. Aku sayangkannya. Aku cintakannya. Aku nak ada sebuah keluarga yang indah dan bahagia dengannya. Tapi, apa yang boleh aku lakukan? Apa yang boleh aku buat?

Aku takut kehilangannya. Tapi dunia aku dan dunia dia berbeza. Setiap hidupan perlukan tenaga untuk tinggal di sesuatu tempat. Dan Asha perlukan tenaga itu untuk hidup. Sungguhpun dunia aku dan dunianya berbeza dari segi putaran waktu, tapi tubuhnya takkan  mampu untuk menampung perbezaan itu.

Dia mungkin takkan tua awal mengikut waktu di dunianya, tapi sedikit demi sedikit, dia akan mati.

Ya, sedikit demi sedikit, tubuhnya akan sakit. Walaupun bukan dalam jangka masa pendek, tapi dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, dia akan sakit dan mati. Aku tahu, 10, 15 tahun di duniaku tak sama dengan di dunianya. Dia mungkin tua lebih awal dari itu, tapi mati kerana tua dan mati kerana sakit adalah suatu hal yang berbeza. Dan aku tak sanggup untuk menjadi punca dia mati. Aku tak nak membahayakan dia sekali lagi. Aku tak sanggup untuk melihat dia sakit.

Sekali lagi aku meraup wajahku.

"Apa yang kau runsingkan, nak?" Tegur Pak Ghazal sambil menepuk lembut bahuku. Aku memandang ke kanan.

"Tak ada apa-apa..."

"Kau cintakan dia, kan?"

Aku tersenyum tawar.

"Aku mahu dia ada di sini dengan aku. Tapi... tapi aku takut kehilangan dia. Aku tak mahu melihat dia mati di hadapanku. Tolong aku, pak..."

"Jadi... kau mahu hantar dia pulang?"

"Aku pun tak mahu hantar dia pulang.." aku mengeluh perlahan. Pak Ghazal cuma tersenyum nipis.

"Kau tahu apa itu cinta?"

Aku menoleh ke arah Pak Ghazal. Dia tersenyum sambil memandang ke arah tasik yang tenang.

"Cinta itu apabila kau bahagia melihat dia bahagia. Cinta itu apabila kau sanggup korbankan segalanya yang kau ada. Tapi kau harus ingat, cinta itu bukanlah suatu pemilikan hakiki."

"Kau... tak boleh fikir tentang diri kau seorang. Kau harus fikir tentang dirinya. Antara kau dan dia wujud satu jurang yang berbeza iaitu dunia. Tapi kau harus ingat, cinta tak kenal semua itu. Andainya kalian masih menyintai satu sama lain, tiada apa yang boleh memisahkan kalian kerana cinta adalah satu garis yang menyatukan hati kalian."

"Apa harus aku buat? Semua ini terlampau berat untuk aku..."

"Lepaskan dia, nak. Lepaskan dia. Simpan dia dalam hati kau. Itu adalah tempat paling istimewa untuk seseorang yang kau cintai. Kalau kau berkeras untuk dia ada dengan kau, itu bukanlah cinta. Tetapi ego."

Aku mendongak melihat Pak Ghazal.

"Tapi... dia akan lupa aku, kan?" Aku tertawa kecil dan menggelengkan kepala. Satu cecair jernih mengalir dari anak mataku dan aku biarkan dia mengalir hingga jatuh ke bumi.

Ya, itu adalah hakikat kedua. Setiap manusia yang pulang dari dunia kami, mereka akan lupa siapa kami dan mereka akan lupa segalanya tentang dunia bunian.

Dan aku... aku akan luput dari ingatan Asha. Cuma aku yang akan bermimpikan dia siang dan malam sedangkan dia langsung tak ingat tentang siapa aku.

Adilkah cinta yang semacam itu?

"Ya, tapi itu akan jadi kebaikan untuk dirinya juga. Batinnya takkan tersiksa."

"Aku tak mampu..."

Aku genggam kuat pagar yang menjadi benteng antara kawasan tempat aku berdiri dengan tasik. Aku tak boleh bayangkan kalau aku hilang dari ingatan Asha.

"Kalau begitu, kau bagitahu dia dan biarlah dia yang berbuat keputusan. Kita jangan sorok apa-apa lagi dari dia," ucap Pak Ghazal sebelum meninggalkan aku yang masih dalam dilemma.

Aku menghela nafas panjang. Terlalu berat kenyataan ini untuk ditelan.

Beritahu dia? Mampukah dia terima semua ini? Kalau dia tahu jika dia bersama aku akan membuatkan dia menanggung sakit hingga mati, mahukah dia bersama aku lagi?

Aku... terlalu mencintai dia. Cinta yang mendalam ini sudah benar-benar meresap dalam jiwa aku. Aku tak boleh berpaling walau sedikitpun.

Tapi, kalau Asha berpaling dari cinta ini, mampukah aku pertahankan lagi perasaan ini?

..............

Malam itu, kami semua makan bersama-sama. Aku menjeling ke arah Asha yang masih sugul. Mungkin dia masih memikirkan tentang pagi tadi. Masa hendak makan malam tadi pun, Mak Indang yang memujuknya untuk makan sekali. Sejak pagi tadi, aku dah tak berjumpa dengan Asha. Ketika upacara menghantar Ibrahim pulang ke dunianya pun dia tak kelihatan. Bunga, tunang Ibrahim menangis tersedu-sedu saat menghantar Ibrahim pulang. Tapi Ibrahim seperti benar-benar tawar hati, dia kelihatan biasa-biasa saja dan benar-benar mahu pulang.

Aku cuba untuk bercakap dengan Asha ketika hendak mencuci tangan di sinki. Tapi sebaik saja dia melihat aku, dia terus meninggalkan aku. Setelah itu aku cuba mencarinya di ruang tamu, tetapi dia sudah tiada. Biasanya dia akan berbual dengan Mak Indang di dalam bilik Mak Indang, tetapi malam ini dia tiada.

Aku pergi ke biliknya. Tapi tetap dia tiada di situ. Ke mana dia pergi sebenarnya waktu malam begini? Jangan-jangan dia lari lagi. Ishh, betul-betul buat aku risaulah.

Aku ambil keputusan untuk mencarinya di sekitar kampung. Aku harap dia ada dan baik-baim saja.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now