CHAPTER 29- KEHADIRAN IBU

8.2K 503 28
                                    

Aku menyusuri satu lorong yang gelap dan sempit. Tiada apa-apa yang kelihatan di kanan kiri melainkan tangan aku merasa satu tembok kasar yang terbina sepanjang lorong itu. Penghujung jalan pun tidak kelihatan langsung.

"Asha."

Namaku dipanggil lantas bahuku ditepuk dari belakang. Aku pantas menoleh. Tapi tatkala aku menoleh tiada sesiapa yang kelihatan. Aku terpinga-pinga di tengah-tengah lorong itu.

"Balik, Asha," kata satu suara lagi dari belakangku. Seperti tadi, apabila aku menoleh, tiada sesiapapun di belakangku.

"Siapa?" soalku.

"Siapa tu?" aku mula menjerit. Tapi tiada satu suarapun yang menyahut.

Aku perlahan-lahan berjalan ke arah suara itu tadu datang. Memang aku tak nampak apa-apa, hanya tanganku yang meraba-raba pada tembok itu.

Laluan itu bengkak-bengkok. Ada masa ia menjadi terlalu sempit hingga aku terpaksa mengereng, ada masa ia terlalu besar. Aku tak pasti apakah laluan itu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kelawar yang kuat dari arah belakang. Aku lantas berpaling ke belakang. Satu kawanan kelawar sedang terbang dengan matanya yang terang menujuku.

"Arghh!" aku terus menunduk dan duduk mencangkung. Tangan aku tekupkan pada kedua-dua telinga dan wajahku aku sembamkan ke paha.

"Asha..."

Terdengar satu suara lembut memanggilku. Aku terpaku seketika.

Suara itu...

Suara itu...

Macam pernah aku dengar.

Perlahan-lahan aku mendongak ke atas.

"Ibu?"

Ibu tersenyum sambil memandangku.

"Ibu!"

Aku terus memeluk ibu. Tubuhnya yang muat-muat dalam dakapanku aku peluk kuat-kuat. Air mata deras menuruni pipi dan jatuh ke bahu ibu.

"Asha rindu ibu..."

"Ibu pun rindu Asha, sayang," kata ibu lantas ibu mengusap belakang tubuhku lembut. Sesekali rambutku yang panjang dibelai ibu penuh kasih sayang.

"Kenapa ibu pergi? Kenapa ibu tinggalkan Asha? Asha perlukan ibu sangat-sangat. Asha takut hidup sorang ibu," luahku lagi.

Ya, sejak kematian ibu aku hidup sendiri. Aku tinggal di rumah anak yatim beberapa tahun. Aku tiada saudara-mara untuk bergantung hidup. Sejak di rumah anak yatim, aku tak pernah balik ke rumah.

Tapi bila aku masuk universiti untuk mengambil asasi, bila ada cuti aku akan balik ke rumah peninggalan ibu. Sejak tu, barulah aku tahu yang orang kampung tak suka aku. Mereka benci aku. Mereka hina ibu atas kesalahan yang hakikatnya dimulai oleh ayah tiriku.

Pernah aku cuba berjual kuih-muih macam ibu berjual dahulu di tepi jalan besar dekat dengan sekolah. Aku terpaksalah cari duit juga. Mengharapkan duit yayasan memang tak cukuplah. Mula-mula, ada jugalah yang hendak membeli, makin lama makin berkurang. Aku ingat lagi satu pagi tu, beberapa orang mak cik ni datang ke tempat aku menjual kuih. Mereka rosakkan segala kuih-muih aku dan mereka halau aku dari situ.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now