CHAPTER 6-MIMPI SEMALAM

12.8K 580 28
                                    

Aku berbaring semula selepas mengunci pintu dari dalam. Walaupun pintu sudah dikunci dari dalam dan Indrawan juga menguncinya dari luar, tetapi aku masih berasa takut. Aku berusaha sedaya upaya menolak almari separas pinggang ke depan pintu bagi menghalang jika ada sesiapa yang membukanya.

Setelah itu, aku sambung berbaring semula. Aku benar-benar tidak larat. Sempat aku meminum seteguk dua air akar kayu yang direneh oleh Indrawan sejak aku sampai semalam. Cawan itu aku letakkan semula ke atas meja di tepi katil. Pandangan aku meliar ke sekitar menara.

Menara ini, bagi aku sangatlah pelik. Malah, Indrawan juga tidak kurang peliknya. Dia seolah-olah hidup di zaman dahulu. Seluruh peralatannya tiada langsung yang moden. Malah dia juga berpakaian ala-ala zaman Hang Tuah yang aku lihat di tv lakonan P. Ramlee zaman dia muda-muda dahulu. Aku teringatkan wajah P. Ramlee waktu awal-awal lakonannya di dalam cerita Hang Tuah. Handsome. Dan aku bandingkan dengan Indrawan. Hurmm... Dua-dua handsome. Tapi yang lagi seorang ini terlalu dingin dan kasar. Suka marah-marah.

Aku beranggapan yang mungkin dia tidak mengenali dunia luar. Memang semalam aku terlalu jauh tersesat. Mungkin dia tidak tahu pemodenan. Ahh... Biarlah!

Tiba-tiba aku teringat bahawa hari ini merupakan hari majlis yang aku uruskan itu diadakan. Aduhh... Siapa yang akan urus majlis tu nanti kalau pengarah programnya tiada? Pasti mereka tercari-cari di mana aku. Apa yang lebih malang lagi, aku tidak boleh bertemu dengan orang yang telah sekian lama aku minati, Hafidz.

Aku memejamkan mata semula. Tidur lebih baik daripada memikirkan hal-hal seperti itu. Aku berharap ada sesiapa yang akan mencari aku. Aku berharap agar aku cepat-cepat balik ke universiti. Dan aku berharap agar aku ada peluang lain lagi untuk berjumpa dengan Hafidz.

........

Bas berhenti tepat-tepat di hadapan pondok perhentian bas. Aku menuruni bas berwarna merah yang tertulis MAJU sambil mengesat air mata. Sempat aku kerling jam yang melingkar di tangan. Ahh... Sudah pukul 6 petang! Aku betul-betul telah lambat untuk balik ke rumah! Aku terus berlari menuju ke rumah yang jauhnya lebih kurang 1 kilometer dari pondok perhentian bas tadi.

Baju yang masih kotor dengan tompokan warna air berwarna merah di bahagian belakang, atau lebih tepat lagi di bahagian punggungku,  aku tutup dengan beg galas. Aku memanjangkan tali beg agar beg dapat menutupi bahagian punggungku yang berwarna merah itu sebelum aku sambung berlari pulang ke rumah.

.......

"Ha. Dah balik pun kau!" tegur ayah yang sedang duduk di ruang tamu sewaktu aku membuka pintu. Aku hanya menunduk lalu masuk ke dalam rumah menuju ke bilik.

"Hei, hei! Kau nak pergi mana tu?!" jerit ayah. "Sini!"

"Kenapa ayah?" soalku takut-takut. Aku hanya menunduk. Mataku hanya melirik sedikit kepada ayah yang sedang duduk di kerusi sambil merenung tajam ke arahku. Puntung rokok yang berada di tangannya, dia letak di atas meja.

"Kau dah pandai balik lambat ye. Mana kau pergi tadi? Merayau entah ke mana-mana!"

Bahuku sedikit terenjut mendengar tengkingan ayah. Aku berundur ke belakang sedikit kerana terkejut. Aku berusaha mengatur semula nafas yang tersekat-sekat.

"Tadi... Ada kelas tambahan lepas balik sekolah. Lepastu, Asha tolong cikgu kat bilik guru," jawabku perlahan. Aku menggenggam jari-jemari yang menggigil ketakutan. Kepala aku tundukkan selagi boleh. Mata hanya aku tancapkan pada lantai.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now