CHAPTER 12: BALAS DENDAM

9.9K 540 65
                                    

Pagi itu aku bangun dengan tubuh yang lebih ringan dan segar. Aku menggeliat dan meregangkan otot-otot yang menegang. Kain yang sudah kering aku letak ke tepi dan aku meletakkan belakang tapak tangan ke dahi, sudah tidak panas lagi. Itu bermakna demamku sudah kebah.

Suasana pada pagi itu begitu sunyi. Sempat mataku memerhati keadaan sekeliling. Tiada kelihatan langsung susuk tubuh Indrawan. Mungkin dia belum turun ke bawah lagi. Atau mungkin saja dia masih tidur. Tapi macam pelik saja dia belum bangun lagi, sebab selalunya pagi-pagi lagi dia sudah bertukang di dapur. Hurmm... Kalah anak dara umur 19 tahun.

Langsir yang menutupi tingkap itu aku selak dan aku ikat ke tepi. Cahaya matahari berlumba-lumba menerobos masuk ke dalam. Daun tingkap kayu aku kuak lebar dan aku hirup udara yang segar itu dengan mata terpejam. Ahhh, nyamannya!

"Fly me to the moon,
Let me play among the stars,
Let me see what spring is like,
On Jupiter and Mars,
In other words, hold my hand,
In other words, baby kiss me..."

Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil menyimpul rambut yang panjang terurai menjadi sanggul lalu hujungnya aku selitkan pada simpulan itu. Angin pagi itu amat sejuk, sampaikan aku pun menggigil kesejukan. Lagi satu, cuaca sejuk-sejuk begini memang seronok kalau tidur bergulung dalam selimut. Huishhh, memang bestlah!

Tetapi sebab aku pun berada di rumah orang, lagi-lagi di rumah seorang lelaki bujang yang memang selalu bangun tidur awal, macam menjatuhkan imej perempuan pulak kalau aku bawa perangai itu ke sini. Nanti dikatanya perempuan-perempuan zaman sekarang ni memang bertabiat suka bangun tidur lambat. Ceh, macamlah dia itu datang dari zaman purba.

Sekejap, tapi dia tu memang macam dari zaman purba pun. Kehidupannya tidak mengikut peredaran zaman.  Ahh, apa-apa sajalah! Malas aku nak fikirkan tentang lelaki kaki bebel itu.

Aku terus menuju ke bilik air di luar. Setelah siap mencuci muka di bilik air, aku masuk kembali ke dalam menara dan terus menuju ke dapur. Sebenarnya memang tadi pun aku terbangun kerana perutku yang menjerit-jerit lapar. Hahaha, senang kata memang niat bangun tidur hendak makan. Mana tidaknya, terakhir aku makan semalam pun tengah hari. Malam tadi aku tiada selera hendak makan. Jadi, memang lapar teruklah aku pagi ni.

"Wah, ada ubi," bisikku sendiri. Huhu, aku pun memang sudah lama sangat tidak makan ubi. Kena pula dengan perutku yang memang sudah lapar. Agak tadi kalau buka periuk aku jumpa batu, batu itu pun aku sental. Kira apa.

Ubi di dalam periuk itu aku ambil dan terus masuk ke dalam mulut sambil berdiri. Setelah habis satu, satu lagi ubi masuk ke dalam mulutku. Tidak perlu sambal atau apapun untuk dicecah bersama ubi, makan kosong macam itu pun bukan main sedap.

"Anak dara..." tegur satu suara dari belakang. Aku yang sedang makan terus menoleh ke belakang. Kelihatan Indrawan sedang memeluk tubuh dan bersandar di dinding sambil tergeleng-geleng melihatku.

"Dah tak reti makan duduk ke? Tepi!" tegur Indrawan sambil menolak aku ketika dia lalu di belakangku.  Aku yang sedang makan terbatuk-batuk apabila isi ubi tersekat di kerongkong. Ubi pun terkejut bila tuannya kena tolak tadi.

Aku pandang dia kecil besar kecil besar. Dapur dia ini bukannya kecil pun. Besar saja sebenarnya. Tiada motif pun kalau dia hendak menolak aku semata-mata hendak masuk ke dapur. Nampak ke tidak dia memang sengaja hendak menolak aku? Nampak ke tidak?

"Awak nak masak apa tu?" soalku sambil mendekatinya. Rasa geram tadi terus hilang apabila melihat dia mencapai kuali di atas para-para.

"Kau nak makan apa?"

"Ermm... Nak makan apa ya? Ha, nasi goreng?"

"Nasi tak ada. Semalam kau dah habiskan."

"Eh, iyeke?" soalku kembali sambil menggigit kuku jari. Aku tidak terperasan pulak yang aku sudah habiskan nasi tengah hari semalam.

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now