CHAPTER 25-SERANGAN PONTIANAK

8.1K 494 21
                                    

Boom!!!

Boom!!!

Arghhhh!!!

Tolongg!!!

Arghhhhhh!!!

Aku terus terjaga dari tidur apabila kedengaran bunyi riuh-rendah di luar. Bunyi seperti orang terpekik-pekik dan berlari ke sana- sini.

Bunyi apa tu? Desis hatiku. Aku terus berlari ke tingkap dan ingin membuka sedikit tingkap untuk melihat keadaan luar.

Belum sempat aku membuka tingkap, tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki memijak kuat ke tingkap diikuti cakaran-cakaran kuku di balik tingkap. Aku yang terkejut terus berundur ke belakang.

Hi hi hi hiiiiii~~~

Aku membulatkan mata terkejut. Bunyi tu... Bukankah... Bunyi pontianak?

Hi hi hi hiiii~~~

Kedengaran bunyi injakkan tapak kaki dan sayup-sayup hilaian pontianak itu menjauh. Aku terus melihat di balik-balik kayu yang renggang pada tingkap. Pontianak itu sedang terbang dan hinggap dari satu tempat ke tempat yang lain.

Klak!

Aku terus menoleh apabila kedengaran bunyi pintu dibuka.

"Indra!"

Aku tidak sedar bagaimana tapi aku berlari ke arah Indra dan memeluknya. Apabila aku tersedar yang aku sedang berada dalam pelukannya, cepat-cepat aku lepaskan pelukan itu.

"Kau dah sedar?" soal Indra sambil sebelah tangannya memegang tepi kepalaku.

"Pontianak tu... Pontianak tu ada kat sini," luahku.

"Aku tahu. Dah, jangan takut."

"Ibu dengan Pak Ghazal mana?"

"Mereka baik saja. Mereka di bilik mereka. Sembunyi di sana. Aku dengan kau di sini, ya?"

Aku mengangguk beberapa kali. Selepas itu, aku mengikutinya dari belakang apabila dia perlahan-lahan mendekati tingkap. Baru aku perasan yang dia membawa sebatang tombak.

Dari celah-celah tingkap, kami melihat pontianak yang terbang mendekati reban ayam milik Pak Ghazal. Dia terus masuk ke dalam reban itu, menggigit kepala ayam itu dan menanggalkannya dari badan sebelum meratahnya. Aku menyeringai kegelian melihat pontianak itu memakan terus ayam itu bersama bulu-bulunya. Ayam-ayam di dalam reban terus berbunyi bising ketakutan dan berusaha untuk keluar dari reban. Ada yang terlepas, tapi banyak yang mati dilahap pontianak.

Selepas itu, pontianak itu menuju pada satu tingkap yang terbuka separuh selang dua buah rumah dari sini. Aku terus memaut lengan Indra apabila melihat pontianak itu masuk ke dalam rumah.

"Indra....."

Terus kedengaran hiruk-pikuk jeritan dan tangisan dari rumah itu. Aku menekup mulut ketakutan mendengar suara jeritan itu. Kepala aku benamkan pada lengan Indra dengan mata yang rapat tertutup. Nafasku memberat mendengar suara jeritan itu. Bahuku diusap-usap Indra supaya aku bertenang.  Terbayang apa yang sedang berlaku. Mungkinkah pontianak itu turut memperlakukan hal yang sama pada orang di dalam rumah itu dengan apa yang dia lakukan pada ayam-ayam itu?

"Awakkk... Apa patut kita buat?"

Indra melihat aku dengan mata redupnya. Jelas sekali di matanya yang dia juga tidak tahu apa yang patut dia buat sekarang.

Kami melihat lagi di celah-celah kayu. Tiba-tiba pontianak itu duduk mencangkung di tingkap sambil memandang sekeliling. Darah kelihatan menjejeh-jejeh dari mulutnya. Nafasku seakan terhenti apabila matanya tepat memandang tingkap tempat aku berdiri. Malah, dia tersengih senget. Takkanlah dia perasan aku pandang dia?

Kami terus menjauh dari tingkap dan Indra sudah bersedia dengan tombaknya.  Nafasku masih memberat, tidak pasti kemungkinan yang pontianak itu akan terbang ke sini.

Bukk!! Dia betul-betul hinggap pada dinding di luar bilikku. Kukunya yang tajam terus mencakar-cakar dinding dari luar. Sesekali dia menumbuk dinding sambil mengilai-ngilai. Permukaam kayu itu dicakar-cakar sehingga kayu pada dinding semakin berlubang. Aku semakin kuat mencengkam baju Indra kerana ketakutan.

"Indra..."

"Shhh..."

Kali ini, pontianak itu naik ke bumbung rumah pula. Pontianak itu terus mengilai dan menginjak-injak bumbung rumah.

"Mari, kita pergi ke mak cik dan pak cik," ajak Indra.

Kami berjalan perlahan-lahan, tidak mahu membuat sedikitpun bunyi kerana pontianak itu masih berlegar-legar di bumbung. Bilik ibu dan Pak Ghazal yang cuma selang tiga bilik dari bilikku terasa begitu jauh.

"Ibu!"

Aku terus mendapatkan ibu yang sedang berdiri ketakutan di balik almari. Tubuh ibu aku dakap erat. Pak Ghazal telah bersedia dengan tombak dan keris tersemat di pinggang jika tiba-tiba pontianak itu datang menyerang.

"Bila Asha sedar?" bisik ibu.

"Tadi, ibu. Asha terkejut dengar bunyi bising dari luar. Tiba-tiba Asha dengar bunyi pontianak tu mengilai."

"Asha... Dah tak takut dengan ibu?"

Aku teragak-agak dengan soalan itu. Takutkah aku dengan mereka? Aku pun tak pasti. Tapi perasaan dilindungi apabila bersama mereka lebih banyak daripada ketakutan aku.

Perlahan-lahan, aku menggelengkan kepala. Ibu tersenyum lantas memeluk kembali kepalaku.

"Ibu sayang Asha. Sayang sangat-sangat. Kami semua sayang Asha," bisik ibu lagi. Kepalaku dibelai lembut.

..................

S

udah 10 minit pontianak itu berlegar-legar di bumbung. Dia mungkin mencari jalan untuk masuk ke dalam rumah, tapi tidak jumpa.


Habis satu rumah teruk dicakar-cakar pontianak itu. Kami di dalam rumah hanya mendiamkan diri. Paling tak pun hanya bersedia. Siapa yang berani apabila pontianak mengganas seperti itu?

Hi hi hi hi~~

Kedengaran bunyi hilaian pontianak yang masih berada di atas bumbung. Aku dan ibu saling berpelukan di belakang Indra dan Pak Ghazal. Pelik juga aku, sampai sekarang dan pada saat genting ini, aku masih tak ternampak Yusuf, anak tunggal mereka tu.

Setelah beberapa ketika, tiada lagi kedengaran apa-apa bunyi dari atas bumbung. Keadaan sunyi sepi. Kami berpandangan seketika.

"Dia sudah pergi?" tanya Pak Ghazal.

"Biar Indra periksa sebentar."

"Awak..." aku memegang tangannya. Menahannya keluar dari bilik. Wajah risau aku tayang.

Bagaimana kalau tiba-tiba pontianak tu muncul dan makan dia macam pontianak tu makan penduduk kampung yang lain?

"Sebentar saja, ya? Kau tinggal sama mak cik," jawabnya bersama sebuah senyuman. Nak tak nak, aku terpaksa lepaskan juga tangannya.

Indra keluar dari bilik ibu dan Pak Ghazal untuk memeriksa keadaan luar. Setelah beberapa ketika, dia muncul kembali di depan pintu.

"Rasanya, pontianak tu dah pergi. Di luar pun, keadaan sudah aman," kata Indra bersama senyuman.

Aku menarik nafas lega. Jantung yang masih berdegup kencang, perlahan-lahan kembali reda.

Kami keluar dari bilik dan memeriksa keadaan sekeliling rumah. Dinding kayu dan bumbung berlubang di sana-sini. Selamat saja di bahagian dalam masih utuh dan tidak rosak.

Kedengaran bunyi riuh-rendah kedengaran lagi dari luar rumah. Kami berpandangan seketika sebelum keluar dari rumah. Aku terpana melihat keadaan di luar rumah. Reban ayam dan kandang kambing milik orang kampung habis musnah. Darah-darah binatang menjejeh-jejeh di tanah. Orang kampung menangis melihat binatang ternakan mereka habis diratah pontianak.

"Apa semua ni?" aku menekup mulut. Seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Tak pernah aku pandang satu pemandangan yang mengerikan seperti ini.

"Abangggggg!!"

Terdengar satu jeritan kuat dari salah sebuah rumah di situ. Hatiku terus bertukar risau.

Apa lagilah yang berlaku tu....

TERSESAT KE ALAM BUNIANWhere stories live. Discover now